Pages

Saturday, June 25, 2011

Pencinta Bidadari (Women of Heaven)

Pencinta Bidadari |Women Of Heaven|


Oleh : yaqut hulaif

Sudah menjadi kelaziman apabila seseorang itu sudah dapat berfikir dengan baiknya bahawa dirinya mesti disayangi, ingin menyayangi dan mahu disentuh dengan sentuhan kasih sayang.

Seorang muslimen semestinya akan mencari pasangan hidup yang mampu melengkapi kekurangan hidupnya, mahu hatinya disentuh dengan kasih sayang seorang muslimah. Kerana seorang muslimen juga membesar dengan sentuhan seorang muslimah yang bernama ibu.

Ya, sentuhan. Kerana hanya dengan sentuhan kita akan lebih merasa nikmat, akan lebih merasa kewujudannya, dan akan lebih merasa dialah kepunyaan kita. Perlu disentuh dan memegangnya dengan erat.

Sentuhan untuk merasa akan rasa kasih sayang, sentuhan apabila selesainya lafaz sakinah, ikatan yang halal.



Women of heaven

Apabila diceritakan akan syurga, hati rasa bergetar, terus jatuh hati. Naluri berkata, terasa ingin membayangkan indahnya syurga itu, akan tetapi bayangan itu semestinya salah.

Tatkala janjiNYA mula berbisik, suara mula memujiNYA, apabila rasa rindu datang menyapa, hati terus terusik, RasulNYa menjadi pilihan sebagai pengubat rindu.


Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung Dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. Penuh cinta lagi sebaya umurnya.”

( Al-Waqiah : 35-37)


Ingin saya menjemput bidadari, sebagai pelengkap. Ingin saya menjemput bidadari agar dapat merasai nikmat syurga kelak,agar dapat menemani di persinggahan dunia. Ingin saya menjemput bidadari supaya perjuangan menuju akhirat ada kekuatan. Menjemput bidadari agar bidadari ini dapat bersama di syurga sana. Moga dialah bidadari terhebat. Ameen ya Allah.

Sering diceritakan keindahan syurga, bidadarinya begitu cantik, menarik dan mempesona. Jika mahukan syurga, jadilah pencinta bidadari. Itu kesimpulan saya pada mulanya.

Namun tercatat sudah kata ulama, wanita syurga itu cantik, tapi wanita dunia yang dikurniakan syurga itu lebih cantik daripada bidadari syurga. Tercatat sudah bahawa wanita solehah akan dijadikan ketua bidadari.

Ya, wanita dunia itu lebih cantik daripada bidadari syurga, wanita solehah pasti dikurniakan ganjaran syurga.

Wanita solehah menjadi ketua bidadari semestinya ketua merupakan yang terbaik dalam kalangan yang lain.

Teruja bukan, bagaimanakah pula dengan wanita-wanita di dunia kini? Ibu, kakak dan adik perempuan kita, saudara perempuan kita mudah-mudahan kitalah pendorong mereka dalam menerangi laluan ke syurga.


Wanita solehah.

"Wanita yang solehah tersenyum dalam kesusahan, mendapat kekuatan melalui doa, menenangkan hati melalui istighfar, dan mendidik diri melalui solat yang khusyu'. Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah..."

Impian saya wanita solehah. Menjemputnya agar menjadi bidadari. Bidadari bila tiba waktu akan saya temui. Ya Allah izinkan aku menjemput bidadari untuk menujuMU mengisi hari.


Bidadari yang menyentuh hati, teguhkan nurani

Bidadari yang menyapa jiwa, yang memberikan makna

Bidadari yang menemani resah

Bidadari yang menenangkan jiwa

Bidadari jadilah sang setia


Kerana cinta yang suci tidak akan pernah sepi dengan keindahan rasa cinta, bidadari yang memberi harapan saat jatuh agar bangun semula. Sekali rebah sejuta kali dirimu bangunkan. Dan memberikan saki baki cintanya sebagai penawar di dunia. Menanti cinta yang kekal abadi hanya di syurga.

Wanita solehah sebagai penentu bicara kerana wanita solehah lebih berharga dari segala-galanya. Wanita solehah semestinya bukan sembarangan insan yang mampu mencintainya. Dan bukan sembarangan insan dapat dicintainya.

