Pages

Thursday, June 30, 2011

Rama Rama Kesayangan


Rama Rama kesayangan........

Ku izinkan dikau berterbangan wahai rama rama kesayanganku...

mengutip mutiara iman, andai nanti dapat kita karang bersama...

menjadi kalungan indah, menghiasi syurgaNYA

Kuyakini, kepergian dirimu berterbangan bebas dari sangkarmu

hanya untuk seketika kerana dirimu pasti akan kembali ke pangkuanku

dan pada saat yang indah itu kita pasti berkongsi suka dan duka tentang pengembaraan mu di sana

Ku berikan dirimu waktu kerehatan untuk seketika,

bukan kerana aku menghukum dirimu kerna aku juga manusia biasa.

Tidak layak untuk menghukum malah seharusnya lebih layak untuk diri ini dihukum kerana kegagalanku.

Cumanya, manfaatkanlah sebaik baiknya waktu kerehatanmu itu,

agar bisa dirimu kembali mewarnai sayap kesayanganmu,

memulihkannya dengan warna warna pelangi yang indah

supaya bisa menemankan diriku untuk berterbangan kembali

membelah langit milikNYA yang indah.

Tidak pernah terlintas dibenakku untuk mengenepikan dirimu,
Cuma sang rama rama indah kesayanganku,

aku tidak mahu kecantikan yang menghiasi dirimu kini menjadi pudar kerana kelemahan diriku ini...

malah ketahuilah segala keputusan yang dilakukan...

diriku meletakkan ALLAH dan dirimu sebagai asbab keutamaannya.

Amanah yang ku pikul dipundak ku ini, akan ku kembalikan pada yang berhak.

Kerana ketahuilah dikau bahawa ada satu tikanya,

akan sampai giliran ku untuk berterbangan bebas,

mengembara di alam saujana milikNYA yang indah....

Namun janganlah pernah kau khuatiri wahai rerama kesayanganku,

diriku ini pasti kembali semula untuk menemui dirimu.....

kerana indahnya ukhuwwah yang dibina kerana ALLAH

dan DIA pasti akan menemukan diriku jalan pulang itu...........


0 comments:

Post a Comment