Pages

Sunday, July 24, 2011

Pencarian....

Ceritakan tentang hikmah yg terukir dalam uzlah.. Dalam kesendirian.. Dalam diam.. Tentang kecilnya kita dihadapan makhlukNYA bernama semesta.. Apalagi jika dibandingkan dengan KuasaNYA.. SUBHANALLAH.. Hanya satu pesan el.. Jangan pernah merenungkan tentangNYA.. Cukup renungkan tentang Kebesaran.. Kesucian.. Kesempurnaan CiptaanNYA.. Semoga dgn muhasabah, tafakur, uzlah kita dapat menjadi hambaNYA yg ulil albab.. amiin








Beberapa hari ini nak makan bubur ja, makan nasi tak dapat, sakit belakang pula semakin menggila, mata dah jadi bengkak macam panda, kaki kebas sebab kena driving untuk sehari hari.... Terasa lemahnya diri ini, tak layak menggelar diri seorang pejuang, selepas itu teringat pesanan seorang sahabat bahawa tubuh juga punya hak ke atas diri... maka jangan memaksa tubuh dalam masa yang sama juga jangan memanjakan diri. ya ALLAH, semoga tiap tutur langkah dan gerak laku ku, meingatkan diriku akan kebesaran MU...

Terasa terlalu gembira apabila ramadhan akan menjelma. Sesungguhnya amat merindui tarbiyah 'direct' yang diperolehi semasa ramadhan. Paling merindui malam malam ramadhan di kolej. Adik adik junior berlumba lumba menyiapkan moreh. Ingin menggunakan ramadhan tahun ini sebaiknya, untuk mencari jawapan dan solusi, beristikharah kepadaNYA tentang jalan kehidupan ini.

Apabila memikirkan syawal yang menggamit selepas ramadhan, tiba tiba sedih rasa di hati. Sayu dan rasa menangis kerana berat untuk melepaskan seseorang yang selalu menjaga diri. Nampaknya kurang tarbiyah dalam diri ini kerana masih mengharapkan manusia sebagai penjaga tetapi insan ini yang menjagaku sepanjang kembalinya diriku ke tanah kelahiran ini. Segala tunjuk ajar yang diberikan, perlindungan, perkongsian, kasih sayang, alhamdulillah, membawa diriku ke jalan yang benar. Biar sukar sekali untuk melepaskan tetapi diriku mengharapkan kegembiraan dirimu... semoga dirimu bergembira pada hari bahagia bersamanya, sekarang mesti tengah sibuk buat persiapan =)

Ini adalah sekadar diari sebuah kehidupan.. kehidupan seorang wanita biasa sepertiku... semoga kebiasaan dan kesederhanaan ku mendapat perhatian LUAR BIASA dari penduduk di langitNYA AMEEN =)

Jangan lupa berdoa untuk menjadi bidadari syurga .... ~_^

Thursday, July 21, 2011

Misi Ramadhan

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah, diberi sedikit ruang lagi untuk berkongsi luahan rasa dari diri saya hamba yang kerdil ini. Terus terang saya katakan, minggu ini emosi saya sedikit kurang stabil. Mungkin ini adalah teguran dari ALLAH SWT atas kelalaian menjaga hubungan denganNYA beberapa tika yang lalu.

Alhamdulillah, tidak lama lagi bulan yang istimewa akan menjelma. Bulan yang amat dinanti nantikan oleh umat ISLAM kerana inilah masanya untuk merebut tawaran percuma yang ditawarkan ALLAH SWT. Amalan yang berlipat ganda pahalanya.

