Bismillahirrahmanirrahim..(Dipetik dari Himpunan Kitab2 Fadhail Amal, Fadhilat Quran, Hadith 34 m/s 76.
Hazrat Sa'id bin Sulaim rah. telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari kiamat, tidak ada pemberi syafaat yang lebih tinggi di sisi Allah s.w.t melainkan Al-Quran, bukan nabi dan bukan juga malaikat dan lain-lain" (Hadith riwayat 'Abdul Malik bin Habib demikian dalam Syarah Ihya 'Ulumuddin
Keterangan:
Kenyataan bahawa Al-Quran pemberi syafaat dan kedudukan syafaat Al-Quran adalah tinggi sehingga syafaat itu diterima telah diketahui daripada beberapa hadith yang lain juga. Semoga Allah s.w.t dengan rahmatnya menjadikan al-Quran itu pemberi syafaat kepada saya dan anda juga. Semoga Allah s.w.t tidak menjadikan Al-Quran sebagai penentang atau pendakwa terhadap kita.Dalam kitab La-aalie Masnu'ah telah diriwayatkan daripada Bazzar bahawa terdapat sebuah hadith yang tidak termasuk dalam hadith maudhu' (palsu), "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan semasa keluarganya masih sibuk menguruskan pengkafanan dan pengkebumiannya, seorang yang sangat kacak akan berdiri di kepala mayat itu. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan berada di antara dada mayat dan kain kafan. Apabila mayat itu telah selesai di kebumikan, orang ramai pun pulang dan datanglah dua malaikat, Munkar dan Nakir. Mereka cuba memisahkan orang kacak itu daripada mayat tersebut supaya perantaraan dapat dibuat tanpa sebarang gangguan. Namun orang kacak itu akan berkata, "Dia adalah teman saya, dia adalah sahabat saya. Saya tidak akan meninggalkannya berseorangan dalam apa-apa keadaanpun. Sekiranya kamu diperintahkan untuk menyoalnya maka jalankanlah tugas kamu. Saya tidak akan berpisah dengannya sehinggalah saya membawanya masuk kedalam syurga." Selepas itu dia akan berpaling kepada temannya itu lalu berkata, "Sayalah Al-uran yang kadang-kadang kamu membaca dengan suara yang kuat dan kadang-kadang dengan perlahan. Janganlah kamu bimbang. Selepas persoalan Munkar dan Nakir engkau tidak akan ada apa-apa kebimbangan lagi." Apabila pertanyaan selesai, orang kacak itu akan menyediakan hamparan dan sebagainya dari al-malai'l-A'ala (malaikat-malaikat di langit). Hamparan itu daripada sutera dan dipenuhi dengan kasturi. Semoga Allah s.w.t dengan rahmatnya menganugerahkan kepada saya dan anda semua dengan nikmat ini. Hadith ini yang lengkap adalah sangat panjang kerana mengandungi banyak fadhilat. Namun di sini hadith ini telah diringkaskan.
0 comments:
Post a Comment