Pages

Sunday, February 28, 2010

KDBB2 .. menyubur cintaku pada jalan dakwah!

Bismillahirahmanirahim
SubhanALLAH, Alhamdulillah, ALLAHuakhbar
Dengan segala izinNYA Kerana Dirimu Begitu Berharga Dua (KDBB2) berjaya di anjurkan..
Terasa bagai mimpi apabila baru sahaja setengah jam yang lalu program ini berakhir, ana terus tidak mahu membuang masa mencoretkan kenangan indah program ini di "Salju Sakinah" tercinta ini. KDBB2 begitu bermakna di hati ana. Ana dan cermin ajaibku (Ukhti Nadzirah, Ukhti Ilhamimi, Ukhti Surianah) sememangnya mengkhususkan program ini sebagai hadiah kepada akhwat yang amat kami sayangi kerna ALLAH. Apatah lagi untuk ana dan ukhti nadzirah yang bakal meninggalkan bumi tarbiyah universiti mengharap syurgaNYA ini. Kami ingin meninggalkan sesuatu ingatan yang bermakna buat semua akhwat tercinta. Setelah setahun berjalan di atas jalan tarbiyah ini, sememangnya perjalanan dakwah ini berliku tetapi buat ulang tahun pertama penglibatan ini membuat ana berasa dakwah itu terlalu indah sebenarnya. Tahniah buat semua AJK KDBB2 yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini. Tahniah juga kepada para akhwat yang sudi menghadirkan diri dalam program ini. InsyaALLAH, bersama kita mencapai Redhanya.. menjadi bidadari syurga!

Forum Cantikkah aku di mataNYA



Alhamdulillah, forum ini memberi begitu banyak input berguna. Wanita dan kecantikan sememangnya tidak bisa dipisahkan. Namun, bagaimanakah cantik dari segi ISLAM? Bak kata ahli panel jemputan, CANTIK itu maksudnya C= Contohi, A= Akhlak, N= Nabi, T= Turuti, I= Ikhlas, K= Khulafa Ar rasyidin

Selain itu kecantikan sebenar adalah kecantikan sebenar. Kecantikan seseorang muslimah itu adalah kerana akhlak dan imannya. Buat wanita yang gemar berpakaian cantik, tidak salah, itu sememangnya fitrah wanita itu sukakan kecantikan tetapi apabila kita wanita melihat cermin, tanyalah, lihatlah pakaian kita, ADAKAH ALLAH MEREDHAI PAKAIANKU? Adakah pakaian itu bisa menambah pahala atau menyemai dosa?

Slot Rintihan Palestin




Selalunya kita sebagai muslimah ini sering terlupa akan bumi Palestin yang tercinta, maka KDBB2 turut menganjurkan slot Rintihan Palestin agar muslimah ini tidak melupakan saudara seakidah yang tertindas ini. Sesungguhnya warga Palestin ini tidak hanya mengharapkan air mata kita, tetapi yang diharapkan adalah doa, maka akhwat tercinta jangan lupa waktu subuh, bacakan Qunut Nazilah untuk Palestina tercinta

Slot Bidadari Cemburu Padamu




Wanita solehah itu adalah lebih baik daripada bidadari syurga. Begitulah kasih sayang ALLAH S.W.T pada insan yang bernama wanita. Bagaimanakah bisa menjadi kan bidadari cemburu pada kita? Maka jadilah wanita solehah.. Ingatlah, wanita itu bukan lemah kerana air mata. Tetapi air mata itu adalah teman kepada perjuangan wanita. Wanita itu bukan seorang pejuang mengangkat senjata, tetapi wanita itu adalah pejuang sekiranya dia memberi kasih sayang kepada putera dan puteri harapan agama sebagai agama, wanita itu adalah pejuang sekiranya dia memberi kasih sayang dan layanan istimewa buat insan yang bernama suami, wanita itu seorang pejuang apabila dia tidak pernah meninggalkan jalan dakwah, wanita itu adalah pejuang apabila dia mempertahankan kesucian hijabnya. Maka, kita sebagai wanita adalah bidadari sebenarnya. Kita mampu ketawa gembira, bersuka ria dan dicemburui bidadari syurga selagi kita ingin terus berjuang untuk ISLAM!