Dan insan yang paling wajar untuk mencintai wanita solehah juga semestinya lelaki soleh. Soleh dan solehah satu gabungan yang baik. Semestinya tidak enak jika wanita solehah dikotori apabila disentuh dengan tangan-tangan lelaki yang ingkar.

Seperti mencari kemanisan iman, amal ibadah yang sering dikerjakan siang dan malam tidak akan pernah merasa kemanisannya jika amalan yang baik dihadirkan juga dengan perkara mungkar.

Bagaikan minuman air oren yang dicampur dengan serbuk kopi, pasti kemanisan yang diimpikan dari khasiatnya oren tidak akan dapat. Cuma rasa campuran rasa yang tidak bernama. Rasa oren pun tidak, rasa kopi pun tidak. Islam itu sempurna, jangan pula dicampuri dengan perkara yang menjadikan kita rasakan tidak sempurna.

Wanita solehah dan lelaki yang soleh semestinya gandingan yang baik. Digandingkan di dunia dan bergandingan menuju akhirat. Manis dan indah bukan, begitulah tingginya hasrat di hati.

Rasailah keindahan bercinta yang sejati tanpa sangsi dan curiga kerana wanita soleh kelak di syurga akan menjadi bidadari, bahkan lebih cantik dari bidadari.

Jadi moga terbina jalinan cinta hingga ke akhirat, bercinta hingga ke syurga.



Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya|di dalam sebuah hadis yang panjang|:



Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”


Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”


Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”


Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)



Lelaki soleh.

Qudwah hasanah, contoh ikatan yang terbaik, semestinya junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Rasulullah merupakan tokoh sepanjang zaman yang telah berjaya menggilap rasa perhambaanumat manusia kepada Allah pada zaman jahiliyah dahulu.

Rasulullah ketokohannya perlu dicontohi oleh pemuda Islam sekarang, Rasulullah yang telah merubah hati-hati umat ketika zaman jahiliyahyang kegersangan tanpa cinta sejati. Apabila kuatnya rasa perhambaan kepada Allah, maka mudahlah hati dapat menerima janji-janji pasti dan perintah-perintah penuh hikmah dari Allah SWT.

Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Rasulullah telah mengangkat martabat kaum wanita ketika itu, dari dipandang hina ke satu kedudukan yang sangat istimewa di sisi Islam. Ajaran yang dibawa Rasulullah telah berjaya menambat hati pemuda ketika itu, telah berjaya mengubah budi pekerti kaum lelaki.

Timbullah rasa tanggungjawab di hati pemuda Islam ketika itu, dari zaman penuh kegelapan berubah kepada zaman kegemilangan Islam yang bercahaya. Sedar akan kedudukan dan tanggungjawab masing-masing di sisi Islam. Bagaikan suluhan cahaya datang menerangi. Menyuluh setiap celahan kegelapan.

Ketika itu walaupun umat Islam dipukul resah, namun wahyu Allah diperdengarkan terus dari Rasulullah. Tiada keresahan tiada lagi amalan zaman jahiliyah yang pastinya ketika itu sangat menzalimi sesama sendiri.

Kaum wanita dikagumi jasanya, terus menerus kaum wanita menyambung untaian talian cinta berbanding diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Lelaki yang soleh tiada mengenal erti kegagalan dalam menuntut kemuliaan Allah di dunia dan akhirat, kerana lelaki soleh tidak dayus membiarkan saudara perempuannya keluar dari rumah tanpa perlindungan hukum Allah, tubuh badan kaum wanitanya diselimuti dengan helaian kain yang sudah disyariatkan.

Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada kedua ibu bapa mereka.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.



|Rasulullah SAW bersabda|

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)



|Lagi sabda Rasulullah SAW|

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya, dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)



Teguhkan hati usahlah engkau ragu wahai lelaki soleh, berzikirlah sebanyak mana yang engkau mahu agar wanita solehah tetap akan menjadi suri. Telah diciptakan lelaki yang baik itu untuk perempuan yang baik dan juga sebaliknya, usahlah engkau ragu lagi.



Kau bidadari terhebat.

Inilah bidadari syurga.

