Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillah.. ALLAH masih memberi kekuatan pada diriku untuk menintakan sedikit madah di Salju Sakinah yang disayangi, biarpun terdapat kekangan masa namun "Salju Sakinah yang berusia 5 bulan ini sudah ku rasakan menjadi sebahagian daripada diriku. Sesungguhnya kekuatan itu hanya datang dari ALLAH, dalam sekelip mata sahaja, ALLAh bisa menghilangkan ilham dan kekuatan untuk menulis.. Alhamdulillah, diriku masih bersama Salju Sakinah, moga bisa terus menjadi peringatan pada diriku, moga terus bisa memberi manfaat.. Amin
Bulan Febuari, tentu perkara pertama yang kita teringat adalah Valentine.. tetapi itu tidak bermakna buat diriku kerana ada dua peristiwa yang bakal berlaku .. InsyaALLAH.. yang cukup bermakna buat diriku
1st Unimas Nursing Students Conference 2010
Alhamdulillah, setelah empat tahun bergelar pelajar kejururawatan, diriku dan rakan rakan seperjuangan diberikan kekuatan olehNYA untuk menganjurkan persidangan pelajar kejururawatan kami buat julung kalinya dibumi Kenyalang tercinta ini. Seperti lazimnya, diriku ditugaskan untuk menjadi Ketua AJK Makanan, kerana makanan sudah sebati dengan diriku kerana dalam UPPS juga, diriku berada dalam biro makanan. Walaubagaimanapun, sekecil kecil mana jawatan yang kita pegang, itu bermakna ALLAH telah memilih kita untuk menjalankan tugas tersebut dengan memasukkan kepercayaan di hati sahabat sahabat kita. Maka, kita hendaklah berusaha memberi sumbangan terbaik. Tunjukkan bahawa kita adalah sebenarnya "MUSLIMAH SUPER", kita bukan sahaja lantang bersuara di dalam halaqah tetapi dalam bidang lain seperti kejururawatan, kita mampu membawa peranan jururawat daieyah, dalam bidang makanan, kita bisa mmempunyai usaha untuk mencuba resipi resipi baru sebagai latihan untuk diri kita yang bergelar zaujah (^_^), Tunjukkan diri kita bisa dalam semua bidang ya sahabiyahku selagi tidak melanggar hukum dan syariat ISLAM.. niatkan setiap kerja sebagai ibadah, kepenatan itu sememangnya ada tetapi ingatlah.. kerehatan sebenar itu berada di alam akhirat..
Kerana Dirimu begitu Berharga Dua
Air mataku menitis ya sahabiyah ku sekalian apabila melihat promo video program ini. Mengapa? Program ini cukup indah buat diriku. Diriku seolah tidak dapat mempercayai bahawa ALLAH memberi peluang pada diriku yang hina dan penuh dosa dosa silam ini, dan masiht erus berdosa untuk turut sama menjalankan program ini. Menyoroti memori tahun lalu, ketika pertama kali program ini berlangsung, diriku yang berada dalam zaman kegelapan pada waktu itu, buat endah tak endah dengan program ini. Maka, nikmat tuhan manakah yang kamu dustakan? Begitu indahnya iman ya sahabiyah ku.. dan betapa lembutnya hati manusia.. Jika dulu diriku adalah insan yang selalu lari dari program sebegini, namun kini, ALLAH memilihku untuk berada bersama, melaksanakan program ini. Kekadang hati kecilku bertanya, "Apakah yang telah aku sumbangkan untuk agamaMU YA ALLAH?"
Terlalu malu rasanya untuk menjawab soalan itu, diriku yang selama ini berada dalam kegelapan, semoga dapat pengampunan dariNYA. Moga ALLAH memandang usaha kita yang terlalu kecil ini.. sesungguhnya jalan ke syurga itu sememangnya pahit dan berliku.. maka teruslah berusaha.. Kekadang kita tidak sedar, kita yang lari dari hidayah tatkala hidayah datang mengetuk pintu hatimu, lembutkan hatimu wahai sahabiyah ku.. moga kita sentiasa menjadi golongan yang terpilih Bercerita berkenaan program ini. ia adalah anjuran Biro Dakwah dan Tarbiyah UPPS (Unit Pengurusan dan Perwakilan Surau), tentatif program adalah
27 Febuari 2010
8.00 - 8.15 Pagi: Pendaftaran
8.15- 8.30 Pagi: "Breakfast Jamaie"
8.30 - 9.30 Pagi: Riadah
9.30 - 10.00 Pagi: Rehat + Solat dhuha
10.00 - 12.00 Tengahari: Forum "Cantikkah aku dimataNYA?"
12.00 - 12.30 Tengahari: Sesi interaksi bersama ahli panel
12.30 - 1.30 Petang: Solat Zohor + Makan Tengahari
1.30 - 2.30 Petang: Slot "Bidadari Cemburu Padamu"
2.30 - 3.00 Petang: Slot "Small Kindness"
3.00 - 3.30 Petang: Slot "Rintihan Palestin"
3.30 - 4.00 Petang: Penutup
Kepada semua AJK, marilah kita bersama sama untuk berusaha agar insyaALLAH untuk memastikan kejayaan program ini.. Sesungguhnya, betulkan lah niat kita, tujuan utama kita melaksanakan program ini adalah untuk menggapai Mardhotillah.. Daieyah sejati itu tidak terlalu mengharap hasil yang baik tetapi megharap redha ALLAH dalam usahanya kerana daieyah sejati yakin ALLAH akan sentiasa melihat hasil kerjanya. Selain itu, diriku ingin memohon maaf sekiranya diriku punya kesilapan kepada sahabiyah sahabiyah sekalian, sesungguhnya dirku ini adalah hambaNYA, punya kelemahan sekaligus membuktikan kekuasaan PENCIPTA MANUSIA.. iaitu ALLAH.. Buat cermin ajaibku, teruskan usaha kalian.. kita adalah bayangan antara satu sama lain, dan penguat satu sama lain, bertemunya kita kerana ALLAH.. Doakan kejayaan buatku dan cermin ajaibku.. Wallahualam..
Video Promo
Kerana Dirimu Begitu Berharga
0 comments:
Post a Comment