Pages

Friday, December 25, 2009

Universiti Kehidupanku..

Bismillahirahmanirahim
Lusa ana akan berangkat balik ke kampus pengajian.Rasa sedih untuk meninggalkan rumah dan dalam masa yang sama rasa berdebar untuk memulakan pengajian. Ini adalah semester terakhir untuk ana. Moga ana diberikan kekuatan. Apabila mengenangkan kehidupan universiti yang bakal berakhir, ana menyoroti kehidupan ana semasa bergelar pelajar universiti. Terasa hiba dihati ini. Terlalu banyak pahit, masin, asam, garam dan perencah yang berlaku dalam diri ana. Perubahan demi perubahan berlaku pada diri ana. MasyaALAH, begitu ALLAH mentarbiyah hambaNYA.. segala yang berlaku pasti hikmahnya



Tahun Pertama

Tahun pertama adalah tahun kebudak budakan. Lucu sekali bila difikirkan. Masa ini ana baru nak berjinak jinak bergaya. Apalagi masa orientasi wajib pakai tudung. Inilah yang paling ana tak suka. Nauzubillah min zalik. Ana bertudung hanya pergi kelas, lepas tu luar kelas buka. Malah sampai suatu ketika pun ana dah tak mahu bertudung ke kelas. Tahun pertama juga dipenuhi dengan penyakit cintan cintun. Lucu juga kalau diingatkan. Masa inilah gila betul beli baju, nak pakai cheong sam lah, beli beg, beli kasut .. Bila terkenangkan kembali.. lucu. memang minah gila bergaya!! Masa ini juga dapat pengalaman tinggal rumah sewa. Kami tak dapat hostel. Tinggal dirumah sewa memang mencabar. Perlukan kesabaran dan perancangan.. satu pengalaman yang menyeronokkan

Tahun Kedua

Tahun kedua bermula lah era CHEERLEADER!! Tentu antuna sekalian terkejut yang ana merupakan cheerleader captain kat kolej. Terkinja sana, terkinja sini. Teriak sana, teriak sini. Habis semua kawan kawan ana, ana paksa masuk cheers. Poco poco adalah tarian rasmi kami. Rasa lawak pula bila ingat kembali. Lepas cheers pula, sibuk menari. Menari tradisional lah. Dan paling lawak menari tarian hindi. Ana dan tarian sememangnya tidak dapat dipisahkan. Dancing is my life! Lepas tu yang paling lucu ialah Ana selalu berangan hendak ikut ratu cantik. Nak jadi paling cantik. Nauzubillah min zalik. Betapa ana tertipu dengan tipu daya dunia. Surau adalah tempat yang paling jarang pergi dan paling takut pergi. Segan pun ada. Pakaian belum cerita lagi. Sesungguhnya masa yang penuh kejahilan bila diimbas kembali.. tahun yang paling sia sia dalam hidupku

Tahun Ketiga

INI adalah tahun yang getir buat ana. Di sinilah ana belajar hidup berorganisasi dan hidup bukan khayalan. Ana terpilih untuk menjadi naib presiden sebuah organisasi. Dalam masa yang sama, ana terpaksa berpisah dengan kawan kawan rapat yang menjadi housemate ana. Ana terpaksa tinggal berasingan. Betapa ana rasa disinilah cabaran. Apabila sahabat baik kita tidak ada disisi. Terlalu banyak cabaran dalam mengepalai sebuah organisasi. Malah ana lihat, apa yang ana inginkan dalam hidup Kenapa ana sentiasa tidak tenang dan berpuas hati. Ana lihat banyak bencana, malapetaka dan kematian berlaku. Malah ada antara sahabat sahabat yang mendapat penyakit yang tidak dijangka. Disitulah hati ana terdetik tentang hidup bertuhan. Betapa ana selama ini mengabaikan rasa bertuhan. Ana sembahyang pun tidak faham erti sebenarnya. Tidak mendalami sebenarnya. Malah di tahun ketiga ini ana ditemukan dengan insan insan yang membuka mata ana. Seperti ana katakan bahawa selama ini ana takut dengan tudung labuh, jubah. Ana rasa bertudung tidak akan menampakkan seorang wanita itu cantik. Alhamdulillah, ada seorang junior yang baru masuk pada tahun ini, dan dia sangat istiqomah berjubah dan bertudung labuh. SubhanALLAH. Dialah orang yang paling cantik pada pandangan mata ana. Pertama kali ana lihat dia, ana tertarik dengan cara pemakaiannya sehingga ana berazam untuk berpakaian seperti dia. Selain itu, ana suka mendengar kawan kawan ana yang baca quran. Masa itu ana tak pandai baca, alhamdulillah, ALLAH gerakkan hati ana untuk minta ajar dengan seorang sahabat dan sekarang dialah akhwatku dan cermin ajaibku yang sangat ku kasihi. Dia sanggup datang malam malam untuk ajar ana baca QURAN. padahal dia tidak tinggal dihostel. Beliau sanggup meredah laut malam dengan menaiki motor untuk mengajar ana baca Quran. Dan sesungguhnya bila kita dekat dengan ALquran, kita dekat dengan ALLAH. Malah ana merasakan ada sesuatu yang memanggil ana untuk pergi ke surau setiap hari. Bukan bertujuan untuk riak tetapi untuk berkongsi kebesaran ALLAH. Ana adalah muka paling jarang untuk pergi surau tetapi digerakkan hati untuk datang tiap hari. Ana rasa keruan kalau ana tak pegi. Malah penerimaan adik adik di surau juga turut membuka hati ana. Mereka tidak melayan ana berbeza. Itu salah satu faktor ana mula mencintai ISLAM. Selain itu, Allah mengerakkan hati untuk membaca isi makna AL quran dan itulah datangnya kepahaman untuk mengubah imej. Masa nak ubah imej pun susah hati sebab ana ini jenis yang suka melaram. Takut tak ada baju, Huhu.. haha.. lucukan. Tapi alhamdulillah.. ALLAH bagi hidayah dan taufiq. Berubah imej pada tahun ketiga ini ...

Tahun Keempat


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. hanya itu mampu diucapkan dari lidahku. Ana merasakan telah menemui apa yang dicari. Ana suka berkongsi pengalaman ini kerana sesungguhnya maghfirah ALLAH itu terlalu luas untuk hamba hambaNYA dan betapa lembutnya hati manusia. Doakan ana terus istiqomah. Tetapi kadang kadang rasa tercabar juga.

"Akak tak rasa akak drastik sangat pakai tudung labuh?"

"Tak drastik ke pakai jubah selalu?"

" Baru je pakai tudung, janganlah terus pakai tudung labuh'"

Ini adalah pernyataan lazim yang ana dengar. Ana gembira kerana mereka mengambil berat pada ana. InsyaALLAH sahabiyah, doakan ana. Tegurlah ana jika melakukan kesilapan, bimbinglah ana, tetapi kerana pakaian inilah, kerana jubah dan tudung bidang besar inilah ana jatuh cinta pada imej ISLAM.
Namun yang paling indah dan bermakna di tahun akhir ini dipertemukan dengan cermin ajaibku dan merasai hidup bertarbiyah .Cermin ajaibku ini hebat hebat belaka. dan supercantik. (promote cermin ajaibku) Bertuahlah muslimin yang mendapat mereka ini. Cantik akhlah, cantik hati dan cantik peribadi. Cermin ajaib inilah yang telah, terus dan akan mentarbiyah ana. Ana sayang dengan antuna sekalian..Moga kita semua terus tsabat di jalan ini


Menyoroti cerita di universiti ini. Ini sememangnya universiti kehidupan. Sebenarnya terlalu banyak kenangan pahit dan manis. Terlalu banyak sehingga tak mampu dicoretkan. Sayu hati hendak meninggalkan universiti tercinta selama lapan bulan lagi. Doakan ana untuk terus istiqomah. Terima kasih buat semua yang banyak membantu dan menyokong ana di universiti kehidupan ini. Terima kasih juga buat yang telah menyakiti hati ana kerana itu sebenarnya yang menjadi penguat diri ini. Ana ingin kongsikan lirik lagu Sahabat iaitu lagu paling bermakna buat ana sewaktu UNIVERSITI KEHIDUPAN ini. Lagu yang penuh peristiwa bermakna.. MasyaALLAH.. SubhanALLAH.. ALLAHuakbar!



::SAHABAT-HAWARY::


Pertemuan...telah ditakdirkan...
antara kita tidak pernah dirancangkan.
..
manalah takdir hendak dilawan
...
semuanya ketentuan tuhan...

wahai sahabat sematkan semua kenangan

yang telah bersama sama kita lalui

suka dan duka memburu impian
..
moga teguh..nya ikatan ini
..

sahabat...yang amat ku kasihi..(kasihi..)
susah senang kau disampingku
(di sampingku..)
kehadiran dikau disisi...
(sahabatku)..
mengubat sepi dihatiku...

wahai sahabat sematkan semua kenangan
yang telah bersama -sama kita lalui

suka dan duka memburu impian
...
moga teguhnya ikatan ini...

sahabat...yang amat ku cintai
...(cintai..)
susah senag kau disampingku(di sampingku..)
walau kini hilang dimata
..(sahabatku..)
namun kau tetap dihatiku..(sahabatku..)

ooo...sahabat bertuahnya ku rasa
mendapat teman sepetimu

membimbing menasihatiku
...
hanya satu dlm beribu.....

ooooooo......
sahabat yang amatku cintai
....
susah senang kau disampingku...
walau kini hilang dimata....
namun kau tetap dihatiku...

namun kini... hanyalah tinggal kenangan
pertemuan kita dilamat perpisahan

kemesraan bermekar diakhir perkenalan

sayup menitiskan air mataku



Sunday, December 20, 2009

Waheeda Kini Berpurdah

Bismilahirahmanirahim, ini adalah sedikit artikel yang ana perolehi dari laman web Halaqah. net. Moga beliau terus istiqomah dan moga segala peristiwa yang berlaku sebagai ujian dan dijadikan pengajaran,

Gambar terbaru

LAMA tidak mendengar kisah tentang penyanyi ini sejak dia mengumumkan persaraannya dari dunia seni sebaik mendirikan rumahtangga dengan penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Akhil Hayy Ogos lalu.