Hidupnya dipenuhi dengan amalan rasa keimanan yang mampu memenuhi relung hati dengan cinta Ilahi. Kecantikannya tidak dibanggakan, keayuannya tidak pernah diserlahkan agar tidak mencedera jiwa kaum adam. Senyumannya adalah sedekah paling mudah, tiada rasa terhutang budi. Senyumannya tidak disalah guna.

Kecantikannya merupakan satu nikmat yang perlu dijaga, kecantikannya merupakan amanah yang berperanan agar dirinya bertambah malu, malu dari melakukan mungkar. Agar dirinya berserah sepenuhnya kepada Ilahi. Kecantikan sebenar adalah pada akhlaknya, ketulusan hatinya yang tersembunyi itu.

Wanita solehah, bagaikan permata, permata yang disimpan rapi. Apabila dilihat cantik dipandang dan menyejukkan hati dengan keindahan akhlaknya, apabila sudah diikatkan dengan ikatan yang halal. Maka makin menjadi keharuman akhlaknya itu, dan akan menjadi lebih cantik lagi selepas itu. Sesungguhnya, seperti permata yang dijadikan tatapan mata pada zahirnya. Itulah yang sebaiknya.

|| Al-KHAWARIZMI ||

Jika wanita solehah dan beragama = 1

...Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10

Jika dia kaya ; tambah lagi 0 = 100

Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000

Tetapi jika yang "1" tiada..maka..

tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0"


Wanita solehah tidak pernah membisikkan rasa sayu, tidak pernah rasa keresahan jika tidak pernah didambakan oleh mana-mana lelaki. Tetapi hanya mendambakan cinta Ilahi yang diutamakan. Keindahan rupa paras yang mempersona tidak pernah terhakis dengan hasutan syaitan. Keaiban diri sendiri tidak digayakan. Keindahan susuk tubuhnya ditutupi mengikut syariat, keindahan itu dijaga.

Wanita solehah itu tidak pernah menghiraukan akan balasan atas segala kebaikan yang diberikannya, tetapi keikhlasan di hati itu yang dijaga. Keikhlasan di hati yang tidak ada sesiapa yang dapat dijangka, kerana tiada siapa tahu apa ada di hati kecuali Ilahi. Erti hidupnya hanya pada memberi. Dan suka berada dibawah, kerana yang dibawah hanya perlu meminta, meminta pertolongan Ilahi.


KEIKHLASAN itu umpama seekor semut hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tetapi amat sukar dilihat. Hidup biarlah berbakti walaupun tidak dipuji.


Erti perhambaannya hanya pada merindu yang Esa. Rindunya dihulurkan kepada yang pasti membalas. Rindunya tidak diberikan pada yang lemah. Lukisan rindunya penuh bermakna, dilukis dengan amalan redha Ilahi. Mengalir mutiara suci di pipinya sambil mulut berzikir mengagungkanNYA.

Wanita solehah yang gemersik suaranya, indah lantunan suaranya dikuatkan kepada anak-anak bangsa, dakwah itu kebebasannya. Suara emasnya hanya menyampaikan Islam. Suaranya untuk kebenaran dan berhujah menentang kebatilan. Kepahitan memperjuangkan kebenaran tetap diperjuangkan kerana sudah terselit rasa di hati akan kemanisan di puncak kebenaran.



Firman Allah SWT yang bermaksud :


“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”


|surah Al-Ahzab:32|


Wanita solehah itu sejati, sejati dalam memperjuangkan maruahnya, malunya dijadikan perisai terhebat, dirinya tidak pernah jatuh dengan tawaran cinta yang sia-sia. Malunya akan disimpan rapi. Hanya akan ditunjukkan kepada insan yang halal baginya.

Malunya di dalam bekas yang cantik atas bayangan bidadari syurga. Hanya sekali-sekala dibuka malunya untuk insan yang tertentu sahaja, dan bukannya untuk tatapan umum. Jika malunya selalu didedahkan, nescaya akan tercemar. Itu hanyalah kaca, yang akan pecah bila-bila masa sahaja, dan tidak akan terjamin keselamatannya.

