SubhanALLAH, Alhamdulillah, ALLAHuahbar
Diberi kesempatan dan ruang untukku bertinta di ruangan kesayanganku ini. Hambatan kesibukan membuatkan daku tidak berkesempatan berkongsi fikrahku. Ah, mengapa seorang pejuang itu perlu beralasan sedemikian? Semoga ALLAH sentiasa memberi kekuatan buat diriku terus bertinta.
Segala puji hanya untukMU, Ya ALLAH, tuhanku yang satu
Pada minggu lalu (30 dan 31 oktober) diri ini telah berkesempatan menyertai Kem Muhasabah diri dan Tautan Kasih bersama adik adik SMK Perempuan Likas yakni mawar mawar kesayanganku. Alhamdulillah... program berjalan dengan lancar. Tahniah buat mawar mawar Balkis yang telah menjayakan program kali ini. Semoga keharuman dakwah islami terus mekar di SMK Perempuan Likas.
Program dimulakan pada petang 30 haribulan dengan sembahyang berjemaah bersama adik adik. Selepas itu, sedikit pengisian daripada Ustazah Nuraini iaitu penasihat Balkis. Selepas solat isya berjemaah, program diterusan dengan slot bersama fasilitator. Alhamdulillah, diriku bersama dengan kumpulan lima. Namun, ku lihat adik adik ini sedikit keletihan. Mungkin kerana pada waktu tengaharinya mereka telah menghadiri majlis "mini konvokesyen" SMK Perempuan Likas. Namun apa yang kukagumi, biar seletih mana adik adik ini. mereka tetap bersemangat untuk berprogram. Semoga semangat daie daie muda ini berterusan selepas ini. Selepas aktiviti bersama fasilitator, mawar mawar indah ini dibenarkan untuk bersiap diri bagi program Kembara Malam. Sunggu lucu melihat kejutan dan sedikit rungutan di wajah adik adik. Mereka menyangka bahawa mereka akan terlibat dengan aktiviti lagi. Sebenarnya, kembara malam bermaksud mereka mengembara dalam mimpi. Selepas itu, mereka akan dikejutkan semula untuk qiamulail bersama sama.
Pada keesokan harinya, adik adik ini telah menjalankan aktiviti riadah seawal pukul 6.30 pagi. Biarpun ada yang merungut kerana keletihan dan tidak cukup tidur, namun setelah aktiviti yang disediakan oleh para fasilitator, ternyata adik adik ini kembali bertenaga. Adik adik ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki memilih tujuh anggota yang paling kecil dan selepas itu anggota yang terpilih ini dikehendaki melalui jambatan yang dibina oleh anggota kumpulan yang lain. Kumpulan yang mana anggotanya mengambil masa paling cepat melalui jambatan di kira pemenang. Pelbagai jenis jambatan yang telah dibina oleh adik adik ini. Cabaran seterusnya adalah memilih lima anggota yang paling besar untuk melalui jambatan yang dibina. Maka, kelihatan ramai adik adik yang mengalirkan air mata kerana takut terjatuh atau berasa terlalu berat untuk diangkat oleh sahabat sahabat mereka. Alhamdulillah, berkat sokongan daripada fasilitator, semua anggota berjaya melepasi halangan biarpun ada yang berendam air mata. Sesungguhnya diriku berasa hiba melihat gelak ketawa adik adik ini. Rindu kepada sahabat sahabat bertandang lagi. Namun, diri ini menyedari bahawa fasa untuk diriku telah berakhir, aku kini perlu menggalas tanggungjawab yang lebih berat.
Selepas bersarapan dan khidmat diri, program diteruskan dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Puan Suzanna atau lebih dikenali sebagai Kak Jannah. Tajuk ceramah yang diberikan adalah 'Remaja Muslimah pemangkin modal insan'. Penyampaian yang bersahaja tetapi mantap dan bernas dari Kak Jannah menghiburkan adik adik. Seterusnya, acara yang dinantian iaitu kemuncak program adalah Slot Tautan Kasih yang dikendalikan oleh Ustaz Nadir dari Persatuan Siswazwah Sabah. Program ini turut melibatkan ibubapa pekerja yang turut hadir. Kelihatan wajah kegembiraan adik adik dengan kehadiran insan yang amat disayangi. Sekalung tahniah dan terima kasih kepada akhi Nadir yang berjaya menyentuh hati mawar mawar berharga ini. Sesi muhasabah menyaksikan deraian air mata bukan sahaja adik adik tetapi juga para guru dan ibu bapa. Malah, diri ini begitu terharu melihat pelukan kasih sayang ibubapa dan anak anak dan juga pelukan daripada guru guru yang mengajar kepada murid murid mereka. Teringat juga pengorbanan ibubapaku yang bertungkus lumus untuk memberi pendidikan kepadaku sehingga ku berjaya menggenggam segulung ijazah, Alhamdulillah. Ingin ku berpesan kepada adik adik,ingatlah bahawa keredhaan ALLAH terletak bersama keredhaan ibu bapa. InsyaALLAH, dengan mentaati ibubapa, kita akan mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Selain itu, jasa guru guru yang memberi tunjuk ajar juga jangan dilupakan. Ingatlah, tanpa guru siapalah kita. Mungkin kita tidak dapat membaca, menulis dan mengira.
Akhir kalam, selamat berjuang buat adik adik SMK Perempuan Likas di medan petempuran dunia. Ingatlah pesanan ku iaitu A for ALLAH, betulkan niat adik adik belajar. Ini baharu sahaja sedikit ujian dunia. Kelak kalian akan menghadapi cabaran yang lebih hebat kerana itu lumrahnya bergelar dewasa. Dan ingatlah juga bahawa kita akan mengalam peperiksaan yang lebih hebat di akhirat iaitu di hari perhitungan kelak. Maka, dalam kita mencari dunia, jangan kita tinggalkan akhirat. Wallahualam

0 comments:
Post a Comment