Khabarnya, Waheeda kini lebih tenang menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak tirinya, Maisara dan Sharif yang tinggal bersamanya dan Akhil.

Malah, ketika ditemui pada majlis persandingan mereka di Dewan Guthrie Bukit Jelutong, Shah Alam, akhir Oktober lalu, Waheeda akui kehidupannya kini cukup bahagia di samping menumpukan kepada amalan ibadah.

Terbaru, wanita berusia 30 tahun ini dilihat sudah tampil dengan imej terbarunya - berpurdah. Waheeda dilihat berpenampilan sedemikian sewaktu menghadiri sebuah majlis bersama suaminya, baru-baru ini.

Cuba dirisik kepada empunya badan, Waheeda akui dia kini senang dengan imej sedemikian. Malah, sejak dulu lagi memang penyanyi yang pernah popular dengan lagu Wassini ini sudah menyimpan hasrat untuk berpurdah, cuma ketika itu dia belum berpeluang untuk berbuat demikian.

Malah, ketika seorang kenalan menghubunginya baru-baru ini, Waheeda kedengaran cukup ceria dan melahirkan rasa lega kerana hasratnya itu kesampaian jua.

Tiada siapa memaksa, tetapi apa yang dilakukannya itu datang daripada dirinya sendiri.

Dan berpegang kepada prinsipnya, jika boleh, dia tidak mahu lagi terlibat di dalam sesi fotografi mahupun temubual tentang kehidupannya kini. Kata Waheeda, lebih baik diajukan kepada suaminya saja kerana dia bukan lagi seorang selebriti.

Difahamkan, Waheeda juga bakal melatih anak tirinya, Sharif untuk menyanyi dan mengeluarkan album berjudul Zikirallah.

Ditanya lagi sama ada dirinya kini sudah 'berisi', kata Waheeda, rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri masih belum dikurniakan Allah.

Apapun, dia tetap bersyukur kerana dapat mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak tirinya yang juga menghormati dan menyayanginya sebagai ibu sendiri.


Ar Ruhul Jadid...


Ar ruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa

Kami petualang mencari kebenaran
Mencari makna serta hakikat manusia
Kami berjuang menegakkan kehormatan
Hidup mulia atau mati sebagai syuhada

Kami berbekal alquran hakiki
Meneruskan cita dan risalah para nabi
Kami sandang julukan generasi ghuraba
Biar saatnya datang kami pimpin dunia

Kami semangat baru siap maju hancur semua musuh
Kami tentara Alloh siap korbankan harta bahkan jiwa

Kami serahkan semua hidup pada Alloh
Kami tekadkan tuk ikuti rasulullah
Usung panji ilahi iman kuat membaja
Hadapi tirani bebaskan umat dunia

Monologku: Semangat dengar lagu ni. harap pengunjung sekalian dapat dengar lagu ini kat blog ana sebab ana letak lagu ini. Tapi ana buka blog sendiri pun tak dapat dengar.. huhu.. (^_^)

Bumi penjara mukmin?


Bismillahirahmanirahim
3 Muharram, Alhamdulillah.. masih berpeluang mencoret sedikit pada"Salju Sakinah" kesayanganku. Inginku berkongsi sedikit berkenaan informasi yang didapati dalam rancangan Halaqah TV9, sesiapa yyang dapat siaran TV9, jemputla tengok rancangan halaqah, setiap Ahad, jam 9.30 malam, insyaALLAH.. dapat ilmu bermanfaat.. Rancangan berbentuk perbincangan ini memilih topik bumi pada kali ini.

Tetamu jemputan yang tidak asing lagi pada kali ini adalah Dr Danial Zainal Abidin. Beliau di tanya berkenaan keistimewaan bumi. MasyaALLAH, sahabiyah sekalian.. Bumi sebenarnya planet istimewa. Dr Danial menyenaraikan tiga ciri keistimewaan bumi

1. Bumi terletak di galaksi bima saksi, sedangkan di dalam bima sakti itu sendiri terkandung berbilion bintang.. tetapi bumi terletak jauh daripada bintang bintang ini, kerana bintang bintang ini dapat mempengaruhi suhu bumi! SubhanALLAH.. ALLAHuakhbar, begitulah kehebatan penciptaanNYA.
2.Malah bumi juga mempunyai perlindungan, atmosfera, yang dapat melindungi bumi dari sinaran radio aktif.dari matahari yang dapat membahayakan manusia
3. 3 suku daripada bumi dilitupi air, maka suhu bumi dapat dikawal sedangkan saintis sibuk mencari kewujudan air di planet lain, maka jika air dijumpai, maka kemungkinan untuk menemukan hidupan lain adalah tinggi..

SubhanALLAH... betapa besar nikmatNYA pada kita.. maka apakah balasan kita.. adakah kita bersyukur?

Tetapi apa yang lebih menarik adalah soalan yang ditanyakan kepada ahli panel yang kedua iaitu ustaz ( Maaf tak ingat nama ustaz, (^_^) ) adakah benar dunia itu penjara orang mukmin?

Ana begitu tertarik dengan jawapan beliau. Beliau berkata semuanya bergantung bagaimana insan itu melihat dunia. Sekiranya insan tersebut benar benar hendak mendapat keredhaan ALLAH maka tentu sekali berasa enak untuk melaksanakan amal kebaikan.. dan tidak akan merasakan beban dalam melakukan amal kebaikan dan berjuang untuk Islam. Tidak akan rasa terpenjara! Walaubagaimanapun berlainan pula jika kita di diagnosis dengan penyakit wahn (cinta dunia) maka tentulah berasa berat untuk meluangkan masa demi akhirat, berasa berat untuk berbuat amal kebaikan dan sudah tentu rasa terpenjara! Kita mungkin berasa beban terhadap melakukan amal kebajikan, berasa berat meninggalkan perkara yang dilarang.. oleh itu kita rasa terpenjara!

Maka lembutkanlah hati kita untuk menyukai amal kebajikan dan membenci perkara perkara mungkar.. dan juga akan sentiasa melakukan amal kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.. maka kita tidak akan berasa terpenjara di bumi yang serba indah ini..


Maka nikmat tuhanmu manakah yang kamu dustakan?

Selain itu isu usia bumi yang dikatakan sudah tua turut di utarakan.. Jika tua, sudah tentulah menghampiri kematian. Malah Dr Danial menerangkan bahawa petanda kiamat sudah dekat adalah peningkatan kejadian gempa bumi.. Dan kini gempa bumi berlaku di sana sini.. Maka apakah persediaan kita? Adakah kita akan terus menjadikan bumi sebagai penjara dengan terperangkap dengan tipu daya dunia? Semoga kita semua bisa bermuhasabah

Bumi itu diwariskan kepada mukmin yang soleh... fikirkan... adakah kita bersyukur?

Wallahualam

Wednesday, December 16, 2009

Niqabi around the world (^_^)

Bismillahirahmanirahim, untuk entry kali ini, suka ana untuk berkongsi gambar gambar kegemaran ana, gambar wanita berniqab. Sesungguhnya ana amat menyokong dan menyukai mereka yang berniqab kerana ALLAH terutama untuk memelihara diri mereka. Bukankah wanita itu perhiasan dunia, maka sudah tentu sekali dirinya harus dipelihara sebaik baiknya

Nabi Muhammad SAW bertanya pada Fatimah A.s, Apakah yang terbaik untuk wanita? Beliau A.s menjawab, memelihara dirinya daripada melihat dan dilihat oleh lelaki lain.
Saidatina Fatimah A.s sangat menjaga dirinya, seorang sahabiyah pernah menceritakan pada ana bahawa permintaan Saidatina Fatimah biarpun telah meninggal dunia, beliau hendak jasadnya dikebumikan pada waktu malam dan dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja, sehingga meninggal dunia pun beliau masih sangat menjaga diri beliau. Bagaimana dengan kita wahai muslimah? Adakah begitu mudah kita memperagakan diri kita? Adakah terlalu murah diri kita untuk diperagakan sesuka hati, di tatap oleh mata mata nakal? Sama sama kita muhasabah diri..




Go Go Niqabi... Lets wearing niqab!! Ana rasa niqab ini diperbuat daripada selendang, tapi masih nampak hidung :)
Sangat menyukai yang pink ni :)





Inilah gambar kegemaranku...




Cantik atau tabarruj?




Yang ini pun unik juga




Rasanya yang ini biasa dilihat



Aisyah dari Ayat ayat Cinta....



Niqab macam diperbuat dari pashmina?



Biru...

