Pages

Friday, August 24, 2012

Penantian

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum

Entri kali ini sebagai pembakar semangat buat para sahabat yang BERJAYA mendapat tawaran untuk temuduga jururawat U41. Alhamdulillah, setelah sekian lama menanti, akhirnya tawaran itu tiba juga. Tahniah buat Dila, Cik N , Cik E dan NS. Tak boleh nak sebut nama mereka kerana mereka minta dirahsiakan.

Jururawat U41 ini memang dinanti nantikan oleh semua jururawat yang berijazah kerana jawatan ini mengiktiraf gred seorang jururawat berijazah sekaligus mendapat peluang pekerjaan dan gaji yang sesuai dengan kelulusan. Sebelum ini jururawat berijazah mendapat nasib yang tidak baik kerana mendapat gaji yang tidak setimpal sekaligus bebanan kerja yang tidak sepatutnya. Malahan banyak cakap cakap yang mengatakan jururawat berijazah tidak diktiraf dan mempunyai kualiti yang sama dengan jururawat yang biasa. Alhamdulillah, ALLAH membuka peluang. Semoga para sahabat berjaya mengharungi temu duga tersebut. Melalui pengalaman para senior, selalunya yang dapat panggilan temuduga, akan mudah mendapat pekerjaan tersebut.

Bagaimana dengan saya?

Sejak Dila beritahu yang dia dapat surat tawaran tersebut, maka bermulalah episod romantik saya dan peti surat. Tiap kali pulang kerja mesti tanya ibu, ada surat tak untuk saya. Setiap kali itu juga ibu geleng. Malah, diri ini menjadi penunggu setia ENCIK POSMEN jika tidak bekerja kerana takut ENCIK POSMEN tersalah masuk peti surat atau tersalah rumah. Takut takut ENCIK POSMEN ingat saya jatuh cinta dengan dia pula. Setelah berminggu minggu menunggu di bulan ramadhan, akhirnya ibu bersuara. Ibu kata, jika benar rezeki kita, ALLAH tak kan bagi rezeki kita kat orang lain. Mungkin ALLAH ada perancangan yang lebih baik untuk saya dan ibu menyuruh saya redha dengan petunjuk dari ALLAH ini. Mula mula rasa nak menangis tapi lama lama saya teringat pesanan ALLAH SWT:

boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al Baqarah 216)

Dan saya tahu, jawatan untuk jururawat u41 sangat jarang ditawarkan. Mungkin tiada rezeki untuk saya di situ. ALLAH MAHA MENGETAHUI atau agaknya saya memang tiada jodoh kerja kerajaan? ;)



SABARLAH DALAM PENANTIAN„

Menanti itu bukanlah satu penyiksaan..
Menanti itu juga bukan satu beban..
Jika kita menantinya dengan ikhlas..

Sesungguhnya ALLAH sengaja menguji kita dengan melambatkan sesuatu yang kita dambakan..

Sebenarnya ALLAH telah mengatur sesuatu yang lebih baik untuk kita yang sedang menanti..

Menantilah dengan penuh kesabaran..
Menantilah dengan penuh keimanan..

Kerana InsyaAllah ,

Akhir dari penantian itu adalah kebahagiaan..
Jangan pernah berhenti berdo’a dan meminta..
kerana ALLAH lah yang Maha Memberi..
Tetaplah menanti dengan sabar jawaban_NYA..
Kerana janji ALLAH itu BENAR ..YAKINLAH..

LONG WAIT :')
Yusra

0 comments:

Post a Comment