Menanti kekasih hati, ramadhan yang penuh mulia ini membuatkan saya bermuhasabah diri. Saya telah mengemaskan almari pakaian saya dan melihat helaian helaian jubah yang tergantung di dalamnya. Rasanya AZAM saya untuk ramadhan kali ini sudah terang lagi bersuluh. Misi untuk ramadhan kali ini adalah untuk melatih diri bersikap qanaah dan berjimat cermat. Sebenarnya, salah satu karat jahiliyah yang sukar saya kikis dalam diri saya adalah keinginan untuk memakai pakaian yang cantik cantik. Inilah simptom yang paling susah untuk saya sembuhkan. Setiap kali melihat jubah atau pun tudung dan beg yang cantik, diri ini sudah menjadi rambang mata . Kadang kadang saya tersenyum sendiri kerana sejauh mana saya berubah seperti yang saya ceritakan dalam



saya masih punya keminatan yang tinggi dalam busana muslim. Maka, target saya untuk ramadhan kali ini adalah untuk tidak mengikut turutan nafsu tetapi sebaliknya membeli mengikut keperluan. Selain itu, ingin saya memanfaatkan ramadhan sepenuhnya untuk mencari jawapan dalam istikharah saya, memohon petunjuk ALLAH terhadap jalan hidup saya.

Bagaimana dengan kalian?

Apakah misi ramadhan kali ini? =)


Semoga nafsu dan diri ini lebih terdidik oleh iman dan taqwa sempena ramadhan yang mendatang... ya ALLAH, temukanlah diriku dengan ramadhan Kareem ... InsyaALLAH




Sunday, July 17, 2011

Menjemput bidadari



Bismillahirahmanirahim

Di atas permintaan dan pertanyaan sahabat sahabat sekalian, maka saya kongsikan lagu yang menjadi penyeri 'Layakkah aku menjadi bidadari syurga'. Lagu dari Epicentrum yang berjudul 'Menjemput bidadari'

Bagaimana agaknya terjumpa lagu ini ya? =) . Alhamdulillah, sempena ulangtahun yang ke 24, sahabat baik saya iaitu Dila san telah menghadiahkan sebuah novel yang berjudul Versus karya Hlovate. Dila san meminta saya membaca novel ini dan menghayatinya. Alhamdulillah, saya berjaya menghabiskannya dan watak Minn Edina betul betul meingatkan saya pada seseorang yang sangat saya rindui pada suatu ketika dulu. Seorang gadis yang berusaha merubah diri menjadi lebih baik dan bersemangat waja untuk berubah kerana ALLAH. Apa khabar agaknya gadis kesayangan saya itu? Masihkah dia istiqomah dalam perjuangan mencari redha ALLAH?


Walau di mana gadis kesayangan saya itu berada, saya berharap dia istiqomah menjaga HIDAYAH dan TAUFIQ yang ALLAH hadiahkan padaNYA. Versus yang dimaksudkan dalam novel di Hlovate mengikut pemahaman saya adalah bagaimana Minn Edina dan AO berusaha mengikis karat karat jahiliyah dalam diri mereka melalui proses pentarbiyahan yang berterusan. Berubah kepada seseorang yang lebih baik. Gadis yang saya rindui itu, saya tahu bahawa dia juga sedang berusaha menjadi lebih baik. Hasil sentuhan tarbiyah yang diperolehnya, insyaALLAH dia berusaha memberikan sentuhan permata itu kepada insan yang lain pula.

Berbalik kepada kemunculan lagu 'Menjemput Bidadari' dalam novel ini, adalah ketika AO mengambil keputusan untuk memperisterikan Minn Edina. AO mempunyai keyakinan yang tinggi untuk melengkapkan separuh dari agamaNYA kerana ALLAH dan berkat keyakinan dan penggantungan kepada ALLAH, maka dipermudahkan urusan pernikahannya dengan Minn Edina. Biarpun pada tika itu, Minn Edina masih berasa ragu ragu untuk menerimanya tatkala usia yang masih muda dan merasakan diri tidak layak untuk menjadi pasangan AO kerana masa silamnya yang kelam.

Membaca novel ini menyuntik satu semangat untuk mereka yang ingin berubah U turn ke jalan yang lurus. InsyaALLAH, jika niat benar benar kerana ALLAH, rahmat dan kasih sayangNYA pasti akan sentiasa bersama. Novel ini kelihatan santai tetapi bisa menjadi senjata dakwah yang berkesan buat golongan muda.

Teringat pesanan seorang Ustaz, dakwah itu sebenarnya mudah. Cuma kita sendiri yang menyukarkannya. Saya mencadangkan kalian untuk membaca buku Versus =)





Menjemput Bidadari

Bila yakin tlah tiba,
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Reff
Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipenantian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu sepenuh hati...

Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna


Monologku: Lagu 'Bidadari' by Munif Hijjaz tetap lagu kegemaran saya dan anda boleh dengari selepas lagu 'Menjemput Bidadari' =)

Monday, July 11, 2011

Adakah saya akan didakwa???



Bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah, diberi ruang untuk sedikit waktu kerehatan apabila bakal bercuti panjang minggu ini. Sebenarnya waktu cuti ini diperuntukkan untuk bermukim bersama sama Guru Pasti Kawasan Sepanggar sempena kem Tautan Hati guru PASTI untuk tahun ini. Namun, perancangan ALLAH yang terbaik buat hambaNYA. Kem tersebut ditangguhkan sehingga selepas bulan syawal, InsyaALLAH

Alhamdulillah, penggantungan kepada ALLAH SWT adalah yang terbaik. Biarpun ruang gerak kerja sedikit terhad, namun sebagai seorang daie yang bijak, insyaALLAH akan sedaya upaya mencari ruang menyebarkan fikrah ISLAM. Peluang untuk menghadiri usrah bersama muslimat Sepanggar juga merupakan nikmat yang amat disyukuri oleh diri saya yang kerdil ini kerana kurangnya peluang untuk menghadiri program jemaah. Saya meyakini janji ALLAH SWT bahawa setiap yang berlaku pasti tersembunyi hikmah dari NYA yang MAHA BIJAKSANA. Saya meyakini bahawa terhadnya peluang itu pasti akan digantikan olehNYA untuk bersama JEMAAHNYA di Syurga nanti.

Isu yang hangat baru baru ini adalah berkenaan PERHIMPUNAN BERSIH. Sering saya bertanya di dalam hati, mengapakah ada sesetengah pihak yang kelihatan begitu FOBIA dengan perhimpunan ini. Apakah salahnya sekumpulan manusia yang berkumpul untuk menyuarakan suara mereka demi keadilan? Mereka tidak pernah sekalipun mengangkat senjata ataupun mengancam keselamatan ummah. Sebaliknya mereka bersatu untuk menunjukkan BULATNYA suara hati mereka.

'Kami merasakan hal ini perlu dibawa pada dialog atau perbincangan, bukannya perhimpunan'

Terdengar suara suara pihak yang mencadangkan agar perhimpunan ini ditukar menjadi sesi dialog. Namun bagi saya, perhimpunan ini adalah hasil daripada SUARA yang tidak didengari. Sekiranya mereka benar benar mahu memberi peluang untuk MENDENGAR, pasti mereka sudah melakukannya sebelum ini. Perhimpunan ini sebagai bukti bahawa, keadilan dan kezaliman tidak akan pernah duduk tersembunyi. Keadilan pasti ditegakkan dan kezaliman pasti hancur.

Melalui pemerhatian saya juga, kebanyakkan mereka yang tidak menyetujui PERHIMPUNAN ini adalah mereka yang kurang terdedah dengan isu semasa. Sumber maklumat hanya diperolehi dari satu pihak sahaja. Mereka juga lebih suka untuk berada di 'zon selesa' dan TAKUT keselasaan itu tercalar dan mereka tidak dapat menikmati hidup. Teringat saya akan pesan Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud

Rasulullah SAW bersabda:
Satu hari nanti kamu akan dikerumuni musuh sebagaimana semut mengerumuni makanan.

Sahabat sahabat bertanya:
Apakah ketika itu kami sedikit ya Rasulullah??

Rasulullah SAW menjawab:
Tidak, bahkan kamu ramai tetapi hanya seperti buih di lautan. Kamu telah diserang penyakit wahn.

Sahabat sahabat bertanya lagi:

Apakah penyakit wahn itu , ya Rasulullah?

Rasulullah SAW menjawab: Penyakit cinta dunia..

Saya berasa gembira buat mereka yang ditangkap kerana perhimpunan BERSIH. Sekurang kurangnya mereka punya jawapan ketika ditanya oleh ALLAH SWT di akhirat kelak. Mereka sudah menjadi saksi satu revolusi kebangkitan ummah dan penangkapan itu akan menjadi saksi mereka kelak.