Alhamdulillah, melalui Salju Sakinah yang kusayangi, tautan ukuwwah terjalin dengan para mujahidah yang memakai niqab juga.. Ini adalah laman blog mereka, InsyaALLAH mereka mempunyai pengetahuan tentang niqab dan purdah yang lebih mendalam dan bisa membantu

www.kelatemaghi.blogspot.com (kakchik)
Semoga berjumpa di entry akan datang.. Tidakkah terlintas dihati ingin berniqab? Wallahualam





Tuesday, December 15, 2009

Salam Hijrah.. Rebranding MYSELF

Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah, dapat juga ana ambil sedikit masa untuk menulis sedikit di blog ana.. maklumlah, kebelakangan ini sibuk sedikit.. biarpun bercuti tetapi kerja di universiti tetap berjalan. Tapi itu hanya alasan bukan.. semuanya bergantung pada individu itu sendiri, sejauh mana dapat mengatur masanya.

Tidak lama lagi kita akan mengadakan sambutan Maal Hijrah, Alhamdulillah, segala puji dan ucapan syukur meniti di bibir. Sekali lagi kita berpeluang untuk menjalankan tugas kita, di tahun yang baru.. sebagai hamba di muka bumi ini. Moga kita sentiasa mendapat keredhaanNYA.

Sempena tahun baru ini, bagaimana dengan azam kita? Adakah azam tahun lalu telah tercapai? Selalunya, tahun baru masihi, kita beria ria untuk membuat azam baru. Lepas tu nak mengadakan sambutan tahun baru pula, keluar dengan kawan kawan. Tetapi bagaimana dengan tahun baru hijrah ini, apa tanda sambutan kita untuk tahun hijrah? Adakah kita mengenang kisah perjuangan kekasih kita, Rasulullah S.A.W dan juga para sahabat?

Selain itu bagaimana dengan amalan kita, adakah telah bertambah atau berkurang.. bagaimana dengan dakwah kita, sejauh mana kita sudah menyampaikan dakwah , menjalankan tanggungjawab kita, adakah pada tahun yang ini kita telah memperbanyakkan ilmu, kita telah banyak menghadiri taman taman syurga, yakni majlis ilmu, adakah kita berpeluang khatam Al Quran pada tahun ini , adakah kita telah berpakaian menutup aurat dengan sempurna? Bagaimana dengan pergaulan kita dengan orang lain, adakah kita telah menyakiti orang lain tanpa kita sedari, adakah kita telah membuang masa.. terlalu banyak persoalan yang bermain di fikiran ini

Sempena memasuki tahun yang baru ini, mari kita orak langkah untuk Rebranding MYSELF.. selalunya kita lihat jenama jenama terkenal selalu membuat penjenamaan semula untuk meningkatkan kualiti bahan tersebut, mengapa tidak kita renew diri kita menjadi insan yang lebih baik? Menjadi muslim yang lebih berkualiti

Apa kata buat satu list, senarai yang kita perlu perbaiki diri sempena tahun baru ini sebagai contoh:

1. Berpakaian menutup aurat yang lebih baik dan tidak tabarruj pada tahun ini
2. Memperbaiki bacaan Quran
3. Lebih banyak membaca tafsir Quran
4. Tak tinggal solat malam, kalau uzur pun kena bangun, berzikir dan baca tafsir
5. Tak tinggal solat dhuha
6. Betulkan niat belajar kerana ALLAH
7. Tak ponteng usrah

Maaf gambar takda kaitan tetapi suka tengok gambar ini, pembakar semangan untuk ana, 6 bulan lagi... insyaALLAH

Ini hanyalah contoh yang terlintas di kepala, malah kalau diikutkan banyak lagi benda yang ana perlu betulkan.. InsyaALLAH, moga diberi kekuatan. Tetapi lepas buat senarai macam ini, jangan biar terlekat kat dinding sahaja tanpa ada tindakan, berusaha agar kita benar benar dapat lakukan, pohon kekuatan daripadaNYA

Malah ana begitu tersentuh hati melihat penghijrahan hamba hambaNYA, betapa lembutnya hati manusia dan betapa luasnya rahmat dan maghfirahNYA. Teringatkan dengan Puan Rozita, pengasas kosmetik Sendayu Tinggi, alhamdulillah, melihat perubahan beliau apalagi melihat beliau memakai niqab, MasyaALLAH.. sesengguhnya penghijrahan itu indah.. biarpun kadang kadang kita akan melalui kepahitan untuk berhijrah.. tetapi sesugguhnya jalan menuju syurga ALLAH itu pahit, berliku dan perlu kesabaran.. kuatkan semangat demi mendapat keredhaanNYA dan sekaligus menjejaki syurga tertinggi


Imej terdahulu Puan Rozita, sekarang tentu lebih cantik

Untuk sahabiyah sekalian, ana juga ingin mencadangkan satu buku, MasyaALLAH, selepas membaca buku yang penuh berinformasi ini, ana teringin untuk berkongsi dengan antuna sekalian. Buku bertajuk "Untukmu Wanita" daripada Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman. Buku ini menggarap pelbagai permasalahan wanita seperti wanita dan aurat, maruah, munakahat dan rumah tangga. Buku ini dipersembahkan dalam bentuk soal jawab dan sesuai untuk dijadikan sumer rujukan.. Ana tak nak cerita panjang lebar, antuna pegi dapatkan sekarang di kedai buku berdekatan ya..

Monologku: Ana mengakui bukan senang untuk berubah, tetapi belum cuba belum tahu kan.. sekiranya hati telah terdetik untuk berubah, cepat cepat kita lakukan kerana hidayah ALLAH itu indah, berdoalah agar kita diberi kekuatan untuk melaksanakannya.. Jangan tunggu lama lama, takut kita kehilangan sinar hidayah tersebut.. Wallahualam




Monday, December 7, 2009

Untukmu yang bergelar daieyah :)


Bismillahirahmanirahim.. Alhamdulillah, segala puji kepadaNYA, Tuhan sekalian alam, yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, ana diberi kekuatan olehNYA agar jariku bisa menari di atas papan kekunci .. Agar apa yang dikongsikan disini bisa memberi manfaat, bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk semua saudaraku, muslimin dan muslimat di seluruh dunia, moga kita sentiasa mendapat keredhaaNYA dan agar hati hati ini tidak terpaling dari jalanNYA..

"Setiap daripada hati hati manusia itu mempunyai kunci, hati yang rosak dan sempit itu bisa diubati jika dirinya bertemu dengan pemegang kunci kepada pemilik hati tersebut"

Teringat pesanan daripada mas'ula ana, bahawa perjuangan sebagai daieyah umpama perjuangan membuka kunci hati para mad'u yang dikasihi. Tetapi harus diingati bahawa pemilik kunci itu iaitu adalah Tuhanmu yang satu, maka sekiranya engkau berasa penat untuk mencari jalan membuka kunci itu, jangan pernah berputus asa kerana sekurang kurangnya dirimu telah membuka jalan untuk kesinambungan mata rantai pembukaan kunci tersebut.. maka berdoalah agar pemilik hati tersebut bisa diketemukan dengan insan yng benar benar bisa membuka kunci hatinya..

Kadang kadang tidak dinafikan bahawa hati mudah berasa kecewa apabila mengalami penolakan, apabila diri diperlekehkan, apabila fikrah dipertikaikan tetapi wahai temanku, adakah dirimu terlupa akan perjuangan Asiah.. betapa sabarnya bidadari syurga yang bernama Asiah, setiap hari terpaksa berteman firaun laknatullah.. betapa lembutnya hati asiah untuk menyelamatkan Musa A.s daripada dibunuh.. Adakah ujian penolakan yang kita hadapi bisa menandingi ujian kesabaran Asiah?kerana kesabaran asiah dalam bermujahadah, dirinya terletak sebagai calon bidadari syurga.. layakkah kita bergelar bidadari syurga?

Tidak dinafikan bahawa, setiap insan itu diuji dengan pelbagai ujian.. Ujian merupakan tanda kasih sayang dan pentarbiyahan ALLAH s.w.t kepada kita.. Ujian datang bukan hanya dalam kesusahan tetapi juga dalam kenikmatan. Maka sekiranya kita telah beroleh nikmat yang berlebihan, makan jangan pula kita alpa kerana itu merupakan satu bentuk ujian buat diri kita. Sebagai seorang daieyah tidak bermakna kita bebas daripada ujian.. Ujian yang paling berat bisa ditempuh ada masalah hati. Masalah hati bukan sahaja dengan kaum berlawanan tetapi juga kaum yang sejenis dengan kita. Tidak dinafikan, akhwat dan akhwat bisa terasa dan terguris hati, mungkin terasa hati bila menerima teguran daripada sang akhwat tercinta.. tetapi ingatlah saudaraku, pergolakan yang berlaku sebenarnya menjadi penguat kasih sayang antara dirimu dan juga dirinya, setelah fasa pergaduhan itu, nescaya kau mendapati dirimu lebih menyayangi dirinya.. apatah lagi kalian berukhuwwah kerana ALLAH .. Seorang daieyah harus bisa menerima teguran dan kritikan membina. Teguran manusia merupakan tanda Allah mentarbiyah kita secara berterusan, lembut kanlah hatimu memerima teguran. Buat mereka yang menegur, menegurlah secara berhikmah, pastikan teguran dan kritikan yang membina agar ukhuwah sentiasa terpelihara

Selain itu, kadang2 kita bisa diuji, apabila insan lain sering sahaja, mempertikaikan pegangan kita. Tentu rasanya di dalam hati, ingin sahaja kita membalas dan menghentam sehabis habisnya. Tetapi ingatlah wahai daieyah, dakwah itu secara berhikmah, sedangkan Rasulullah S.A.W berlembut dalam menyampaikan dakwahnya. Apabila dirimu mengalami hentaman yang kuat, berikanlah salam kepadanya. Berdoalah di dalam hati moga ukhuwwah sentiasa terpelihara dan dirimu dan dirinya mendapat keampunan dan keredhaanNYA. Jangan pula kita yang mencari kelemahan pegangan insan lain, kerana itu adalah seburuk buruknya perlakuan.. Ingatlah bahawa tunjang pertarbiyahan adalah sama.. matlamat juga sama untuk mendapat keredhaanNYA.

