Pages

Friday, April 15, 2011

Transisi buatmu bumi tarbiyah!!





Bismillahirahmanirahim

Terasa beberapa ketika ini diri ini dipenuhi rasa mual dan meloya setiap kali menonton sesuatu yang berunsur fitnah. Rasanya terlalu takut untuk menonton kerana takut mendapat "SAHAM BERSAMA" apabila ditanya ALLAH di akhirat nanti. Bagi ana, mereka yang tidak henti henti menabur fitnah ini adalah golongan yang PENAKUT untuk bertentang secara berhadapan. Mungkin golongan sebegini berasa kekalahan sudah berada di sisi mereka cuma masih lagi mem
buru kemenangan dengan cara meracuni pemikiran masyarakat. Tidak habis satu, satu lagi isu fitnah dilemparkan. Tidakkah golongan sebegini takut dengan azab ALLAH SWT? Teringat pesanan seorang murabbi, golongan yang berani melemparkan fitnah sebegini adalah golongan yang tidak ada jiwa beragama dalam hidupnya kerana seseorang yang beragama pasti berusaha menghalang dirinya untuk melakukan kebatilan.



Seringkali ana merisaukan barisan jundi yang berjuang di gelanggang perjuangan. Kadang kadang fitnah yang tersebar sebegini bisa mengganggu fikiran sang jundi yang masih mentah untuk berjuang. Teringat pesanan naqibahku, didiklah akhlak kita sebagai jundi apabila memberi wala' kepada seorang Qiyadih dengan mengingati firman ALLAH dalam Surah Al Hujurat ayat 6 iaitu:

Wahai orang orang yang beriman, jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa sesuatu berita, maka telitilah
kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan sesuatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan) dan akhirnya kamu menyesali perbuatan kamu itu.


Pesanan buat sang jundi, jika datang sesuatu perkara yang belum dibenarkan kesahihannya berkisar tentang pemimpinmu, maka bersabarlah kerana amat ditakuti perkara itu sekadar fitnah yang berlaku kerana kebobrokan manusia. Manusia ini berbagai bagai jenisnya sehingga mengingatkan diri ana pada perkongsian oleh sang murabbi mengenai tafsiran surah At Taubah berkenaan ciri ciri manusia munafiq. Antara ciri cirinya adalah

1) Kufur kepada ALLAH dan rasul
2) Solat dalam keadaan terpaksa (malas melakukan solat)
3) Menginfaqkan harta dengan keadaan tidak ikhlas.


Takut takut kita yang bergelar jundi ini jatuh kepada kategori mereka yang munafiq apabila kita berjuang dalam keadaan tidak ikhlas. Apatahlagi ketidak ikhlasan terhasil apabila berlakunya permasalahan hati antara sang jundi dan qiyadhi.

Tidak hairanlah pimpinan tertinggi PAS, Tuan Guru Abdul Hadi begitu menekankan aspek pemahaman tafsiran surah Al Hujuraat terhadap ahli ahli jemaah kerana surah ini merupakan satu garis panduan buat sang jundi dan qiayadhi dalam sesuatu gerakan. Tiada lagi gerakan ISLAM yang wajar dicontohi selain sebatalion jundi jundi agung asuhan Rasulullah SAW. Ketaatan kepada pemimpin yang BERAGAMA adalah yang PATUT dan WAJIB diberikan. Sesungguhnya kriteria pemimpin yang wajar dicontohi adalah si dia Umar bin Khattab. Saidina Umar bin Khatab mengajar kita sebagai satu teladan yang penting bahawa memberi bantuan itu tidak kenal waktu, tidak perlu dihebahkan. Dia tengah malam nan gelap gelita, dia membawa makanan sendiri di bahunya. Tidak ada bendera parti berkibar! Tidak ada risalah tersebar. Semua dilakukan dalam senyap.