Tetapi bagaimana dengan diri saya? Apakah jawapan yang bisa saya lontarkan tika berhadapan MAHKAMAH AKHIRAT?

Adakah saya akan didakwa di MAHKAMAH AKHIRAT kerana berdiam diri atas penipuan yang berleluasa??

Adakah saya akan didakwa di MAHKAMAH AKHIRAT kerana membenarkan fitnah yang tidak munasabah??

Adakah saya akan didakwa di MAHKAMAH AKHIRAT kerana tidak membantu saudara saya yang berjuang kerana ALLAH menentang kezaliman??

Siapakah yang akan menjadi peguam, saksi atau pembela saya??

Kalian pula bagaimana....


Saturday, July 9, 2011

Kenyataan Al-Mursyidul Am PAS Ekoran Penangkapan Datuk Seri Tuan Guru Presiden Dan Pimpinan-pimpinan Tertinggi PAS Dan PR

Saat ini saya sedang berada di Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah menunggu waktu solat zohor dan menghadap wajah saya ke Kaabah. Insya-allah selepas Asar, saya akan bertawaf wida’ dan akan meninggalkan Tanah Suci. Baru sebentar tadi saya dimaklumkan tentang penahanan Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS. Saya juga dimaklumkan bahawa Timbalan Presiden Pas dan beberapa orang pimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat adalah antara beratus-ratus orang yang telah ditangkap oleh polis kerana menyertai Bersih pada hari ini.

Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini. Saya menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis. Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang. Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap UMNO.


Sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden UMNO. Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun? Bukankah Presiden UMNO baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan? Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300 ribu orang dibalas dengan gari dan semburan gas? Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat di dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk ‘melalak sampai pagi’?


Saya yakin, apa yang berlaku pada hari ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada UMNO. Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja. Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah SWT. Kepada mereka yang dizalimi hari ini, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah SWT nanti.

UMNO barangkali tidak tahu bahawa oran

g yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa. Saya menyeru kepada semua umat Islam agar marilah bersama-sama berdoa di dalam sujud kita kepada Allah SWT agar dilaknat kezaliman UMNO yang dilakukan pada hari ini.

Yakinlah, perjuangan menuntut keadilan ini pasti akan berjaya. UMNO pasti akan jatuh tersemban juga akhirnya. Tentangan dan penindasan ini hanyalah tanda perjuangan keadilan akan berjaya. Umpama layang-layang yang tidak akan terbang melainkan dengan melawan angin, begitu juga dengan perjuangan, tidak akan berjaya melainkan dengan menghadapi tentangan!


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah.

Dicatat pada : 12.00 tengah hari (5.00 petang waktu tempatan), 9 Julai 2011.



Monologku: MEREKA ADA SENJATA EXTERNAL DAN MEREKA HANYA MAMPU KERANA SENJATA EXTERNAL MEREKA TETAPI KAMI BIARPUN HANYA ADA SOSOK TUBUH INI, KAMI PERCAYA KAMI ADA SENJATA INTERNAL.... YANG MAMPU MENGALAHKAN SENJATA EXTERNAL KALIAN YANG TIDAK SEBERAPA ITU.. IAITU PERTOLONGAN ALLAH SWT KEPADA GOLONGAN YANG BERTAQWA....

Tuesday, July 5, 2011

Mujahidah dan perjuangan

Bismillahirahmanirahim....

Alhamdulillah, terpanggil sekali lagi jari jemari ini untuk menaip bait bait luahan rasa di bidadari kesayangan. Semoga jari jari ini terus istiqomah untuk berkongsi cerita dan fikrah agar bidadari kesayangan tidak kelam dan lesu lagi seperti hari hari yang sebelumnya. Doaku agar mereka yang membaca coretan yang tidak seberapa ini juga kembali membaja hati hati untuk mengingatiNYA.