Untuk menjadi daieyah sejati, ingatlah bahawa bukan matlamat kita untuk mengumpul sebanyak mana yang mungkin tetapi matlamat kita adalah untuk membuka kunci hati hati para mad'u. Jangan lupa untuk membuat introspection dalam diri. Seorang daieyah itu seharusnya lebih baik dari orang yang diserunya. Ikhlaskan lah hati mu dalam perjuangan dan ingatlah bahawa tiada paksaan dalam menyeru mad'u mu. Jangan pernah sekali kali kau menggunakan paksaan, kerana mereka bisa lari daripadamu

Gunakan kelebihan dirimu sebagai seorang wanita untuk berada dekat dengan mad'u mu. Wanita itu dikurniakan kelembutan bukan sebagai kelemahan, tetapi sebagai senjata . Dekatilah mereka yang bergelar mad'u dengan selembutnya, hiasilah wajah mu dengan kemesraan, murahkan lah senyuman dan jangan pernah takut untuk memulakan perbualan. Dan yang paling penting, cuba ingati nama-nama mereka, keluarga mereka dan apa saja tentang diri mereka. Nescaya mereka akan lebih senang dengan mu. Janganlah juga lupa untuk menjaga penampilanmu kerana itu merupakan salah satu cara untuk menarik mad'umu. Sucikan hati dari niat untuk bertabaruj tetapi berbanggalah menjaga anugerah ALLAH untukmu. Selain itu, pemberian hadiah yang ikhlas bisa menyentuh hati. Jangan pernah lokek untuk memberi hadiah yang bermanfaat, kerana lebih banyak yang diberi, InsyaALLAH lebih banyak yang diterima

Semoga dirimu dan diriku tetap teguh dalam perjalanan yang panjang ini.. Amin..









Wednesday, December 2, 2009

Cermin Ajaibku :)

Bukan mak tiri snow white je tau yang ada cermin ajaib, ana pun ada juga.. ini dinukilkan khas utk cermin ajaib ana: cahaya kepimpinan, teman idea, srikandi fatimah, srikandi aisyah, harinum, digma dan atun umair

********

Semoga berjaya
Menjadi gadis mulia
Semulia diri Maryam

Semoga berjaya
Menjadi wanita faqihah
Sebijak minda Aisyah

Semoga berjaya
Menjadi perempuan tabah
Setabah hati Asiah

Semoga berjaya
Menjadi srikandi kebanggaan
Sehebat jiwa Sumaiyah

Semoga berjaya
Menjadi hiasan dunia
Seindah akhlak Rabiatul Adawiyah

Semoga berjaya
Menjadi isteri solehah
Sebaik budi Khadijah

Semoga berjaya
Menjadi wanita dan kekasih
Idaman hati
kecintaan Tuhanmu!


Monologku: Who am i without your guidance and now here I am with your guidance.. Ukhuwah fillah abadan abada..

Saturday, November 28, 2009

Terima kasih kerana sudi menerimaku...


Bismillahirahmanirahim..
Alhamdulillah, aidil adha kali ini dirasakan begitu bermakna.. pengalaman berharga meraikannya bersama teman seperjuangan tidak akan ana lupakan.. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. tidak terhenti rasanya lidah ini mengucapkan syukur.. aidiladha kali ini dirasakan begitu bermakna buat diri ana.. Allah terlalu banyak memberi peluang kepada diriku yang hina ini, Biarpun diri ini pernah melupakan NYA tetapi DIA tidak pernah melupakan hamba2NYA.. dia sentiasa memberi hidayah dan taufiq kepada hamba2NYA.. Pintu rahmatNYA sentiasa terbuka luas melebihi keazabanNYA.. MasyaALLAH...

Selain ucapan syukur yang tidak terhenti henti diucapkan.. Ana juga ingin mengucapkan terima kasih.. terima kasih yang amat2 sangat kepada insan yang sudi menerima ana.. ana yang terlalu hina ini, ana yang berdosa ini, tetapi insan2 inilah yang memberi sokongan kepada ana.. memberi kekuatan pada ana.. tanpa mereka ini tidak mungkin ana dapat melalui jalan2 ini.. Allah memberi begitu banyak pada ana, Allah membeir peluang utk kembali kepadaNYA malah ana dikelilingi oleh sahabiah sahabiah yang begitu baik.. yang terlalu baik.. ya ALLAH.. ana terlalu bersyukur...

Teringat kali pertama ana berjinak jinak nak pegi usrah.. sahabiah-sahabiah ana inilah yang menerima ana.. biarpun ana serba kekurangan, ana tidak tahu apa2, ana tidak menutup aurat tetapi sahabiah sahabiah ini, tetap dengan kelembutan melayan ana, membimbing ana, tidak pernah ada unsur streotype.. masyaALLAH.. ana terlihat betapa indahnya peribadi mereka yang bergelar muslimah.. betapa indahnya ISLAM dan golongan ini telah ALLAH jadikan asbab untuk membuka hati ana ke arahNYA..
terima kasih kerana sudi menerimaku

Yang paling sedih adalah ana susah nak baca quran, sememangnya kenal huruf... tapi nak baca.. macam tunggu pisang bertanduk.. kura - kura lebih berjalan laju dari ana nak membaca satu ayat Al quran,, tetapi sahabiah sahabiah ini yang bersusah payah mengajar ana, dengan penuh sabar, tidak pernah memandang rendah, sentiasa menolong.. ya ALLAH, mereka ini adalah sebenarnya tentera ALLAH.. yang berjihad utk membantu hambaNYA.. MasyaALLAH.. haya ALLAH saja mampu membalas segalanya.. Malah ada yang menghadiahkan ana Al quran, supaya ana mudah lancar katanya.. MasyaALLAH..
terima kasih kerana sudi menerimaku

Bila ana mula berubah imej, sahabiah sahabiah ini juga yang menjadi kekuatan pada diriku.. ana mendapat pelbagai hadiah, sokongan.. di kala ana berasa down kerana pelbagai sangkaan daripada orang lain, tetapi mereka ini adalah orang yang sentiasa berdiri di belakang ana.. siapalah diriku tanpa mereka
terima kasih kerana sudi menerimaku..

Malah, lepas berubah pun, terlalu banyak tomahan, soalan dilontarkan kepada diri ana.. kadang2 ana berasa berputus asa.. ana rasa hendak kalah.. tetapi ALLAH sayangkan ana, DIA kurniakan ana dengan sahabiah2 yang sentiasa memberi kekuatan pada diri ana.. alhamdulillah..

Mungkin ramai yang merasakan diriku ini masih dihantui kenangan silam, ya hidup sememangnya harus diteruskan.. ana yakin segala kesilapan ana dimasa lalu.. akan menjadi sumber kekuatan ana, fasa kejahilan insyaALLAH sudah berlalu, sekarang adalah fasa untuk belajar.. belajar menjadi wanita solehah, dan matlamat yang satu adalah untuk menjadi bidadari syurga!

Terima kasih yang tidak terhingga buat semua insan yang memberi sokongan terutama pada akhwat yang tercinta, kalian adalah cermin ajaib ana... kekuatan yang ALLAH berikan melalui kalian, bertuahnya diri ana dapat merasai nikmat bertarbiyah dan dilamun cinta bersama akhwatku.. masyaALLAH.. indahnya.. terima kasih juga pada semua yang telah mengajar ana membaca AL quran,... alhamdulillah.. ana dah boleh membaca dan dah khatam.. terima kasih buat mereka yang menghadiahkan ana Al quran, ada yang hadiahkan Al quran kecil, katanya ana boleh baca di mana2 sahaja.. insyaALLAH, akan ku ingat pesanan mu itu.. dan akan ku amalkan..terima kasih juga buat mereka yang sentiasa menegur ana, berkongsi artikel dengan ana, berkongsi ilmu dengan ana, biarpun dahulu ana tidak tahu apa2 tetapi mereka ini tetap berusaha menjawab2 pertanyaan ana biarpun kadang2 sebenarnya tidak relevan..hanya ALLAH saja yang mampu mebalas .. terima kasih juga buat mereka yang menyokong blog ana .. alhamdulillah.. diberi kekuatan untuk menulis.. ingatlah bahawa penulisan itu satu perjuangan! Anggap sahaja blog ini sebagai latihan, moga kita berjaya menulis buku yang bisa bermanfaat untuk semua dan sekaligus menaikkan islam di mata dunia.. insyaALLAH

dan yang paling penting utk ibubapaku.. ana yakin ini adalah berkat doa ibubapa ana... terima kasih kerana sudi menerimaku.. seorang anak yang jahil.. tetapi insyaALLAH cuba untuk berubah!