Pecahnya kaca itu maka jatuhlah maruahnya, serpihan kaca akan mencalarkan sesiapa sahaja yang berdekatan.


|Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud|


“Apabila kau hilang malu lakukanlah segalanya.”


(Riwayat Abu Daud)



Wanita solehah bukan dilihat dari kegelisahannya ditawarkan cinta sia-sia di tepi jalanan tetapi dilihat dari kegelisahannya jika mengundang insan lain tergoda. Wanita solehah itu bukannya dipandang pada besarnya ujian dan sengsara yang ditempuh. Tetapi wanita solehah itu dilihat pada bagaimana menggunakan setiap ibrah dari segala ujian agar dikuatkan lagi imannya dalam menempuhi ujian tersebut.

Tidak pernah meminta dikecilkan ujian, tetapi sentiasa memohon agar dikuatkan iman supaya dapat menempuhi ujian yang mendatang.Wanita solehah itu tidak berbangga dari sifat mesranya dalam pergaulan, tetapi indahnya dilihat dari sejauh mana kemampuan menjaga kehormatannya dalam pergaulan.


“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”

|riwayat Al Bazzar|


Cinta sampai syurga.

Bila masanya tiba nanti semua akan bertemu dengan yang Maha Esa. Adakah ianya menjadi penamat segalanya? Tidak sama sekali kerana kita mempunyai dua pilihan iaitu syurga atau neraka. Hanya dua pilihan tidak lebih. Pasti semua mahukan nikmat syurga.

Tiada pilihan ketiga, namun dua pilihan inilah yang selalunya disalah pilih. Antara ingkar dan patuh dan antara benar dan salah, antara madu atau racun.

Disetiap nafas kadang kita terlupa bahawa kita ini milik Allah, terlupa dan terleka dengan nikmat dunia yang fana ini. Masih tidak sedar akan adanya kehidupan akhirat yang kekal abadi kelak.

Musafir di bumi cinta yang sedang luka ini, penuh penipuan dan tipu daya. Apabila di persimpangan jalan hidup kadang tidak tahu untuk memilih persimpangan mana yang membawa ke syurga, padaMU jua kami bersujud dan berserah.

Ya, cinta sampai syurga, cinta di puncak-puncak ketinggian, tidak ada sesiapa pun yang mahukan cintanya hanya sebentar. Pasti mahukan yang berkekalan bersama yang tercinta. Jika pasangannya sudah lebih awal bertemu yang Maha Esa, mohonlah dan berusaha agar dipertemukan di syurga kelak.

Ya, kerana wanita yang solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga dan wanita dunia yang solehah itu akan dijadikan ketua bidadari, siapakah yang akan menjadi ketua bidadari? Jawapannya wanita dunia sekarang ini, siapa? Ibu, saudara perempuan kita dan pastinya mahukan isteri, isteri yang tercinta. Mahukan cinta yang berkekalan sampai syurga, di sana cintanya berkekalan.

Kekal abadi itu kehidupan yang dijanjikan Allah. Itu janji yang pasti. Ya, mari bergandingan ke syurga. Binalah syurga rumahtangga dahulu di dunia agar dapat merasai nikmat syurga bersama. Institusi kekeluargaan yang berjaya pasti akan menghasilkan kedamaian dunia yang sempurna dengan berlandaskan syariat Islam.



|Peluang Beramal|-Abu Umar


"Setiap nafas yang baru kita sedut adalah peluang untuk kita meraih janji-janji Allah SWT, walaupun hanya beberapa saat." ( Azmi Bin Bahari) [link]



Mahu berkekalan cinta dunia hingga ke syurga, itu matlamatnya. Mana ada cinta jika tiada rindu, mana ada kasih jika tiada sayang, untuk apa cinta jika tidak sudi, untuk apa kasih jika tak memberi.

Mana ada cinta jika tiada janji ke syurga, mana ada kasih sayang jika tiada kehidupan yang diredhai. Untuk apa cinta jika tidak ke syurga, untuk apa kasih jika mengamalkan cinta terlarang bila rahmat Allah tebar melayang.