Berbanding dengan pemimpin sekarang yang berapi rapi mengatakan mengutamakan rakyat tetapi wajah hanya menjenguk ketika musim pengundian. Padahal, sakit pening penduduk kawasan tidak pernah diambil tahu. Hanya lebih selesa duduk di kerusi pemimpin tanpa ada turun padang. Namun, apabila musim pemilihan bermula, mula sudah menunjuk kemanisan wajah dan mencuba pelbagai cara untuk menawan hati rakyat. Begitu menjengkelkan pemimpin sebegini. Sampai bila kita mahu membiarkan diri tertipu dengan janji janji palsu yang ditaburkan? Tepuk dada, tanyalah iman kalian. Jika kalian benar mencintai agama , pasti juga memilih pemimpin yang beragama dan bukan golongan yang sekadar melepaskanatuk di tangga.


Transisi buatmu bumi tarbiyah!

Terasa entri kali ini begitu panas bahangnya. Apatahlagi seruan jihad kini bergema di bumi tarbiyah. Apakah khabar benih semaian di bumi tarbiyah? Sudah cukup subur dan mewangi sekaligus merealisasikan azam tertinggi iaitu mendaulahkan ISLAM di bumi tarbiyah. Jangan sekali kali wahai sang jundi, kalian merasakan impian KEMENANGAN itu adalah sesuatu yang boleh diPERLEKEHKAN kerana kekuasaan ALLAH meliputi segalanya. Sekiranya KEMENANGAN diberikan, maka menangislah kalian wahai Ansorullah kerana kita punya satu tanggungjawab untuk mengisi kemenangan. Kita tidak mahu kemenangan itu sekadar kemenangan kosong sehingga kita terlupa matlamat utama perjuangan JAMAAH adalah untuk menegakkan ISLAM dibumiNYA. Jangan kita terlalu gopoh dan dilalaikan dengan kemenangan sehinggakan kemenangan menjadi satu dosa buat kita dan JAMAAH. Walaubagaimanapun, sekiranya KEKALAHAN ditakdirkan ALLAH SWT, tersenyumlah wahai saudaraku, yakinlah wahai sang jundi sejati, ini adalah rangka tarbiyah yang diaturkan ALLAH SWT agar kita bisa menjadi jundi yang benar benar hebat di sisiNYA. Tidak mengapa kita KALAH dunia tetapi menang di sisiNYA daripada MENANG dunia tapi tiada nilaian di sisi ALLAH SWT. Ingatlah bahawa kekalahan di dunia adalah kemenangan yang ditangguhkan.

Sesungguhnya harapan kepada perubahan sentiasa subur di bumi tarbiyah. Apa yang penting kesungguhan jentera dan jangan pernah putus asa dengan pertolongan ALLAH SWT. Walauapapun ketentuanNYA, bersyukurlah dirimu wahai sang jundi kerana mengecapi perjuangan dakwah yang terlalu indah di bumi tarbiyah yang ketandusan. Kepuasan dakwah dan perjuangan yang disandarkan semata mata kerana ALLAH SWT, tidak dapat digadaikan dengan permata zamrud sekalipun apatah lagi jika diiringi dengan redha ALLAH SWT. Biarpun dirimu tidak mengecapinya di dunia, namun akhirat pasti berasa kemanisannya.

Harapan PAS di SARAWAK
1) Bersedialah menunaikan tanggungjawab. Niatkanlah pengundian itu sebagai satu ibadah untuk memilih pemimpin yang benar benar dapat menyelamatkan kalian dunia dan akhirat.
2) Bersedialah membuat perubahan. Sarawak baru adalah impian bersama. Jangan pernah takut membuat perubahan jika sebelum ini anda telah tertindas.
3) Pilihlah calon parti yang bisa membawa kesejahteraan kepada bumi yang makmur dan indah kurniaan ALLAH ini
4) Memilihlah kerana ALLAH, nescaya ALLAH akan memberikan pemimpin terbaik.





Semoga bulan sentiasa bersinar indah di bumi tarbiyahku.... TAKBIR!
Asiah yusro

Gambar: ihsan Pas Sarawak

0 comments:

Post a Comment