'Ya-Allah, bantulah aku untuk memperbaiki diriku. Ampuni aku jika selama ini aku menjadi fitnah kepada dakwah dan menyebabkan orang lain semakin jauh dariMu Ya-Allah. Sesungguhnya aku berharap agar mereka semua kembali kepadaMu. Aku cuba mengimani pesan RasulMu bahawa aku ini masih belum beriman sekiranya masih belum mencintai saudara seislamku sepertimana aku menyintai diriku sendiri. Aku sendiri ingin menyelamatkan diri daripda azabMu, begitu juga aku harapkan bagi mereka. Berikan mereka kefahaman tentang agama Ya-Allah. Bantulah aku dalam membimbing mereka...'

Friday, November 20, 2009

Ketika Cinta Bertasbih


Khairul Azam seorang mahasiswa Indonesia yang datang jauh dari pelosok desa di Pulau Jawa untuk melanjutkan pengajiannya di Mesir. Tanpa henti berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada keluarganya, menjadi contoh kepada adik-adik perempuannya, dan berusaha menyekolahkan mereka.

Setiap kerja keras akan memberikan hasil dengan keikhlasan hati.

Beliau harus berkorban selepas kematian bapanya, demi menyara kehidupannya dan keluarganya di tanah air. Dengan hanya menjadi penjual bakso dan pembuat tempe, beliau redha dengan ketentuan-Nya. Ternyata bakso pun menjadi sebutan mata-mata hati, bakso yang membekaskan cinta, dibentuk oleh hati suci murni.

Penat melalui mehnah dunia dan fitnah manusia…

Terbukti Khairul Azam, akhirnya berhasil menikahi wanita yang didambakannya selama ini, Anna Athafun-nisa’, selepas diperkenalkan oleh Pak Ali. Wanita yang meniti di fikirannya, butuh hatinya tiada kepalang. Ianya berlaku setelah melalui detik dipinang sahabatnya sendiri, namun pernikahannya terkandas dipertengahan jalan sebelum merasai nikmat ‘malam pertama’, bercantung antara dua insan yang halal, antara pria dan permaisurinya.

Bahkan begitu banyak calon yang hadir di hadapan Kahirul Azam.

Begitulah Allah Taala menetapkan jika sudah menjadi ketetapan dan milik kita, akan tetap menjadi kita. Andai bukan takdirnya, walaupun sekuat mana tenaga sekalipun mempertahankannya, juga tidak akan termiliki.

Indah mawar berduri, suci dari sentuhan tangan-tangan kotor.


… Anna Athafun-nisa’ …

“Cinta adalah kekuatan, yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah malang menjadi untung, mengubah sedih jadi riang, mengubah setan menjadi nabi, mengubah iblis menjadi malaikat, mengubah sakit menjadi sihat, mengubah bakhil menjadi dermawan, mengubah kandang menjadi taman, mengubah penjara jadi istana, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibah… ITULAH CINTA”

“Meskipun lidah ku telah mampu menghuraikan, namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang, sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya, kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta”

“Dalam menghuraikan cinta, akal terbaring tak berdaya bagaikan keldai berbaring dalam lumpur, cinta sendirilah yang mengerah CINTA dan TERCIPTA…”


Monologku: Sedikit sedutan dari filem kegemaran ana

Taken from puteraazhari.blogspot.com

Thursday, November 12, 2009

Pertandingan Busana Muslimah... Relevankah?



Bismillahirahmanirahim .. alhamdulillah, biarpun sekarang berada di ambang imtihan, tetapi masih berpeluang bertinta di salju sakinah yang sentiasa ana rindui ;)

Isu yang dibincangkan pada hari ini cukup menarik. Ada di kalangan akhi wa akhowat yang tidak berapa senang akan penganjuran Pertandingan Busana Muslimah, pada hemat mereka, sama saja, ia seolah olah menggalakkan perhiasan dunia yang indah iaitu wanita untuk memeragakan diri mereka tanpa wujud sifat al haya (malu)

Sejauh manakah kerelevanan pertandingan ini? Adakah pertandingan busana muslimah ini mampu menjadi medium dakwah kepada insan istimewa yang bernama wanita untuk berpakaian mengikut syariat?

Pernah terbaca sesuatu forum atau artikel yang menyatakan bahawa istilah busana muslimah itu hanyalah propaganda, musuh musuh ISLAM sebagai satu serangan pemikiran di mana kononnya wanita berbusana muslimah tapi makin lama tudungnya makin singkat, menampakkan leher, baju ketat, baju pelik2, tudung nampak telinga, nampak jambul, kain terbelah dan sebagainya. Secara tidak langsung, wanita perhiasan dunia ini terpengaruh dengan pemakaian begitu dengan membawa gelaran "BUSANA MUSLIMAH"

Selain itu, busana muslimah mencerminkan wanita berpakaian berlebih lebihan, perhiasan di tunjukkan pada yang bukan berhak. Make up setebal 32 inci ditempekkan ke wajah, mata diwarnakan kehitaman seolah olah beruang panda dan pelbagai lagi warna yang dilukiskan ke wajah. Kening juga dicukur sehingga macam x ada kening dan dan pelbagai lagi.. untuk menambahkan kecantikan pada gelaran "BUSANA MUSLIMAH"

Tetapi adakah benar gelaran BUSANA MUSLIMAH ini sememangnya tidak direlevan digunakan dalam medium dakwah? Adakah 100% tanggapan di atas terhadap busana muslimah adalah benar?

Sebenarnya kerelevanan pertandingan BUSANA MUSLIMAH itu bergantung kepada cara penganjurannya... Sedikit tips ( sesuai digelar sedemikian?) untuk penganjuran seperti ini di masa akan datang

~ Berikan kriteria tentang busana yang diperlukan.. tidak perlu rujuk jauh ya ukhti.. buka saja SURAT CINTA yang amat indah.. dan carilah ..

Firman ALLAH: “Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ”( QS Al Ahzab :59)

~ Wujudkan sesi soal jawab, soalan berkaitan ISLAM, aurat, hukum dan sebagainya

~ Penonton semuanya dikalangan wanita yang benar2 wanita. Mereka yang bukan wanita amat diharamkan

~ Gambar pertandingan tidak di edarkan dan tidak digembar gemburkan

~ Wujudkan satu sesi keinsafan seperti bacaan ayat quran berkaitan aurat, seksaan mereka yang tidak menutup aurat, video aurat, wanita dan sebagainya

Mengapa ana menyatakan bahawa Busana muslimah ini sebenarnya boleh digunakan sebagai mendium dakwah kerana setiap wanita sukakan kecantikan dan kepujian .. apa salahnya wanita dipuji sesama wanita.. sama2 saling berkongsi tentang keindahan pemakaian secara islam. Mungkin buat mereka yang belum pernah mengenakan jilbab akan jatuh cinta untuk terus berjilbab selepas pertandingan ini.. InsyaALLAH, selepas menyaksikan atau menyertai pertandingan ini.. mereka akan terus jatuh cinta untuk berpakaian mengikut syariat. Tidak salah seorang wanita itu untuk berpakaian cantik agar tidak berlebihan dan sedangkan ALLAH itu cantik dan islam itu indah sebenarnya, Untuk permulaan, memilih baju yang cantik dan moga istiqomah selalu.. Rasulullah S.A.W suka perbuatan yang sedikit demi sedikit tetapi istiqomah dan meningkat daripada perbuatan yang drastik. Mungkin yang tidak pernah bertudung, biarkan dia bertudung yang cantik, agar dia menyukai pemakaian tudung tersebut dan terus istiqomah... wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan!

Ada pula yang bertanya.. bagaimana jika mereka hanya berjilbab, berbusana muslimah, tetapi tidak pula melambangkan identiti muslimah? Sememangnya hati itu adalah yang paling susah untuk dirawat. Sebenarnya, sekiranya kita menutup aurat dengan sempurna, insyaALLAH dapat menjadi hijab kita untuk terjebak ke arah perbuatan yang tidak baik. Pemakaian seseorang itu dan akhlaknya adalah dua benda berbeza. Mungkin yang sudah menutup aurat sudah terlepas dari tuntutan itu, tetapi masih ada tuntutan lain yang perlu dipenuhi, untuk yang tidak menutup aurat pula, sudah tentu secara percuma. mendapat dosa tidak menutup aurat dan juga tuntutan tuntutan yang lain. Jadi, yang mana satukah pilihan kalian?


Monologku: Pandanglah setiap individu dengan kaca mata dakwah, pandanglah setiap perbuatan dengan kaca mata dakwah dan pandanglah setiap pertuturan dengan kaca mata dakwah.. itulah daieyah sejati
Wallahualam

Saturday, November 7, 2009

Penyesalan tiada akhir...


Bismillahirahmanirahim

alhamdulillah, syukur kepada yang MAHA ESA kerana kita masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara segar di bumi miliknya.

Beberapa ketika ini, ana sering teringat tentang masa lalu ana. Benarlah kata orang:

"Sejauh mana pun kita berubah, masa lalu tetap akan mendampingi kita"

Ya, sememangnya ana cuba untuk menghirup suasana baru.. cuba untuk bernafas dengan hembusan yang baru tetapi masa laluku seringkali menghantui ku.. Biarpun sejuta kali air mata menitis sehingga air mata darah sekali pun, kesilapan masa lalu tidak akan dapat di perbetulkan.. Seribu penyesalan tidak bisa mengembalikan waktu dulu

Sesungguhnya ana amat menyesal dan bersedih kerana masa silam ana, ana habiskan dengan perkara yang tidak mendapat keredhaanNYA. Pada masa lalu, ana sangat takut pada istilah tudung, jubah, handsock, stokin kaki. Terus terang ana mengatakan bahawa ana menganggap tudung itu sebagai pelindung, penutup kecantikan wanita.. ana sememangnya tidak berniat untuk bertudung .. malah tidak pandai memakai tudung!! astaghfirullah al azim.. betapa besarnya dosa dan kejahilan masa silam.. bila dikenangkan kembali, menangis penuh penyesalan..

