Pages

Tuesday, December 18, 2007

Ayat Al-Quran tentangTabligh

"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu memberi faedah kepada orang yang beriman." (az-Zariyat:55).
Para mufassir menyatakan bahawa maksud ayat ini ialah memberi peringatan (berdakwah) dengan cara membacakan ayat-ayat Al-Quran. Manfaatnya kepada orang mukmin sememangnya jelas. Malah dengan cara tersebut manfaat akan diperoleh oleh orang kafir juga kerana insyaallah, dengan sebab itu mereka akan menjadi orang yang beriman dan akan menjadi sebahagian daripada orang yang dimaksudkan dalam ayat di atas. Manfaat dakwah melalui ceramah dan nasihat pada zaman kita ini sudah hampir luput. Secara umumnya, maksud ceramah adalah untuk menunjukkan kelancaran lidah supaya mendapat pujian daripada para pendengar. Sedangkan nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, "Sesiapa ynag mempelajari seni pidato untuk menarik perhatian manusia kepada dirinya maka pada hari kiamat nanti ibadatnya, sama ada yang fardu mahupun yang sunat, tidak akan diterima." (dipetik dari kitab at-Targhib, hadis riwayat Tirmizi dan demikian juga diriwayatkan ole Abu Daud)

0 comments:

Post a Comment