Diri ini terpanggil untuk bertinta kerana tergerak hati untuk berkongsi rasa bersama sahabiah sahabiah srikandi yang ku sayangi tentang wanita dan perjuangan. Seringkali diri ku yang kerdil ini berasa kagum terhadap akhwat akhwat muslimat yang masih istiqomah dalam perjuangan biarpun sudah berkahwin, beranak dua atau tiga malahan juga telah bercucu cicit. MasyaALLAH, di manakah letaknya sumber kekuatan untuk istiqomah dan tsabat itu sedangkan jalan perjuangan ini bukanlah semanis madu malahan bisa berasa lebih pahit dari hempedu. Termenung bersendirian mengenangkan diri yang begitu lemah tatkala diuji sedikit dan sudah mula rasa goyah sedangkan selagi seseorang itu bernyawa, ujian dan kesusahan itu akan menjadi sahabat karib buat orang orang mukmin. Maka, seharusnya sentiasa bersyukur dan positif atas segala yang menimpa agar hubungan dengan ALLAH lebih terjaga.

Ingin ku kongsikan di sini, tersenyum simpul diri ini apabila terlihat satu perbincangan mengenai perbezaan perjuangan seorang mujahid dan mujahidah dalam gerak kerja ISLAM. Ada hamba ALLAH yang berpendapat bahawa seorang mujahidah itu apabila telah berkahwin, skop dakwah sudah diperkecilkan. Mad'u dakwah lebih tertumpu kepada anak anak dan keluarga dan peranan utama adalah untuk membina baitul muslim kerana keredhaan ALLAH. Manakala, untuk seorang mujahid, fokus utama dakwah tetap sama malah akan bertambah luas kerana dalam masa yang sama bertanggungjawab untuk mentabiyah isteri dan juga anak anak.

Maka, lahirlah kesedihan di kalangan sahabat sahabat akhwat yang tidak bersetuju dengan kenyatan di atas. Berbagai bagai hujah balas yang diberikan termasuklah mengatakan cinta pada dakwah dan tarbiyah adalah untuk selamanya. Malah, terdapat golongan akhwat yang bersedih mengatakan tidak mempunyai kudrat seperti ikhwan untuk bergerak kerja. Alhamdulillah, bertambah sedikit ilmu pengetahuan apabila membaca perbincangan tersebut dan hati terdetik untuk menulis kembali di sini.

Teringat akan satu analogi mudah. Sepasang sepatu KUNING yang indah dan BERSIH. Sepatu tersebut untuk disarungkan ke kaki seorang puteri, ibarat cerita CINDERELLA dan putera raja. Sudah tentu Cinderella perlu menggunakan kedua dua sepatu tersebut baru dapat berjalan dengan sebetulnya. Jika sang cinderella hanya memakai yang sebelah pasang sepatu sahaja, sudah tentu tidak dapat berjalan dengan betul dan punya risiko yang tinggi untuk cedera kerana terjatuh.

Begitu jugalah perjuangan seorang mujahid dan mujahidah. Kedua dua perjuangan ini perlu saling membantu agar dapat melancarkan gerak kerja dakwah. Sememangnya terdapat perbezaan antara gerak kerja seorang mujahid dan mujahidah cuma perbezaan adalah kerana fitrah seni penciptaan ALLAH SWT yang MAHA AGUNG. Penciptaan lelaki itu adalah sedemikian kerana lelaki fungsinya untuk melindungi dan wanita itu bukan bererti fitrahnya lemah tetapi wanita ibarat permata yang perlu dijaga kerana ALLAH.

Kadang kadang tidak dinafikan bahawa terdapat juga mujahidah yang lebih tangkas bergerak kerja dari seorang mujahid. Cuma yang sebaiknya wanita itu dipimpin oleh seorang lelaki. Setinggi mana cita cita dan impian seorang wanita untuk memimpin, ISLAM telah menggariskan bahawa sebaik baiknya seorang lelaki yang menjadi pemimpin kerana lelaki lebih menggunakan akalnya berbanding wanita yang lebih menggunakan emosinya.

Senyum seketika, jangan mudah melenting tatkala wanita ataupun seorang mujahidah dikatakan lebih dikuasai oleh emosinya kerana itulah hakikat kejadian seorang wanita. Cuma, emosi tersebut dapat dilatih dengan latihan pertarbiyahan membentuk keimanan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pesananku...
Wahai wanita bunga agama, jangan sekali dirimu dan diriku pernah berduka cita. Biarpun kudrat dalam gerakan tidak sehebat seorang mujahid namun dengan sentuhan iman dan taqwa kerana ALLAH pasti dirimu dan diriku juga bisa menyumbangkan sesuatu untuk agamaNYA.

