Pages

Friday, May 7, 2010

Serius, tiang lampu, sayur, lesung batu, penampilan diri ~~ Sebuah Memori!

Bismillahirahmanirahim..
Tetiba ilham untuk menulis datang lagi, setelah membaca entri dari ukhti tersayang, fateh.. http://fatehsultan.blogspot.com

Tajuk untuk entri kali agak unik kerana mengimbau memori yang mungkin sedikit lucu, sedikit pahit dan sedikit gembira. Walaubagaimanapun, cukup untuk kita mengambil ibrah terhadap segala aturan ALLAH.. pandanglah sesuatu perkara dengan mata hati.. nescaya bertemu hikmah yang dicari.

Berpengalaman mengikuti sebuah kem bersama sahabat sahabat memberi memori yang cukup indah. Biarpun bersama menanggung kesusahan dan keperitan semasa kem, namun kerana ukhuwah yang dibina atas kalimah LAILAHAILALLAH, diri ini dan sahabat sahabat bisa mengharungi kem yang boleh kira "tough and challenging"

Sesungguhnya ALLAH mengasihi orang orang yang berperang untuk membela agamaNYA, dalam barisan yang teratur rapi, seolah olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh (61:4)

Biar pelbagai rintangan, namun berjaya diharungi sehingga berjaya menamatkan kem yang cukup bermakna. Apabila kem telah selesai, terpancar sinar semangat baru dan kepuasan pada wajah sahabat sahabat sekalian. Berbekalkan dengan semangat baru itu jugalah, kita terus mengorak langkah dalam perjuangan ini.. malah semakin membara semangat perjuangan ini. Tahniah sahabat sahabatku!

Terdapat pelbagai peristiwa yang sukar dilupakan sepanjang kem ini berlangsung, terutama apabila setiap ahli akan dipanggil dan disuruh memberi tazkirah secara "adhoc". Tajuk tazkirah pula diberikan oleh pihak penaja. Apa lagi, pelbagai lah tajuk tazkirah yang diamanahkan dan sememangnya para sahabatku hebat hebat belaka.. bisa menghuraikan setiap tajuk yang diberikan dengan bernas
Dalam perjalanan mendaki bukit.. seorang sahabat diberikan tajuk "SERIUS"
Sememangnya sahabatku ini seorang yang jarang serius tapi menghiburkan. Maka, bergelak ketawalah kami kerana dia begitu serius menyampaikan tazkirah yang bertajuk "SERIUS". Namun di hati kecilku meyakini, pihak penaja punya matlamat sendiri. Mereka ingin melatih kami menjadi muslim super, yang tangkas berfikir dan bijak berhujah.. segalanya bukan sia sia
Pelbagai lagi tajuk tazkirah yang diberikan, antaranya adalah tiang lampu, sayur dan lesung batu,. Sahabat sahabatku begitu bijak menghuraikannya dan membangkitkan kesedaran biarpun se "simple" tajuk yang diberikan

Tiba tiba namaku diseru.. nervous juga.. diriku tidak pasti tajuk apa yang bakal diberikan

Kamu bagi tazkirah tentang penampilan diri
Aik?? Penampilan diri?? Dia ni macam tahu je hobi aku apa atau dia tahu pasal busana muslimah tu??

Alhamdulillah.. tajuk penampilan diri ku rasakan sesuai sekali dengan diriku. Sahabat sahabat yang lain pun berkata sedemikian.. Bagaimanakah agaknya mereka menentukan tajuk tazkirah yang diberikan?

Ini adalah sekadar sebahagian dari sebuah memori indah yang dilalui bersama sahabat sahabat sekalian. Biarpun hanya sekadar cerita biasa, namun setiap pengalaman itu adalah guru terbaik

~~ Daie hendaklah sentiasa bersedia, cukupkan ilmu di dada.. beranikan diri untuk berhujah dan menegakkan keadilan
~~ Indahnya berukhuwah kerana ALLAH, ingatlah sahabat dalam nadi dan doa rabithah mu, demi perjuangan ini
~~ Janganlah memandang remeh sesuatu perkara seperti tiang lampu atau lesung batu.. tidak ALLAH ciptakan sesuatu dengan sia sia.. maka berfikirlah.. otak diberikan untuk berfikir
~~ Jagalah penampilan diri sebagai seorang daie.. Jangan lupa mandi dan berus gigi (sedutan tazkirah penampilan diri ~_^)

POWER POWER POWER!!





0 comments:

Post a Comment