Kata putusnya bercintalah sampai ke syurga, disana abadi. Tiada manusia yang melemparkan insan yang disayanginya ke lubang neraka. Cintalah yang sebenarnya, binalah baitul muslim yang sebenarnya, mahu bina masjid, tapi jangan membina masjid dengan binaan batu bata curi. Adakah masjid itu akan terbina bersama rahmat Allah?



Pencinta Bidadari |Women Of Heaven|

Bidadari ya, buruk dan baik itu ketentuan Allah, kitalah jua yang memilihnya. Amalan yang baik membawa ke syurga, amalan buruk semestinya menempah neraka. Hanyalah iman, amal dan juga takwa menjadi bekal di dalam hidup kita.


|Ibnul Qayyim RA berkata|


“Jika ia memasuki istananya – yakni wanita penghuni syurga dari penduduk dunia – segala sesuatu di syurga menjadi terang, dan jika ia berbicara dengan suaminya, suaminya akan terbuai hingga lupa pada syurga, dan terpaut dengan isterinya.”


Ayuh raikan rasa cinta penuh kebahagiaan di syurga. Bayangan kata-kata nikmat syurga idaman telah digambarkan, agar kita membisikkan kerinduan, timbulnya keinsafan dan rasa pengharapan pada syurgaNYA. Mari buktikan kecintaan kepadaNYA.


Ia membina rohaniku.

Kuala Perlis~teratak bonda~12 Mei 2011 2:25 am àBisikkan kerinduan, keinsafan, pengharapan, sembahkan pengorbanan membuktikan kecintaan. Bersama bermimpikan syurga.

Terasa terlalu muda untuk menulis artikel ini. Tetapi tidak terasa malu untuk mengatakan saya mencari bidadari. Umur sudah 20 tahun, bukan baru 20 tahun ~tersenyum~.~

Pencinta bidadari atau women of heaven. Bidadari? Bagaimanakah rupanya?

Bila dia jauh hati selalu rindu, bila dia ada hati akan berbunga-bunga, siapa? Zaujah atau pun zauj sahaja jawapannya.

*Jadikan rasa semangat berkongsi kembali ya Allah, semoga membenam papan kekunci kali ini bermanfaat dan dapat difahami, yang memberi komentar diberi kefahaman, dan yang beruntung adalah yang dapat mengamalkan, ameen. YAQUT HULAIF @ yaquthulaif.blogspot.com

Jadilah pencinta bidadari.


Artikel dari: http://yaquthulaif.blogspot.com/2011/05/pencinta-bidadari-women-of-heaven.html

Tuesday, May 24, 2011

Larangan menzahirkan kemiskinan dengan meminta-minta

Bismillahirrahmanirrahim... Rujukan buku Fadhilat Sedekah Jilid 1&2 m.s 634.

Baginda Rasulullah saw bersabda bahawa sesiapa yang menghadapi kelaparan (kemiskinan) dan ia menzahirkan hal itu kepada manusia, maka kelaparannya tidak akan dijauhkan dan sesiapa yang membentangkan hal kelaparannya di hadapan Allah (dan memohon kepadaNya) maka Allah cepat akan kurniakan rezeki kepadanya, mungkin serta merta atau sedikit lambat.

Keterangan:

Sesiapa yang meminta-minta dari orang tidak akan terlepas dari kemiskinan dan kelaparan. Maksudnya, keperluannya tidak akan dipenuhi. Jika hari ini untuk satu keperluan ia meminta-minta dari orang dan rupa-rupanya keperluan itu sudah dipenuhi maka esok hari dia akan menghadapi keperluan yang lebih besar dan keadaannya berhajat akan berkekalan. Jika ia angkat tangan untuk meminta dari Allah maka keperluan yang berkenaan akan dipenuhi dan keperluan yang lain tidak akan dihadapinya ataupun jika ia menghadapi apa-apa hajat yang lain maka serta merta Allah swt akan menyelesaikannya juga.