Perjuangan seorang mujahid dan mujahidah itu tetap ada perbezaannya. Kadang kala kerana bergelar seorang wanita, diri perlu lebih menjaga agar terhijab dari fitnah dunia namun jika dirimu dan diriku menyerahkan sepenuh jiwa raga kerana ALLAH, bermujahadah menjaga maruah diri sebagai wanita ISLAM maka percayalah, syurga tertinggi menanti mu di sana.

Jangan pernah risau andai diri hanya menjadi orang yang kerdil dalam perjuangan, kerana tidak populis ataupun tidak menjadi 'public figure' bak kata orang Inggeris. Pengorbanan tidak dinilai dari sebanyak mana kita berkorban segalanya tetapi sejauh mana kita belajar untuk ikhlas pada setiap pengorbanan itu.

Muslimah sejati... calon bidadari syurga...

Pendamping setia Rasulullah SAW itu si dia Khadijah yang unggul,

Di sisi Saidina Ali, wajah yang dimuliakan, ada Fatimah A.s, penghulu wanita syurga..

Kisah Isa A.s itu pasti di ingati bersama ibunya Maryam

Bersama Hasan Al banna itu wujudnya Latifha As Sury

menemani Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat itu, ada Tuan Sabariah Tuan Ishak

dan Musa A.S yang kecil itu diselamatkan oleh si dia yang bernama ASIAH =)


Ya ALLAH jadikanlah kami bidadari di syurgaMu .... Ameen


Monolog: Sangat suka dengar lagu In team Ratu Syahadah, sangat menyukai kisah Asiah dan Firaun =)

Sangat menyukai nama Asiah ... semoga Asiah Yusra sabar menantiku di syurgaNYA =)

Monday, July 4, 2011

Bidadari... bangkitlah semula!

Bismillahirahmanirahim ...

Alhamdulillah, masih diberi nafas panjang oleh ALLAH SWT untuk kembali menghidupkan bidadari yang semakin kelam. Kesibukan dunia sekaligus membuat seorang manusia lupa akhiratnya. Moga kita tidak tergolong menjadi mereka 'Muslim yang mudah lupa'.

Sebenarnya sudah terlalu lama ingin mencari kekuatan untuk menulis. Akhirnya janji ALLAH SWT itu terbukti bahawa seorang daie itu akan diuji dengan setiap kata kata yang diucapkannya sendiri. Sekarang diri ini begitu berbangga melihat teratak teratak srikandi sahabiah seperjuangan yang dibimbing dahulu dalam dunia blogger semakin mantap dan berisi. Namun sebaliknya pula yang berlaku pada tuan punya badan ini yang semakin kehilangan ruh bidadari untuk berkata kata. Seringkali saya bertanya pada diri sendiri, di manakah diri saya yang dahulunya?

Setiap kali singgah sekejap di bidadari kesayangan saya ini, sayu rasa di hati. Sesungguhnya benar bahawa saya kini kehilangan momentum untuk menulis. Teguran dari seorang akhwat yang begitu hairan mengapa diri ini sudah lama tidak menghidupkan sang bidadari.Saya sebenarnya seorang hamba yang penuh kelemahan. Namun insyaALLAH, saya akan berusaha memperbaiki diri dan setiap teguran yang dilontarkan kepada saya, akan saya DIDIK hati saya yang masih keras ini untuk difikirkan secara positif. Maka, dalam tika waktu ini, saya cuba memberikan suasana yang baru pada bidadari kesayangan saya ini, agar saya lebih berselera untuk menghidupkannya semula.

Berkisar tentang cerita kehidupan saya, tidak dinafikan bahawa ehidupan semakin hari semakin mencabar. Apatahlagi di kala kita terlalu sibuk memburu kemanisan iman dan dalam yang sama kita pasti berasa pahitnya mujahadah. Hanya mereka yang meyakini janji ALLAH SWT sahaja mengetahui bahawa balasan mujahadah begitu nikmat di syurgaNYA kelak. Moga kita tergolong dalam mereka yang berjaya menemui janji TUHAN di sana nanti.

