Bismillahirahmanirahim..
SubhanALLAH, Alhamdulillah, ALLAHuakhbar
Diberi peluang dan kekuatan untuk bertinta di "Mawar Sakinah". Maaf dipinta kerana seolah olah telah sekian lama meninggalkan "Mawar sakinah" yang kukasihi, tetapi semenjak berada di kampung halaman ini, seolah olah ditarik balik nikmat untuk menulis. Mungkin ini ujian ALLAH untukku, sejauh mana aku mampu melangkah dalam perjuangan ini, dan kini sememangnya aku diuji di arena yang benar mencabar. Diri ini tercampak jauh dari tapak semaian, jauh dari sahabat setarbiyah. Bagaimana aku bisa memastikan diri untuk sentiasa kekal dalam perjuangan cinta yang panjang ini? Pada awalnya, langkahku seolah terhenti, lidahku seolah kelu untuk mengucapkannya dan jari ini sudah tidak dapat menari di skrin laptop untuk berkongsi sesuatu.
Jutaan terima kasih ku ucapkan buat semua pengunjung "Mawar Sakinah", Alhamdulillah.. di saat ini bilangan follower sebanyak 214 orang. Insan insan ini masih setia mengikut perkembangan "Mawar Sakinah" dan juga Asiah Yusro. Namun tanggungjawab ini terlalu berat sahabiyah sekalian. Setiap kali ada follower baru, daku berasa takut. Aku takut tidak mampu memberikan yang terbaik. Aku tidak punya ilmu yang mendalam dan pengunjung "Mawar Sakinah" sendiri mengetahui bahawa diri ini punya masa silam yang kelam dan dalam proses perubahan.
Cuma yang ku harapkan, agar setiap kelemahan dan keburukanku dapat dijadikan iktibar. Selain itu, dapat melahirkan insan insan yang lebih baik dan muslimah solehah. Diri ini pernah ditanya sahabat, bolehkah kita mendedahkan keaiban kita? Pegangan untuk diriku, sekiranya keaiban itu bisa memberi ibrah kepada insan lain, teruskan berkongsi agar menjadi satu method da'wah dan peringatan kepada insan lain. ALLAH itu Maha Pengampun dan Penyayang, dan hidayah dan taufiq juga milik ALLAH
Terasa sudah lari dari tajuk yang ingin diperkatakan. Alhamdulillah, setelah kembali ke tanah kelahiran tercinta, daku telah dipertemukan ALLAH dengan sahabiyah setarbiyah. Sujud syukur kepada ILAHI kerana bagiku ini adalah satu anugerah dariNYA agar diri ini terus berjalan di atas jalan tarbiyah ini. ISLAM itu sendiri sememangnya lengkap tetapi ingat kitalah yang memerlukan ISLAM dan kita yang lemah ini perlukan tarbiyah. Setelah melalui proses taarif (penyedaran), takwin (pembentukan) dan kini sudah tiba masannya untuk tanfiz iaitu proses perlaksanaan. Inilah masanya untuk mengaplikasikan segala ilmu tarbiyah yang dituntut selama ini. Ya, dikampus sememangnya kita sudah melalui proses tanfiz, tetapi perlaksaan dalam biah luar kampus adalah lebih mencabar.
Sekali lagi panjang ceritanya.. sahabiyah ini mempunyai gerai Tshirt labuh dan meminta diriku untuk membantunya. Alhamdulillah, diriku terasa begitu teruja kerana ini adalah pertama kalinya aku akan bekerja. Bagi diriku, semua pekerjaan itu mempunyai persamaan dengan jururawat. Sekiranya seorang guru itu mendidik, jururawat juga mendidik, sekiranya seorang jurutera itu merangka, jururawat juga merangka dan untuk penjua; tshirt labuh pula perlu menghadapi manusia dan akan bertemu dengan pelbagai karenah insan. Jururawat juga akan menghadapi situasi yang sama. Maka, ku amibil peluang ini untuk menimba ilmu dan pengalaman sebelum bekerja sebagai jururawat nanti.
Alhamdulillah, setelah beberapa hari bekerja, daku berasa dapat menyesuaikan diri dengan pekerjaan ini. Apatah lagi minat ku yang mendalam terhadap busana muslimah yang benar benar menepati syariat. Malah aku kagum melihat kebesaran ALLAH S.W.T. Jangan diingat pembeli tshirt labuh hanya mereka yang bertudung labuh sahaja, bahkan mereka yang tidak bertudung pun juga menjadi pelanggan. SubhanALLAH, diriku berusaha melayan semua pihak sama rata. Ini kerana nilaian manusia itu hanya ALLAH sahaja yang berhak. Kita hanya hambaNYA yang hina.
Teringat kenangan dulu
Akhir kalam, mari kita melaksanakan kempen "TSHIRT LABUH UNTUK SEMUA". Sesiapa sahaja boleh memakai tshirt labuh muslimah, tak kira dia bertudung labuh, bertudung kecil, bertudung ekin dan tidak bertudung. Moga moga, dengan memakai tshirt labuh dengan hati yang ikhlas mendapat keberkatan dariNYA seterusnya membuka pintu hidayah dan taufiq. AMIN ^_^
Impianku: Ingin mempunyai jenama Tshirt labuh sendiri "ASIAH YUSRO"
Picture: akhi Danang

Asiah nak beli tshirt labuh, teringin
Asiah mana boleh beli tshirt labuh, pakai tudung dulu.Ayat pertama adalah kata kataku dan ayat kedua adalah kata kata sahabat. Untuk pengetahuan semua, pada masa itu, aku terlalu kecewa. Mengapa mereka seolah olah menghalang niatku untuk membeli tshirt labuh. Padahal, itu adalah "point" yang cukup baik untuk mereka berdakwah. Nasihatku pada muslimah sekalian
Jangan anggap kita yang sudah memakai tshirt labuh ini terlalu istimewa, apabila ada insan yang pakaian tidak sempurna hendak membeli tshirt labuh, kit menidakkan mereka, kita seolah olah mencantas hajat mereka, ingatlah hidayah itu milik ALLAH.Ini adalah antara kelemahan para pendakwah. Mereka ingin mad'u berubah mengikut corak mereka sehingga kehendak mad'u sendiri diketepikan. Hal ini membuatkan mad'u lari dari kita. Maaf, tulisan ini bukan untuk menyalahkan sesiapa, tetapi marilah kita sama sama mengambil pengajaran. Aku pernah berada di tempat mereka malah diri ini jua pernah merasa genta perasaan mereka.
Akhir kalam, mari kita melaksanakan kempen "TSHIRT LABUH UNTUK SEMUA". Sesiapa sahaja boleh memakai tshirt labuh muslimah, tak kira dia bertudung labuh, bertudung kecil, bertudung ekin dan tidak bertudung. Moga moga, dengan memakai tshirt labuh dengan hati yang ikhlas mendapat keberkatan dariNYA seterusnya membuka pintu hidayah dan taufiq. AMIN ^_^
Impianku: Ingin mempunyai jenama Tshirt labuh sendiri "ASIAH YUSRO"
Picture: akhi Danang
0 comments:
Post a Comment