Pages

Sunday, March 21, 2010

Sesungguhnya hati ini pernah lama mati...


Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah.. berkesempatan lagi bercoretan di "Salju Sakinah" kesayangan ku ini.. Akhirnya punya sedikit masa untuk mengenal kembali diri.. setelah berada jauh dari sahabiyah sahabiyah sekalian.. terasa diri ini tercicir dari landasan perjuangan. Apatah lagi mutabaah dan muwasafat tarbiyah ku.. sememangnya menjadi tidak menentu.. Adakah ini yang layak menggelar diri muslimat tarbiyah? Di uji sedikit.. sudah menjadi alpa.. Sesungguhnya diri ini insan yang lemah.. dan diri ini bukan kalis dosa..

Apatah lagi bekerja shift di posting terakhir ini.. kekadang membuat diriku alpa.. Apabila kerja shift pagi.. dari jam 7 pagi sampai jam 2 petang.. zohor terpaksa dilambatkan, dhuha ditinggalkan.. apabila shift petang pula.. dari jam 2 sampai 9 malam.. terpaksa bekejar kejar untuk solat asar dan maghrib.. Solat isyak juga terpaksa dilambatkan.. manakala shift malam pula dari jam 9 malam sampai tujuh pagi.. sudah tentu tinggal tahajud.. Posting ini boleh ditunggu bila pengakhirannya.. namun bagaimana sekiranya telah bekerja nanti? Apakah diri ini akan terus lalai dalam menjaga mutabaah ku?

Namun ini bukan alasan bukan? Sekiranya hati sememangnya ikhlas untuk mencari keredhaanNYA.. sudah tentu sesempit masa dan sesusah mana pun.. hati sentiasa ingat pada ALLAH..

Kematian hati adalah sesuatu yang paling menakutkan...Semakin kucar kacir mutabaah dan semakin tunggang langgang muwasafat tarbiyah.. semakin mendekatkan kepada kematian hati.. YA ALLAH.. diri ini mohon dari mu agar di jauhkan dengan penyakit kematian hati.. sesungguhnya hati ini pernah mati dalam masa yang terlalu lama..

Allah itu maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Dia seolah olah memberi nyawa baru kepada insan yang bernama "Asiah yusro" ini.. Namun.. diri ini tidak mahu pemberian nyawa baru itu menjadi sia sia kerana tidak dapat beradaptasi dalam perubahan hidup..

Perubahan dalam kehidupan sememannya perlu kerana tidak mungkin kita statik pada sesuatu kondisi sahaja.. Ya.. diri ini bakal menghadapi perubahan besar dalam hidup ini dengan izinNYA.. bakal meninggalkan universiti mengharap redhaNYA.. berjuang di alam realiti

Teringat pesanan sahabiyah ku
"Ya ukhti.. penuhilah ilmu di dada semasa berada di tempat orang.. kerana apabila enti kembali.. enti akan berhadapan dengan mad'u sebenar di tanah air kita ini.. cabaran sebenar"

Layakkah diri ini menggalas tugas yang berat itu? Apatah lagi diri ini pernah menghidap "cirhosis" untuk jangka masa yang terlalu panjang... 22 tahun!


Sesungguh hati ini pernah lama mati.. tapi setelah mengalami pemindahan organ.. hati ini dihidupkan semua.. menjadi hati yang baru.. moga terjaga hati ini.. sentiasa berada dekat denganNYA... tidak melupakanNYA.. sentiasa mencintai orang yang mencintaiNYA.. sentiasa memperjuangkan agamaNYA...

Berkongsi sedikit pengalaman berada di posting terakhir ini.. ALLAH itu Maha Besar.. Allahuakhbar.. terlalu banyak pengajaran yang diberikan ..

Sayu hati apabila dipertemukan dengan pesakit pesakit yang sememangnya perlu bimbingan.. Inilah masanya peranan muslimat tarbiyah dimainkan.. membawa mereka kembali ke jalan kebenaran..

Ada yang bersekedudukan tanpa akad
Ada yang tidak menutup aurat
Ada yang bergaul bebas

Inilah masalah ummah yang perlu difikiran.. bukan sekadar memikir untuk menambah bilangan mad'u atau bilangan koleksi jubah..

Moga terus di beri kekuatan untuk menetapkan hati kita di jalan juang ini.. jalan juang ini bukannya mudah.. dan balasannya bukan berbentuk wang ringgit di dunia tetapi percayalah.. kematian itu pasti.. akhirat itu ada.. moga usaha kecil kita ini bisa menjadi saksi pembelaan kita di padang masyar!! Amin





0 comments:

Post a Comment