Pertemuan bersama Dr Z mengingatkan saya bahawa tidak semua apa yang kita inginkan akan diberikan oleh ALLAH. Apabila Dr Z memberitahu bahawa seorang ibu mungkin akan menghadapi masalah untuk mengandung atau melahirkan anak kerana kesan ubat yang dimakan oleh ibu tersebut cukup menyentuh hati saya. Apalah maknanya sebuah perkahwinan tanpa seorang zuriat. Semoga ibu tersebut terus tabah dalam memohon kepada ALLAH swt sepertimana tegarnya ibu maryam bersujud kepada ALLAH dalam mengharungi cabaran mengandungkan nabi Isa A.s. Pertemuan ini sering menghantui tidur malam saya kerana perasaan kasihan dan sedih atas nasib yang menimpa ibu tersebut. Allah Maha Mengetahui segala galanya, semoga segala urusan sang ibu dipermudahkanNYA.

Kadang kadang seringkali saya mengimpikan untuk menjadi rama rama yang indah. Agar saya terus dapat berterbangan bebas, menyanyi riang ke sana dan ke sini. Terasa lucu dengan diri sendiri yang mempunyai impian sebegitu. Namun apalah maknanya menjadi seekor rerama indah yang tidak mempunyai akal sedangkan diri ini diciptakan sebagai manusia yang cukup sempurna. Anugerah terindah adalah akal bersama pakej hidayah dan iman dalam kehidupan seorang manusia. Mungkin ALLAH tidak memberi kebebasan di dunia agar diri ini sentiasa terhijab dari penipuan dunia. MasyaALLAH, aturan ALLAH adalah yang terbaik.

Saya sedang bermujahadah MENDIDIK HATI bahawa segala ujian dan kesusahan yang ALLAH datangkan adalah untuk memberi sedikit kepenatan di dunia ini agar dapat menikmati REHAT yang sebenar benar nikmat di syurgaNYA. Cara memujuk hati ini adalah dengan berkata; Asiah Yusra, kesusahan di dunia hanya adalah sementara dan merupakan transisi sebelum ALLAH menjemput dirimu bertemu denganNYA. Maka, jangan sekali takut dengan segala kesusahan dan kesempitan yang mendatang kerana janji ALLAH adalah selepas kesempitan pasti ada kelapangan asalkan kita tergolong dari mereka yang beriman dan bertaqwa kepadaNYA.

Ingin saya kongsikan di sini, buat sahabiah sahabiah yang juga dihimpit kesusahan, kesakitan, kesempitan dan sebagainya. Tidak kiralah apapun puncanya sama ada kesempitan duit, tidak tercapai cita cita, hidup susah, putus cinta dan sebagainya. janganlah pernah putus asa kerana UMMAH merindukan KEBANGKITAN BIDADARI seperti anda.

Anda adalah seorang pejuang. Biarpun anda berasakan anda tidak layak, anda tidak hebat, anda bukan aliran agama, anda bukan seorang ustazah ataupun hafizah namun jika anda berjaya BERMUJAHADAH MENENTANG HAWA NAFSU dan BERILTIZAM BEKERJA UNTUK ALLAH maka andalah bidadari yang dirindukan oleh penduduk di langitNYA... InsyaALLAH...

Kata kata di atas sebenarnya ditujukan untuk diri sendiri kerana sering mudah berputus asa dan bersangka dengan manusia. Sebenarnya tatkala kesedihan menimpa, kita sering terlupa bahawa ALLAH telah membekalkan kita dengan dua senjata rahsia. Senjata 'EXTERNAL' adalah kekuatan luaran kita untuk berdepan dengan musuh agama dan menegakkan syiar ISLAM sedangkan senjata 'INTERNAL' adalah iman dan taqwa kita agar sentiasa hidup dalam pentarbiyahanNYA.

InsyaALLAH, moga diri ini banyak menangis ketika tahajud cinta di sepertiga malam agar mata ini menjadi lebih indah dari mata bidadari syurga ....

Wasalam

Saya wanita biasa...
Ummu Asiah Yusra......