Slot Small Kindness




Kadang kadang kita terlepas pandang bahawa sekecil kecil perkara yang dilakukan bisa memberi impak yang besar kepada seseorang. Maka KDBB2 membawakan slot "small kindness". Contoh "small kindness" yang kita lakukan seharian tanpa kita sedari seperti mengutip sampah dari jalan atau mengalihkan ranting kau yang menghalang jalan. Perbuatan ini nampak mudah tetapi sebenarnya memberi ganjaran yang amat besar kepada kita. Maka KDBB2 menyeru muslimah untuk memulakan "small kindness" dalam diri kita. Agar masyarakat bisa melihat sebagai muslimah ISLAM ini sebagai contoh teladan, sekaligus mengangkat ISLAM itu sendiri

Doa Rabitah

Hati ana begitu tersentuh apabila program ini hampir sampai kepenghujungnya. Air mata ana menitis apabila bersama akhwat tercinta menyanyikan lagu doa rabitah. Begitu sayu kerana ini adalah antara program terakhirku bersama muslimat disini sebelum melangkah kedunia baru. Seringkali diri ini bertanya pada cermin ajaibku:

"Ana berasa ana terlalu terlambat berada di jalan ini ya ukhti, kenapa ya?"

Jawab cermin ajaibku

"Tidak ukhti, setiap aturan ALLAH itu penuh hikmah dan rahsia. Tidak pernah ada istilah terlambat ukhti, yang penting teruskan menyubur cintamu pada jalan dakwah dan tarbiyah"

Sesungguhnya ana selalu berasa diri ini terlalu terlambat dan rasa menyesal tentang waktu lalu yang berlalu begitu sahaja. Alhamdulillah, ALLAH telah menemukan diriku dengan cinta pada jalan dakwah dan tarbiyah. Biarpun ana yang masih mentah ini tetapi ALLAH telah memberi kemudahan dan kefahaman kepada diriku. Biarpun ada waktu diriku terasa ingin berlari dari jalan ini kerana ana juga insan. Ana kadang kala begitu mudah terluka dan terasa hati apabila mengalami penolakan dari mad'u dan juga menerima kritikan. Namun, mas'ula ana mengatakan apabila kita berjalan di jalan dakwah ini, kita tidak akan dihampari dengan karpet merah, tetapi selalunya kita akan dibaling dengan najis dan kadang kala kita berasa terlalu lemah sehingga jatuh tersungkur. Namun, sekiranya kita sudah jatuh tersungkur, bangunlah kembali, sapu lukamu, bangkitlah kembali, dan dengan kebangkitan itu, pasti ada kekuatan bersamamu. Moga diriku, cermin ajaibku dan akhwat sekalian kekal di jalan yang diredhaiNYA. Kenangan terindah KDBB2 begitu tersemat dan lebih menyubur cintaku pada jalan dakwah! Doakan diri ana, apabila melangkah keluar, ana bisa terus berkhidmat untuk ummah tercinta.. MUSLIMAT POWER! Wallahualam

Monologku: Buat cermin ajaibku (Ukhti Nadzirah, Ukhti Ilhamimi, Ukhti Surianah dan mereka yang mengetahu bahawa mereka cermin ajaibku, tidak kunyatakan di sini) Sesungguhnya aku tidak tahu bagaimana nanti, sekiranya tidak ada kalian disisiku, apabila diriku menangis kerana kelemahan diri, kerana penolakan dan kerana kritikan, kalianlah tempat ku berlari dan mengadu nasibku. Kalian adalah hadiah terbaik buatku sepanjang berada di Universiti Mengharap SyurgaNYA ini. Terima kasih atas segala bimbingan apatah lagi diriku ini dibentuk dari insan yang sememangnya jahil. Tapi kalian tidak pernah jemu sebagai pembimbingku. Entry ini khas untukmu wahai cermin ajaibku!

0 comments:

Post a Comment