Di dalam sebuah Hadith yang lain mengenai perkara ini telah dinyatakan begini, iaitu sesiapa yang membentangkan kemiskinan dan hajat sendiri di hadapan Allah, maka Allah swt akan segera menjauhkan kemiskinannya -- baik dengan kekayaan yang segera ataupun kematian yang segera. Kematian yang segera ada 2 maksud:
1. Kematiannya sendiri yang mana sebelum menderita kelaparan dan kesusahan ia mati, bererti kesemua kesusahan pun berakhir beserta dengan kematiannya.
2. Kematian orang lain yang akan menjadi asbab kekayaannya. Disebabkan kematian yang sedemikian ia akan memperolehi sebahagian dari hartanya sebagai waris ataupun orang yang mati itu semasa meninggal dunia telah berwasiat agar sekian sekian bahagian dari hartanya diberi kepada si anu (iaitu orang yang di dalam keadaannya susah telah hanya memohon kepada Allah sahaja).

Kisah Pengajaran BURUNG & ULAR YANG BUTA

'Kurd' adalah nama satu kabilah. Salah seorang ahli kabilah tersebut adalah seorang perompak yang termasyhur. Dia telah menceritakan peristiwa mengenainya sendiri seperti berikut:
'Satu ketika aku bersama rakan-rakan sedang berjalan untuk merompak di satu tempat. Di dalam perjalanan kami telah berehat di satu tempat di mana ada 3 batang pohon buah tamar -- dua yang hidup dan berbuah, satu daripadanya kering. Aku melihat seekor burung berkali-kali ambil buah tamar yang segar daripada pokok-pokok yang hidup dan membawanya ke pokok yang kering tersebut. Melihatnya aku hairan, sekurang-kurangnya sepuluh kali aku melihat burung tersebut membawa buah tamar di atas pokok yang kering. Aku ingin melihat apakah burung itu buat dengan buah tamar di atas pokok kering itu. Maka akupun menaiki pokok kering tersebut. Sampai ke puncaknya aku melihat seekor ular yang buta menunggu di situ sambil membuka mulutnya. Aku memahami bahawa burung tersebut membawa buah tamar yang segar dan meletak di mulut ular yang buta tersebut. Melihat keadaan itu aku menerima pengajaran yang begitu besar, sehingga aku mula menangis dan berkata: 'Tuhanku! Nabimu saw telah memerintahkan untuk membunuh ular. Tetapi apabila seekor ular yang sedemikian menjadi buta dan tidak mampu mencari rezeki, maka engkau menggunakan burung untuk sampaikan rezeki kepadanya. Padahal aku hambaMu yang berikrar tauhid kepada Engkau; alangkah sesalnya, Engkau membuat aku merompak orang!'Maka aku telah diilhamkan, 'Pintuku untuk bertaubat telah terbuka'. Pada ketika itu juga aku telah mematahkan pedangku yang aku gunakan untuk merompak harta benda orang. Lalu aku mula menjerit,'Ampunilah dosaku, ampunilah dosaku'. Maka aku telah mendengar satu suara berbunyi,' Aku sudah mengampunkan dosamu wahai hambaKu, Aku sudah mengampunkan dosamu'. Apabila aku sampai kepada kumpulan rakan-rakan, mereka semua hairan dan mereka bertanya, 'Apakah yang sudah berlaku kepada engkau?' Aku menjawab,'Aku telah menjadi sesat dan derhaka kepada Tuhan. Kini aku berdamai dengan menyerah diri.' Selepas itu aku telah menceritakan keseluruhan peristiwa tadi. Maka kesemua rakan-rakanku juga mematahkan senjata-senjata mereka yang digunakan untuk merompak sambil berkata:'Kami juga berdamai dengan menyerah diri.' kami telah meninggalkan kesemua harta yang telah kami rompak sekian lama, memakai kain ihram lalu mula berjalan ke arah Makkah. Setelah berjalan selama 3 hari kami telah sampai ke satu kampung di mana kami menemui seorang wanita yang tua dan buta. Dia telah bertanya dengan menyebut namaku samada di dalam rombongan kami ada sesiapa ahli Kurd yang bernama itu. Rakan-rakanku telah menjawab, 'Ada'. Maka dia keluarkan satu bungkusan pakaian lalu sambil memberinya kepada kami dia berkata: 'Sudah 3 hari anakku meninggal dunia. Ini adalah pakaian dia. Setiap malam setelah ia meninggal dunia aku bermimpi Baginda Rasulullah mengarahkan aku supaya aku memberi semua pakaian Allahyarham anakku kepada ahli Kurd yang bernama ini. Ahli kurd tersebut berkata, kami semua telah memakai pakaian itu.