Al -quran? Memang mengenal huruf dalam al quran. tetapi untuk membacanya sememangnya tidak pandai. Al quran pun tidak ada dimiliki. Betapa jahilnya diriku.. tak ada terniat di hati untuk baca quran, malah kalau ada aktiviti baca quran, sedaya upaya untuk mengelak. Sebab malu pada manusia, x tahu baca quran.. pada ALLAH tak malu. Sedangkan DIA MAHA MENGETAHUI, MAHA MELIHAT... astaghfirullah al azim

Dunia ana dihiasi dengan kecantikan palsu, Ana senang sekali menjadi pujaan, menjadi peragaan.. sifat al haya tidak terdapat dalam diri.. ana senang sekali memersembahkan diri ana dihadapan yang tidak berhak.. ana suka sekali membuat persembahan tarian, ana suka sekali menjadi perhatian...

Usrah? lucu pula apabila terkenangkan bahawa ana la "JAGUH LARI DARI USRAH", ana cukup jengkel dengan wanita bertudung labuh. Bagi ana, mereka ini memandang hina pada insan semacam ana.. surau pun jarang sekali ana kunjungi.. nak kata sebulan sekali pun tak.. YA ALLAH, bila dikenangkan semuanya, air mata ini mengalis bercucuran.. beberapa kali ana menangis dan merintih, ana masih dihantui zaman silam ana..

Pergaulan dengan kaum yang berlainan jenis pun tidak terkawal oleh diriku. Aku terlalu mudah untu bertepuk tampar dan bertegur sapa dengan mereka, aku terlalu mudah untuk bergurau dengan mereka.. Ya ALLAH.. betapa rendahnya martabat seorang wanita diletakkan oleh diriku..

Sikap ku sendiri juga tidak melambangkan keindahan ISLAM.. ya ALLAH, ana sentiasa mengharap pintu keampunan dariMU.. ana terlalu mudah marah, suka mengambil tahu hal orang lain, dan tidak menjaga tuturkata ana.. ana menyesal dan penyesalan ini sememangnya tidak ada akhirnya!

merintih, menangis, menyesali perbuatan lalu tetapi masa tidak akan dapat diulang kembali.. maka wahai anak muda, hargailah masa antuna sekalian, jangan lakukan kesilapan sama seperti yang dilakukan oleh diriku.. ingatlah, jadilah wanita solehah kerana seindah indah perhiasan adalah wanita solehah.. alhamdulillah, ALLAH telah memberikan peluang pada ana untuk memperbaiki diri ana tetapi ana masih merasa ana terlalu hina dan kotor .. biar berapa kali tangisan .. yang ana harapkan hanyalah keampunan dariNYA..



"Khabarkanlah kepada hamba-hambaKU (wahai MUHAMMAD) bahawa AKUlah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh)." (Al-Hijr:49)

Tuesday, November 3, 2009

Bidadari


Aku juga perempuan,
Punya impian, Anggun dibalut perhiasan,
Hidup bergemerlapan,
Bak artis pujaan.
Kuingin bermadah puisi,
Bersyair dan bernyanyi,
Lincah menari,
Menghibur dan menyeri.
Namun, aku bukan perempuan,
Gopoh mengejar kemahsyuran,
Di tempat persinggahan,
Tiada berkekalan.
Kuingin kemuliaan abadi,
Kemasyhuran hakiki,
Bukan yang tiada erti,
Bukan yang dimurkai Ilahi,
Bukan di dunia ini,
Tapi di Taman Syurgawi,
Inginku kekal sebagai bidadari!

