Pages

Monday, December 24, 2007

KEPENTINGAN USAHA MASTURAT

Bismillahirrahmanirrahim...
Pemimpin keluarga dalam satu rumahtangga adalah suami, tetapi guru yang unggul di dalam rumahtangga adalah isteri atau ibu. Ibu adalah madrasah kepada anak-anak. Pangkuan ibu adalah universiti terbesar bagi kanak-kanak. Sikap dan cara berfikir ibu memberi pengaruh yang sangat besar kepada anak-anak. Oleh itu sangatlah penting wanita mempunyai fikir agama. Apabila agama ada hanya pada suami, maka agama hanya sampai di depan pintu rumah, tetapi apabila isteri mempunyai fikir dan mengamalkan agama, maka agama akan dihayati kepada semua seisi rumah.Tanggungjawab agama sebenarnya Allah SWT telah beri kepada kaum lelaki dan wanita. Firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah ayat 71 bermaksud,Orang mukmin lelaki dan mukmin wanita sebenarnya satu sama lain adalah saling ganding bahu menyeru kepada yang makruf dan menegah kepada yang mungkar, dan mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dan taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itulah yang diberi rahmat oleh Allah SWT kerana Allah SWT maha perkasa lagi bijaksana.Untuk memudahkan menghayati hukum Allah SWT dan Sunnah Rasulullah SAW maka wanita perlu keluar ke jalan Allah SWT, di situ seseorang itu akan terlepas dari urusan dunia seperti memasak, mengemas rumah, menjaga anak-anak dan melayani suami. InsyaAllah kefahaman dan fikir agama akan masuk ke dalam hati apabila ia memgikuti segala program yang diatur.Apabila seseorang wanita pulang ke rumah setelah keluar ke jalan Allah SWT bersama suaminya, ia akan mempunyai kerisauan baru di mana fikir agamanya akan meningkat dan ia akan memikirkan bagaimana anak-anaknya, muhrimnya, kaum keluarganya dan jiran-jirannya dapat juga mengamalkan agama.Dari kisah-kisah nabi, di mana nabi-nabi yang isterinya tidak ada fikir agama atau mengamalkan agama, maka dakwah nabi tersebut seperti nabi Nuh AS sangat sedikit yang mengikut nabi itu, seramai 83 orang sahaja, sedangkan masa dakwah yang digunakan menjangkau 950 tahun. Sebaliknya Nabi Ibrahim di mana kedua-dua isterinya mempunyai fikir agama sehinggakan Allah SWT lahirkan daripada keturunannya ramai yang menjadi nabi seperti Nabi Ishaq AS, Nabi Yaakob AS, Nabi Yusof AS mereka itu dari Siti Sarah dan daripada Siti Hajar lahir Nabi Ismail dan dari keturunanya lahir junjungan besar Nabi Muhammad SAW penghulu segala nabi.

Tuesday, December 18, 2007

Ayat Al-Quran tentangTabligh

"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu memberi faedah kepada orang yang beriman." (az-Zariyat:55).
Para mufassir menyatakan bahawa maksud ayat ini ialah memberi peringatan (berdakwah) dengan cara membacakan ayat-ayat Al-Quran. Manfaatnya kepada orang mukmin sememangnya jelas. Malah dengan cara tersebut manfaat akan diperoleh oleh orang kafir juga kerana insyaallah, dengan sebab itu mereka akan menjadi orang yang beriman dan akan menjadi sebahagian daripada orang yang dimaksudkan dalam ayat di atas. Manfaat dakwah melalui ceramah dan nasihat pada zaman kita ini sudah hampir luput. Secara umumnya, maksud ceramah adalah untuk menunjukkan kelancaran lidah supaya mendapat pujian daripada para pendengar. Sedangkan nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, "Sesiapa ynag mempelajari seni pidato untuk menarik perhatian manusia kepada dirinya maka pada hari kiamat nanti ibadatnya, sama ada yang fardu mahupun yang sunat, tidak akan diterima." (dipetik dari kitab at-Targhib, hadis riwayat Tirmizi dan demikian juga diriwayatkan ole Abu Daud)

Tuesday, November 27, 2007

DARJAT SEORANG WANITA

1)Seorang wanita solehah lebih baik daripada 1000 orang wali.
2)Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.
3)Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
4)Wanita yang memberi susu kepada anaknya daripada buadadanya, akan mendapatsatu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
5)Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.
6)Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
7)Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan kasih sayang, Allah Swt akan pandang dengan penuh rahmat.
8)Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah Swt dan kemudian menjaga rumahtangganya, akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70,000 malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang diperbuatdari permata yakut.
9)Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah Swt akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya, Allah Swt memberinya 12tahun pahala ibadat.
10)Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan 'Bismillah', akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
11)Wanita yang menguli/ kamil tepung dengan 'Bismillah', AllahS.w.t akan berkatkan rezekinya.
12)Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
13) Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah S.w.t mengizinkannya memasuki Syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.
14) Pahala bagi wanita hamil seumpama berpuasa di siang hari dan beribadat di malam hari.
15) Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa, setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah S.w.t akan beri satu pahala haji.
16)Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin, ia dikira mati syahid.
17) Apabila seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala 1 tahun sembayang dan puasa.
18)Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun, maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa Syurga wajib bagi kamu.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Saturday, November 24, 2007

AKHLAK WANITA

Akhlak dengan ALLAH
Tekun dan bersungguh-sungguh beribadah kepadaNYA. Sabar dengan ujianNYA dan taat melaksanakan perintah-perintahNYA. Syukur dengan kurniaNYA dan tenang menerima ketentuanNYA.

Akhlak dengan Suami
Taatinya, redha dengan pemberiannya, layaninya dengan baik, bersopan santun dalam percakapan dan kelakuan, menjaga maruahnya dan doa kesejahteraannya.

Akhlak dengan Ibubapa
Kasihi mereka, muliakan mereka, bantu dan senangkan hidup mereka. Ingati jasa -jasa serta pengorbanan mereka. Doakan mereka di Dunia dan Akhirat.

Akhlak dengan Jiran
Baik hubungan dengan mereka, tidak mengganggu atau menyakiti hati mereka dan bantu mereka setakat yang mereka perlukan dan terdaya oleh anda.

3 CIRI WANITA TERBAIK

(1) Pandai mengenderai unta (kenderaan).
(2) Paling kasih dan sayang terhadap anak-anak kecil.
(3) Paling pandai menjaga harta benda suaminya.