Di dalam kisah ini kedua-dua perkara tersebut memberi pengajaran: iaitu ular yang buta diberi rezeki oleh Allah swt melalui burung dan pemberian pakaian kepada perompak yang bertaubat dari pihak Rasulullah saw. Apabila Allah swt ingin membantu sesiapa maka amat mudah bagiNya untuk menyediakan asbab. Sebab Dialah yang mencipta semua asbab-asbab kekayaan serta asbab kemiskinan. Dengan berkat taubat yang sungguh-sungguh menerima pakaian dari pihak Rasulullah saw juga satu kemuliaan yang besar. Peristiwa ini juga merupakan satu contoh bagaimana kekayaan diperolehi dengan kematian yang cepat.

Monday, May 16, 2011

Nasihat Pernikahan buat diri



Bismillahirahmanirahim
Alhamdulillah, apabila masuk cuti sekolah, maka secara automatiknya akan menerima kad jemputan Perkahwinan. Tahniah buat sahabat sahabat yang bakal mendirikan masjid iaitu Dr Isnani dan juga Ustazah Maliana. Tidak dilupa juga buat kak Nurul Husna yang sedang menanti debaran semasa bulan syawal nanti. Biarpun sedih terasa di hati kerana selepas ini tumpuan sahabat sahabat pasti sudah berbagi. Maka, ana sudah pasti tidak boleh lagi bermanja manja dengan Kak Nurul Husna kerana takut dengan abang ipar =) . Namun, ana sentiasa mendoakan kebahagian sahabat sahabat. Di sini ana inginkan kongsikan artikel daripada Ukhti Zinnirah yang masih dalam fasa berbulan madu =P .Mabruk buat sahabat sahabatku, pasti berdebar menunggu saat lafaz sakinah. Barakallahu Lakuma




Credit to Mutiara Hati untuk nasihat di bawah.

Karya nukilan datuk saudaraku yang ditulis buat anak beliau. Saya berbesar hati untuk berkongsi nasihat-nasihat tersebut yang bagi saya sangat bernilai dan begitu menyentuh. Semoga bermanfaat bagi pembaca sekalian. Nama-nama telah dipadamkan atas sebab privasi. (NH)

Drs H. Fathi Siregar
15 April 2011, Jakarta

Assalamu'alaikum wr wb.

Alhamdulillah segala puji kita persembahkan ke hadirat Allah swt. Maha Suci Allah, "Dia yang menciptakan manusia dari air, lalu Dia jadikan manusia itu (punya) keturunan dan mushaharah (hubungan kekeluargaan yang berasal dari perkahwinan) dan adalah Tuhanmu Maha Kuasa."
(Al-Furqan : 54)

Selawat dan salam semoga tercurah pada junjungan kita Nabi Muhammad (SAW) yang menegaskan "Perkahwinan adalah sunnahku, siapa yang tidak suka sunnahku maka dia bukan termasuk golonganku."

Nikah adalah perintah Allah dan sunnah Rasulullah (SAW) yang tujuannya ditegaskan dalam al-Quran surat Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud:

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

Itulah tujuan berumah tangga menurut Islam, melahirkan ketenangan dan ketenteraman serta tumbuhnya kasih sayang. Senada dengan itu, Marie Van Ebner pernah berkata : "Bila di dunia ini ada syurga, maka syurga itu ialah pernikahan yang bahagia. Sebaliknya, jika di dunia ini ada neraka, maka neraka itu adalah pernikahan yang gagal."

Ketenangan dan ketenteraman, penuh kasih dan sayang, baru akan dirasakan oleh anakanda berdua jika mampu menangkap secara benar arti dan makna yang terkandung dalam ijab-qabul.

Ijab adalah ucapan penyerahan dari sang wali kepada mempelai pria. Qabul adalah ucapan penerimaan mempelai pria dari walinya.

Ijab-qabul yang di dalam al-Quran disebut 'mitsaqan ghalizha' = 'ikatan yang kuat, perjanjian yang berat'. Hakikatnya adalah proses alih tanggungjawab dari seorang wali kepada menantunya.