Sunday, November 1, 2009

ISU Purdah


Bismillahirahmannirahim

Disebabkan entry ana terdahulu, maka ramai akhi wal akhwat mengatakan ana menyalah tafsir tentang syeikh tantawi. Tetapi sebenarnya akhi wa akhwat, ana ada mencari maklumat lanjut dan jika antum sekalian membaca entry tersebut, ana ada meletak pesanan di akhir entry ana berkaitan salah faham tentang berita tersebut. Ini adalah maklumat yang ana perolehi selama ini, tetapi asif jiddan kerana tidak dikongsikan dan membuat semua akhi wa akhwat salah faham terhadap ana. Semoga berjaya menghadamkan maklumat ini.. Wallahualam

~~~~Sekali lagi hati ini terguris bilamana para ulama dipermainkan.Inilah bahananya jika pekerjaan yang dilakukan langsung tidak berpaksikan iman dan adab.Sikap pembaca pula terlalu cepat menghukum dan memberikan komentar. Saya mendengar khabar daripada beberapa sahabat, sudah ada yang menggunakan laman facebook untuk mengecam dan mengutuk Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Seringkali kita memberikan nasihat dan pesanan kepada akhbar Tanah Melayu yang sering bersekongkol dengan akhbar dunia yang lain agar melakukan penelitian sebaiknya kepada setiap pernyataan yang dikeluarkan.

Berkali-kali kita sebutkan , selepas ini jika berita dan akhbar Melayu mengeluarkan sesuatu pernyataan kontroversi tentang pendapat para ulama maka perkara pertama yang perlu dipasakkan di dalam minda sidang pembaca ialah “ BOLEH DIBACA NAMUN PERCAYA JANGAN”. Kamu tak takutkah dengan hukum Allah taala kerana sering mempermain-mainkan para ulama.

Ingatlah, daging ulama itu beracun. Jangan bermain-main dengan maruah seorang ulama.

Pendapat yang dikeluarkan oleh Syaikhul al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah jelas bertentangan dengan apa yang dikeluarkan oleh akhbar Malaysia.Lain yang diucapkan oleh Syeikh, lain pula yang mereka masukkan ke dalam akhbar milik mereka.Kalau ya pun inginkan akhbar picisan milik kamu terjual laku di pasaran, usahlah lakukan fitnah kepada para ulama sehingga sedemikian rupa.

Apa yang diterangkan oleh IslamOnline dapat menjelaskan segala kekusutan yang berlaku. Saya diminta berkali-kali oleh sahabat-sahabat untuk membahaskan isu ini. Sikap saya yang pertama, tidak mahu terlalu cepat meletakkan hukum kepada ulama yang kita kenali sangat wara’ di dalam mengeluarkan sesuatu hukum.

Secara jelasnya , Syaikhul Akbar tidaklah melarang @ mengharamkan ( seperti bahasa yang digunakan oleh Akhbar Malaysia) pemakaian niqab secara mutlak. Malah larangan ini hanyalah kepada sekolah dan pusat pengajian yang di dalamnya hanya terdapat wanita sahaja. Ini bermakna, jika terdapat lelaki di dalam kawasan tersebut, maka dibenarkan untuk memakai niqab bagi wanita. Apa yang kita kesalkan, akhbar Malaysia jelas menyebarkan berita yang bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Syaikhul Akbar.

IslamOnline juga menerangkan bahawa, Syaikhul Akbar bukanlah menentang pemakaian Niqab kepada wanita. Malah beliau amat-amat menghormati pandangan wanita yang ingin mengekalkan pemakaian niqab.Namun, apa yang beliau tentang ialah kesalahfahaman yang berlaku dan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.Bahasa mudahnya, mengamalkan agama bukan pada tempat yang sepatutnya. Jika sesebuah institusi tersebut ahlinya terdiri daripada golongan wanita semata-mata, apa faedahnya mereka memakai niqab?? Ini yang ingin Syaikhul Akbar terangkan dan bawa kepada masyarakat. Bukannya seperti yang disebarkan oleh akhbar-akhbar picisan yang seolah-olah mengatakan bahawa niqab ingin diharamkan seratus-peratus kepada golongan wanita muslimah.

Manakala isu tohmahan terhadap Syaikhul Akbar yang mengatakan bahawa beliau menghina pelajar wanita tersebut dengan mengatakan bahawa “ Aku lebih mengetahui tentang agama daripada kamu dan orang-orang yang mendidik kamu” jelas merupakan fitnah terhadap Syaikhul Azhar. Perkataan ini langsung tidak diucapkan oleh Syaikhul Akbar. Ini jelas putar belit yang dilakukan oleh akhbar yang memang terkenal suka mencari publisiti murahan dengan melakukan penghinaan terhadap para ulama.

Penjelasan lanjut boleh dilihat di IslamOnline.

Inilah senario masyarakat sekarang, ulama terlalu dipandang rendah dan hina. Malah dianggap tiada langsung kedudukan disisi mereka. Saya tidak mahu membahaskan isu sama ada niqab ini benar-benar merupakan tuntutan agama atau sekadar adat seperti yang disebutkan oleh Syaikhul Akbar.Ini merupakan permasalahan khilaf dikalangan para ulama.Khilaf di dalam permasalahan ini bukanlah merupakan perkara usul yang boleh membawa kepada kekufuran. Malah ianya cuma khilaf di dalam permasalahan cabang agama. Terlalu dangkal golongan yang ingin melakukan tohmahan kepada Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah hanya kerana beliau mengatakan bahawa niqab ini hanyalah merupakan adat.

Orang zaman sekarang lebih suka percayakan akhbar yang ditulis oleh wartawan yang tidak diketahui peribadinya berbanding mempercayai ulama muktabar.

Saya sangat tertarik dengan penjelasan yang diberikan oleh Fadhilatus Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah bilamana ditanya pandangan beliau berkenaan pendapat Syaikhul Akbar tentang “ Harus Memberikan Infaq Kepada Pembinaan Gereja”. Kata Syaikhuna Habib Ali al-Jufri hafizahullah(secara ringkasnya) :

Sepanjang pengetahuan saya perkara ini merupakan sepakat daripada para ulama mengatakan bahawa tidak dibenarkan untuk kita memberikan bantuan terhadap pembinaan gereja.Cuma ianya dibenarkan untuk pihak kerajaan memberikan bantuan jika keadaan memerlukan seperti yang berlaku di Gaza setelah peperangan antara Yahudi laknatullah dan tentera Islam.Kerajaan Hamas ketika itu memberikan bantuan kewangan untuk pembinaan gereja yang runtuh akibat peperangan tersebut. Secara jelasnya, saya menyebutkan perkara ini dengan ilmu saya yang sedikit berbanding Syaikhuna al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.Mungkin Fadhilatul al-Imam al-Akbar pernah terjumpa pendapat ulama yang mengatakan bahawa dibenarkan untuk memberikan bantuan kepada pembinaan gereja.Manakala saya dengan sedikitnya ilmu pengetahuan yang ada pada saya maka tidak dapat saya memberikan pendapat sepertimana yang diberikan oleh al-Imam al-Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi hafizahullah.

Nah, inilah sikap sebenar seorang ulama dan sikap seorang pendengar yang tidak cepat menghukum.Malah meletakkan adab yang terlalu tinggi terhadap para ulama.

Moga kita semua dapat mengambil sifat terpuji yang ditunjukkan oleh para ulama kita di dalam memberikan pendapat dan berbeza pendapat.


Saya juga ada menulis tentang hukum memakai niqab pada keluaran yang lalu. Sila lihat :


Wartawan-wartawan akhbar perlu menilai perkara ini dengan teliti.Muslim yang baik bukanlah yang terjatuh ke dalam lubang sebanyak dua kali walau telah diperingatkan berkali-kali.

**********

Ya Allah, Aku bersaksi kepadaMu, jikalau aku tidak mampu menjadi seorang ulama, maka cukuplah diriku menjadi khadam kepada para ulama, membela mereka daripada ditohmah walau diri ini tergadai.. Moga mereka akan memberikan syafaat kepadaku kelak dengan Rahmat dan InayahMu Ya Rabbal A'lamin...

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Rumah Kedah Hayyu 10,
Keherah Mesir

dari: http://nazrulnasir.blogspot.com/2009/10/isu-purdah-pembaca-jangan-cepat-melatah.html

Saturday, October 31, 2009

Wanita Acuan Alquran


Wanita Acuan Al-Quran Ialah Seorang wanita Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang
Bersifat Jembalang

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Memelihara Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan membantu suami Mendalami Agama Islam
Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
serta wanita sufi yg digariskan dalam kalamullah
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Wanita Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian bersama lelaki

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama lelaki Acuan Al-Quran ganjaran ALLAH SWT


Monologku: Kepada akhowat ana, ana amat rindukan antunna sekalian lillahitaa'la. Biarpun lama tidak bertemu dengan akhowat sekalian, tapi ukhuwah fillah antara kita tetap utuh. Moga kita semua terus tsabat berjuang menegakkan yang HAQ.. dan menjadi wanita acuan Alquran....

Salam perjuangan!!!!

Sunday, October 18, 2009

Pelajar muslim berkualiti?


Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk mencoretkan sesuatu biarpun kekangan masa akibat bebanan tugas dalam perjalanan. Namun, itu bukan nya alasan bukan? Bak kata orang putih, time management is important. Sekiranya kita pandai mengurus masa dengan sebaiknya, InsyaALLAH kita akan punya waktu untuk perkara selain pelajaran.

Berkaitan hidup sebagai seorang pelajar, ini tidak boleh dijadikan alasan untuk memandulkan perjuangan dakwah. Mengapa tidak dakwah dan studi berjalan seiringan? Malah seharusnya semangat dakwah dan pentarbiyahan itu dijadikan pembakar obor usaha dalam pelajaran.. Sebagai seorang daieyah sekaligus yang bergelar pelajar, pelajaran itu tetap nombor satu tetapi dakwah itu bukan nombor dua. Malah kecermelangan dalam bidang pelajaran itu mampu menjadi penguat pada jalan dakwah kita. Malah bisa melahirkan seorang daieyah yang berkualiti.

Daieyah berkualiti = pelajar berkualiti..

Bagaimana caranya menjadi pelajar berkualiti? Ana baru - baru ini menghadiri halaqoh bersama akhwat ana. Salah seorang akhwat ana berkongsi tips-tips yang dapat membantu kita semua menjadi pelajar muslim yang berkualiti.

Untuk menjadi pelajar muslim yang berkualiti perlu ada:

1) Spiritualisme
Pelajar yang berkualiti perlu ada spiritual yang kuat. Hubungan diri dengan Maha Pencipta amat diutamakan. Malah setiap aspek kerja yang berkaitan dengan pelajaran itu diniatkan sebagai ibadah. Malah, pelajar berkualiti itu percaya bahawa setiap keputusan yang diterima itu adalah ketentuan yang MAHA BERKUASA. Selain itu semangat dakwah tetap subur dalam dirinya.

adakah spiritualisme dalam diriku dan dirimu?

2) Idealisme
Bukan dikatakan pelajar muslim berkualiti itu perlu ada angan-angan mat jenin. Tetapi, matlamat ditetapkan dalam belajar. Matlamat adalah berdasarkan spiritualisme tadi. Matlamat
dalam pelajaran untuk mendapat Mardhotillah. Matlamat belajar untuk cemerlang demi ISLAM dan membantu umat ISLAM. Malah didalam fikiran pelajar itu, dakwah tidak akan ditinggalkan kerana pelajaran. Dakwah dan pelajaran perlu berjalan seiringan.

3) Activitisme
Tidak ada gunanya bukan sekiranya kita hanya ada spirit dan idea tetapi tidak melaksanakan? Maka, disinilah perlaksanaan untuk segala matlamat kita tadi. Dengan berusaha mencari ilmu, berusaha mendapat kecemerlangan, tidak malu bertanya malah sentiasa dahagakan ilmu

4) Continuoulisme
