~~Mereka: Ukhti, pelik enti ini, memakai pakaian terlalu labuh, tidakkah enti rimas berimej sebegini? Sekarang fesyen tudung **** sedang popular, mengapa tidak saja enti mencubanya kerana tudung enti ini terlalu labuhnya~~
Aku dikatakan tidak pandai berfesyen, tidak mengikuti perkembangan semasa malah tidak pandai memilih imej yang sesuai dengan diriku~
Firman ALLAH: “Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ”( QS Al Ahzab :59)
~ Mereka: Ukhti, oleskan sedikit gincu di bibir mulusmu, kamu kelihatan begitu pucat seperti mayat hidup! Pelik dilihat orang, Ambil gincu jenama *****, warna terbaru ya ukhti, kamu akan kelihatan lebih berseri ~
Aku tidak tahu jenama makeup terbaru di pasaran, warna yang sedang 'IN" , aku tidak pandai menconteng wajahku dengan warna - warna kepalsuan malah gincu itu pun tidak pernah ku kucupkan ke bibirku
Firman Allah : “Katakanlah kepada wanita yang beriman ,Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung hingga ke dadanya”( QS An Nuur : 31)
~ Mereka: Ukhti, kamu berpakaian sebegini, tidakkah kamu takut tidak ada ar rijjal yang akan tertarik pada dirimu nanti? Kerana ar rijjal sekarang lebih tertarik pada an nisa yang bisa menyerlah dan memukau pandangan mata mereka~
Ya ukhti, aku tidak pernah risau kerana aku yakin mujahideen sejati itu tidak akan pernah akan tertarik dengan kecantikan dunia.. yang dinantinya adalah seorang mujahidah yang bisa menjaga dirinya seindah mawar berduri
Firman ALLAH "Wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik ….” (QS An Nuur :26)
Biarla diriku ghuraba! selagi aku melestarikan syariat ISLAM dan sunnah RASUL ku!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~Entry kali ini ditujukan buat mereka yang ghuraba. siapakah mereka si ghuraba ini? Ghuraba adalah terdiri dari pemuda-pemudi yang menjadikan Allah tujuan hidup mereka, Rasul menjadi ikutan mereka dan Alkitab (Al-Qur’an dan Sunnah) sebagai pegangan mereka.
Mereka tidak sedikitpun rasa gentar terhadap sebarang ancaman yang datang dari mulut-mulut dan tangan-tangan manusia yang hina lagi zalim.
Mereka amat yakin untuk melestarikan syariat ISLAM sehinggakan tahap keyakinan mereka ini susah untuk digugat dan mereka sanggup berkorban masa, harta hatta nyawa sekalipun demi menegakkan syiar ISLAM.
Persoalan disini, berapa banyakkah kita sebagai golongan yang merasakan diri sebagai golongan muslimah ini sanggup menjadi ghuraba? Menjadi asing dan dagang di tempat sendiri kerana melestarikan syariat ISLAM? Berapa ramai kita sebagai muslimah ini benar-benar melabuhkan pakaian kita, melabuhkan tudung kita, menundukkan pandangan dan menyembunyikan perhiasan kita?
Wahai akhowat, tidakkah kita ini muslimah yang mudah lemah bila berdepan dengan mehnah dan tribulasi dalam perjuangan dakwah kita? Bila mendapat ancaman dan teguran, diri ini mula down, mula rasa berkecil hati, bila mendapat tentangan, diri ini mula rasa takut. Bilakah kita bisa menjadi ghuraba?
Jangan hanya tahu bertepuk dada, tetapi gunakan minda untuk menganalisa, gunakan iman untuk menjawabnya
0 comments:
Post a Comment