Bismillahirrahmanirrahim...
Pemimpin keluarga dalam satu rumahtangga adalah suami, tetapi guru yang unggul di dalam rumahtangga adalah isteri atau ibu. Ibu adalah madrasah kepada anak-anak. Pangkuan ibu adalah universiti terbesar bagi kanak-kanak. Sikap dan cara berfikir ibu memberi pengaruh yang sangat besar kepada anak-anak. Oleh itu sangatlah penting wanita mempunyai fikir agama. Apabila agama ada hanya pada suami, maka agama hanya sampai di depan pintu rumah, tetapi apabila isteri mempunyai fikir dan mengamalkan agama, maka agama akan dihayati kepada semua seisi rumah.Tanggungjawab agama sebenarnya Allah SWT telah beri kepada kaum lelaki dan wanita. Firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah ayat 71 bermaksud,Orang mukmin lelaki dan mukmin wanita sebenarnya satu sama lain adalah saling ganding bahu menyeru kepada yang makruf dan menegah kepada yang mungkar, dan mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dan taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itulah yang diberi rahmat oleh Allah SWT kerana Allah SWT maha perkasa lagi bijaksana.Untuk memudahkan menghayati hukum Allah SWT dan Sunnah Rasulullah SAW maka wanita perlu keluar ke jalan Allah SWT, di situ seseorang itu akan terlepas dari urusan dunia seperti memasak, mengemas rumah, menjaga anak-anak dan melayani suami. InsyaAllah kefahaman dan fikir agama akan masuk ke dalam hati apabila ia memgikuti segala program yang diatur.Apabila seseorang wanita pulang ke rumah setelah keluar ke jalan Allah SWT bersama suaminya, ia akan mempunyai kerisauan baru di mana fikir agamanya akan meningkat dan ia akan memikirkan bagaimana anak-anaknya, muhrimnya, kaum keluarganya dan jiran-jirannya dapat juga mengamalkan agama.Dari kisah-kisah nabi, di mana nabi-nabi yang isterinya tidak ada fikir agama atau mengamalkan agama, maka dakwah nabi tersebut seperti nabi Nuh AS sangat sedikit yang mengikut nabi itu, seramai 83 orang sahaja, sedangkan masa dakwah yang digunakan menjangkau 950 tahun. Sebaliknya Nabi Ibrahim di mana kedua-dua isterinya mempunyai fikir agama sehinggakan Allah SWT lahirkan daripada keturunannya ramai yang menjadi nabi seperti Nabi Ishaq AS, Nabi Yaakob AS, Nabi Yusof AS mereka itu dari Siti Sarah dan daripada Siti Hajar lahir Nabi Ismail dan dari keturunanya lahir junjungan besar Nabi Muhammad SAW penghulu segala nabi.
Monday, December 24, 2007
Tuesday, December 18, 2007
Ayat Al-Quran tentangTabligh
"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu memberi faedah kepada orang yang beriman." (az-Zariyat:55).
Para mufassir menyatakan bahawa maksud ayat ini ialah memberi peringatan (berdakwah) dengan cara membacakan ayat-ayat Al-Quran. Manfaatnya kepada orang mukmin sememangnya jelas. Malah dengan cara tersebut manfaat akan diperoleh oleh orang kafir juga kerana insyaallah, dengan sebab itu mereka akan menjadi orang yang beriman dan akan menjadi sebahagian daripada orang yang dimaksudkan dalam ayat di atas. Manfaat dakwah melalui ceramah dan nasihat pada zaman kita ini sudah hampir luput. Secara umumnya, maksud ceramah adalah untuk menunjukkan kelancaran lidah supaya mendapat pujian daripada para pendengar. Sedangkan nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, "Sesiapa ynag mempelajari seni pidato untuk menarik perhatian manusia kepada dirinya maka pada hari kiamat nanti ibadatnya, sama ada yang fardu mahupun yang sunat, tidak akan diterima." (dipetik dari kitab at-Targhib, hadis riwayat Tirmizi dan demikian juga diriwayatkan ole Abu Daud)