Biarpun ini adalah perkataan baru yang merujuk pada perkataan istiqomah, sengaja diberbuat perkataan begitu supaya golongan muda lebih mudah teringat dan tertarik. Inikan salah satu senjata dakwah? Seorang pelajar yang berkualiti itu cuba istiqomah dalam aktiviti pembelajaran yang diadakan.. Tidak apa memulakan sedikit sedikit tetapi yang penting istiqomah.

Maka, adakah kita semua telah bersedia menjadi Pelajar Muslim Berkualiti? Semoga entry kali ini dapat memberi manfaat kepada antuna sekalian.. Marilah kita bersama - sama menjadi pelajar yang berkualiti dan dalam masa yang sama menjadi daieyah yang berkualiti

Wallahualam :)

Wednesday, October 14, 2009

PERBAHASAN BERKENAAN NIQAB(PURDAH)



Saya diminta untuk membahaskan tentang niqab oleh salah seorang sahabat kita. Terima kasih diucapkan kepada beliau. Kalau saya menerangkan ketika sedang mengajar memang agak mudah kerana saya cuma memberikan pendapat ulama tanpa perlu memberitahu mukasurat dan sebagainya. Tetapi bila menulis , kita perlu terangkan semua perkara termasuk mukasurat dan cetakan kitab . Ini merupakan amanah ilmu. Zaman sekarang bukanlah seperti zaman Syeikh al-Imam Anwar al-Kashmiri rahimahullah yang tidak perlu lagi melihat kepada rujukan . Pada zaman tersebut , jika para ulama seperti al-Imam menyampaikan fatwa maka itu sudah mencukupi dan tidak perlu lagi kepada penuntut ilmu melihat kepada kitab-kitab.

Sebelum kita membahaskan tentang niqab dan hukum pemakaiannya, elok kiranya kita membahaskan apakah yang dimaksudkan dengan niqab.

Niqab ialah sesuatu yang digunakan oleh wanita bagi menutup bahagian wajah mereka.Cuma yang dipamerkan hanya bahagian mata sahaja.Terdapat lagi istilah-istilah yang ada kaitan dengan niqab.Antaranya ialah khimar, burqa’ , hijab, dan litham. Saya akan terangkan secara ringkas satu persatu kaitan antara istilah-istilah tersebut dengan niqab.

1. الخمار : ini ialah nama bagi kain yang digunakan untuk menutup bahagian kepala bagi wanita.Ini berdasarkan firman Allah taala di dalam al-Quran surah al-Nur ayat 31:
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Maksudnya: dan hendakl
ah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.
Kaitan di antara niqab dan khimar ialah niqab digunakan untuk menutup wajah,manakala khimar digunakan untuk menutup kepala.Kedua-duanya merupakan pakaian muslimah.

2. الحجاب: Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup keseluruhan wanita tersebut.

3. البُرقَع : Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup keseluruhan wajah wanita.Menurut Ibn Manzhur ,pengarang kitab Lisan al-Arab: Terdapat sedikit ruang untuk memperlihatkan mata bagi burqa’. Jika kita mengambil dengan takrif yang diberikan oleh Ibn Manzhur maka ianya sama maksud dengan niqab.

4. اللِثام : Ini merupakan nama bagi kain yang digunakan untuk menutup bahagian mulut.Kaitan di antara niqab dan al-Litham ialah , niqab digunakan untuk menutup keseluruhan wajah kecuali kedua mata. Manakala al-Litham pula digunakan untuk menutup bahagian mulut dan ke bawah. Bilamana niqab digunakan untuk menutup bahagian wajah wanita maka ianya mempunyai kaitan rapat dengan aurat. Ini kerana, aurat adalah merupakan anggota yang wajib ditutup. Maka para ulama berbeza pendapat, adakah wajah termasuk di dalam aurat bagi wanita?

Jumhur para ulama iaitu Hanafiyah, Malikiyah, Syafieyah dan Hanabilah berpendapat mengatakan bahawa wajah wanita bukanlah aurat. Ini bermakna, diharuskan bagi wanita untuk menutup wajahnya dan dibenarkan juga baginya untuk membuka wajahnya.

Menurut para ulama bermazhab Hanafi: Wanita muda dilarang mempamerkan wajahnya di hadapan lelaki yang ajnabi . Larangan di sini bukanlah disebabkan wajah mereka aurat. Tetapi adalah untuk mengelakkan fitnah.Ini juga merupakan pendapat al-Imam Ibn Abidin rahimahullah, salah seorang ulama Hanafi.

Manakala para ulama bermazhab Maliki pula berpendapat: Makruh bagi wanita untuk memakai niqab( yang dimaksudkan dengan niqab oleh para ulama Maliki ialah yang menutup keseluruhan wajah termasuk mata)sama ada semasa solat atau selainnya.Ini kerana ianya terlalu berlebih-lebihan. Maka berdasarkan pendapat ini, golongan lelaki adalah lebih utama tidak memakai niqab, kecuali jika ianya menjadi adat bagi tempat tersebut.

Para ulama Maliki juga menyebutkan bahawa: Jika wanita tersebut muda dan cantik serta dibimbangi ianya akan menimbulkan fitnah, maka wajib baginya memakai niqab(purdah), serta menutup kedua tapak tangannya(dengan memakai sarung tangan).

Para ulama bermazhab Syafie pula berbeza pendapat didalam masalah niqab ini.Sebahagian ulama bermazhab Syafie berpendapat wajib bagi wanita memakai niqab,sebahagian lagi mengatakan ianya sunnah manakala sebahagian lagi mengatakan ianya merupakan Khilaf al-Aula.

Didalam hadis baginda sallallahu alaihi wasallam disebutkan:

عن سيدنا ابن عمر رضى الله عنهما أن النبي صلى الله عليه و سلم قال: لا تنتقب المرأة المحرمة و لا تلبس القفازين

Maksudnya: Diriwayatkan daripada Saidina Abdullah bin Umar radhiyallahu anhuma, Sesungguhnya Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: Janganlah seorang wanita tersebut memakai niqab dan memakai sarung tangan ketika dalam keadaan ihram.


Disebutkan oleh Ibn Taimiyah rahimahullah : Hadis ini menjadi dalil bahawa wanita pada zaman Baginda sallallahu alaihi wasallam memakai niqab dan sarung tangan. Oleh sebab itulah baginda sallallahu alaihi wasallam melarang pemakaian tersebut pada ketika waktu menunaikan ibadah haji.

KESIMPULAN

Jika kita menilai dengan baik pendapat para ulama tersebut, maka jelas menunjukkan bahawa niqab adalah sesuatu yang dituntut di dalam Islam. Cuma perlu difahami, bukanlah saya bertujuan untuk menyuruh semua wanita memakai niqab secara total. Amalkan berdasarkan kemampuan kita. Jika wanita tersebut merasakan bahawa jika dia tidak memakai niqab maka ianya akan menjadi lebih bahaya dan fitnah(manusia akan memandang kepadanya dengan syahwat),maka wajib baginya memakai niqab. Tetapi jika dia merasakan bahawa tiada masalah jika dia tidak memakai niqab, maka tidaklah menjadi dosa jika dia tidak memakai niqab sekalipun. Mereka boleh mengunakan sebahagian pendapat yang dipegang oleh ulama bermazhab Syafie yang mengatakan bahawa ianya merupakan Sunnah.

Wallahu a’lam


Rujukan:

Mausu’ah Kuwaitiyah jilid 41 mukasurat 134

Mausu’ah Yusufiyah oleh Syiekh Doktor Yussuf Khattar hafizahullah mukasurat 605-610

Mohd Nazrul Abd Nasir
Rumah Kedah Hayyu 10,


dari:
http://nazrulnasir.blogspot.com/2009/04/perbahasan-berkenaan-niqabpurdah.html

Saturday, October 10, 2009

Makanan sekadar untuk kenyang?

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah, di beri sedikit peluang untuk berkongsi fikrah biarpun kesibukan melanda dengan pelbagai tugasan yang diberikan. Sambutan Hari raya aidilfitri telah berlalu, terlalu banyak juadah makanan yang dinikmati. Setiap perut kekenyangan setiap balik daripada berhari raya, namun......



Adakah makanan itu sekadar untuk kenyang? Apabila kita lapar, kita makan. Tidak dinafikan fitrah manusia sememangnya begitu.

Tetapi, pernahkah kita memandang makanan dari sudut pandangan yang lain? Apakah makna sebenar makanan kepada insan?

Adakah selama ini anda ambil peduli tentang peyediaan makanan yang anda makan. Bagaimana pula dengan individu yang membuat makanan kita, cara penyediaan makanan dan pelbagai lagi persoalan yang boleh dirungkaikan berkaitan makanan

Kebanyakkan kita sudah tentu memilih makanan mengikut kemampuan, dan kegemaran masing-masing. Malah ada antara kita yang amat mementingkan khasiat makanan dan tak kurang juga mereka yang tak ambil peduli malah hanya memandang pada kelazatan sesuatu makanan sahaja.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah barang-barang yang bersih daripada apa yang telah kami kurniakan kepada kamu” (Hadis riwayat Muslim)

Islam sesungguhnya agama yang terlalu lengkap, SubhanALLAH.. segala aspek dalam kehidupan dirangkumi dengan ISLAM sehinggalah isu makanan. Islam amat mementingkan umatnya untuk mendapat sumber makanan yang halal, bersih dan suci.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Hmm..apakah sumber makanan yang haram ini? Ya akhi wa akhwat.. Sesungguhnya AL QURAN itu terlalu cantik kerana di dalamnya terkandung segala perintah ALLAH kepada kita insan yang terlalu hina.

Firman Allah yang bermaksud:”Makanlah apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat-nikmat Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan bukan kerana Allah. Maka, sesiapa yang di dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” (Surah al-Nahl, ayat 114-115)

Makanan memainkan aspek penting dalam kehidupan seorang insan

~ Makanan yang halal itu dapat menyempurnakan ibadat seorang hamba. Harus diingat, keutamaan dalam ibadah adalah kesucian. Maka, adakah kita hanya memikirkan kesucian fizikal sahaja? Bagaimana sekiranya kita sudah termakan makanan yang haram atau syubhah? Bukankah makanan seperti ini dapat mempengaruhi jiwa kita, menjadikan kita malas beribadat, doa kita tidak di makbulkan malah akan mendapat seksaan api neraka di akhirat nanti.

~ Islam begitu menitik beratkan penyediaan makanan. Penyediaan makanan perlulah teliti, segala sumber kewangan perlu dari sumber yang halal. Kebersihan dalam Islam amat dititikberatkan. Menyentuh soal penyediaan makanan, ramai antara kita merasakan benda ini terlalu ringkas dan tidak di pandang berat. Tetapi tahukah kalian semua, penyediaan makanan dengan hati yang ikhlas untuk mendapat keredhaan ALLAH mampu menjadi pemberat kepada amalan kita di padang masyar. Maka, buat sesiapalah yang ditakdirkan untuk menyediakan makanan buat surau di kolej kita, sediakanlah makanan dengan hati yang ikhlas, moga bersama mendapat keredhaanNYA

~ Sekiranya seseorang telah melafazkan dua kalimah syahadah, maka terjatuhlah ke atasnya akan tanggungjawab untuk berdakwah dan menyampaikan risalah Islam. Makanan dan dakwah? Sesetengah daie (mereka yang terlibat dalam gerak kerja dakwah) tidak terlihat akan kepentingan makanan dalam bidang dakwah. Sesungguhnya, jagalah makanan mu wahai para daie kerana makanan itu menjadi salah satu sumber pembentukan dirimu. Ada sesetengah mungkin berpendapat,

“saya tukang buat makanan kat surau saja, macam mana nak berdakwah?”

Wahai saudaraku sesungguhnya konsep dakwah itu luas, jangan sempitkannya pada konsep usrah sahaja. Sekiranya kita berusaha untuk menyediakan makanan yang halal dengan hati yang ikhlas terutama untuk para mad’u (mereka yang didakwah), insyaALLAH, hati mereka akan menjadi lembut dan tertarik pada keindahan ISLAM. Malah, menyediakan makanan bersama-sama itu boleh mengikat ukhuwah antara kita.



Maka setelah menghadamkan segala isu di sini, masihkah kita memandang makanan sebagai untuk mengenyangkan perut sahaja?

Jangan hanya tahu bertepuk dada sahaja, gunakan iman untuk menganalisa, gunakan minda untuk berfihrah, gunakan hati untuk menghayati



Wallahualam