Ketika ayahanda (pengantin perempuan) berkata,

"Saya nikahkan, kahwinkan (pengantin lelaki) dengan anak saya (pengantin perempuan)…" – sebenarnya ayahanda (pengantin perempuan) sedang berkata, "Anakanda (pengantin lelaki) – hari ini Bapak limpahkan tanggungjawab Bapak atas (pengantin perempuan) kepada kamu, yang selama ini menjadi tanggungjawab kami mengurus, mengawasi, membimbing dan mendidik serta memberi nafkah, hari ini kami serahkan kepada anakanda. Semoga anakanda menerima (pengantin perempuan) dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab."

Ketika (pengantin lelaki) menjawab, "Saya terima nikahnya, kahwinnya puteri Bapak…" – sebenarnya (pengantin lelaki) sedang berkata, "Bapak, limpahan amanah Bapak Insya Allah saya terima dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab. Saya akan pikul amanah ini dengan sebaik-baiknya. Bapak dan Ibu, iringi dan payungi perjalanan kami berdua dengan doa tulus dari Bapak dan Ibu, agar kami tidak kehilangan cahaya dalam menempuh hidup ini."

Dengan ijab-qabul, maka terjadi perubahan besar; yang haram menjadi halal, yang maksiat menjadi ibadat, kekejian menjadi kesucian, kebebasan menjadi tanggungjawab, nafsu pun berubah menjadi cinta dan kasih sayang.

Kerana itu Rasulullah (SAW) dalam satu hadith berpesan kepada setiap calon suami:

"Takutlah kalian kepada Allah dalam hal wanita (isteri). Kerana sesungguhnya kamu mengambil dia sebagai amanah. Dan kamu telah menghalalkan dirinya dengan kalimat Allah. Kamu harus memberi dia (isteri) sandang dan pangan dengan baik."

Dari hadith ini, suami diingatkan oleh Rasulullah (SAW) untuk senantiasa takut kepada Allah dan bertanggungjawab dalam tiga hal:
1) Mengambil wanita sebagai amanah
2) Menghalalkan wanita dengan kalimat Allah
3) Memberi sandang dan pangan kepada isteri dengan rezeki yang baik dan halal


Anakku! Pernahkah kalian merenung sebelum memasuki pintu gerbang pernikahan ini, apa maksudnya? Yakinkah anakanda sebelum orang tuamu yakin bahawa anakanda berdua telah siap?

Sadarkah kalian, bahawa di hadapan sana, ada ombak dan gelombang yang dapat menghempas dan mematahkan kemudi atau paling tidak riak dan getaran yang dapat mengolengkan perahu? Sudah siapkan anakanda berdua dengan bekal? Biasanya yang dipersiapkan calon pengantin adalah bekal materi. Hal ini penting, akan tetapi yang lebih penting lagi adalah bekal rohani serta mental. Untuk mendapatkan bekal ini bukan hanya diperlukan cinta tetapi yang melebihi cinta.

Islam memerintahkan kepada setiap orang agar pandai-pandai memilih pasangan calon suami dan calon isteri dan yang menjadi prioritas pilihan adalah agama. Mengapa agama menjadi prioritas? Kerana agama merupakan fondasi utama bagi keberlangsungan setiap kegiatan kehidupan. Nabi (SAW) memperingatkan agar umatnya memilih pasangan yang baik agamanya.

Sabda Rasulullah (SAW):

"Raihlah yang mematuhi agama, kerana (kalau tidak) engkau akan sengsara." (H.R Abu Hurairah)

Pelajarilah bagaimana Luqman menanamkan nilai-nilai agama ke dalam jiwa anaknya dan ingat pula akan pesan al-Quran:

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu…" (At-Tahrim : 6)

Hidup tanpa agama yang hak, membuat apa yang telah dan akan dicapai tidak akan memberi kebaikan, bahkan menjerumuskan manusia ke dalam neraka. Kami yakin bahawa anakanda berdua telah melakukan pilihan yang tepat, oleh kerana itu anakku kami tidak memaksa anakanda tetapi merestuinya. Anakanda berdua Insya Allah adalah pasangan yang tepat dan yang diredhai Allah SWT dan kami mengharapkan perkahwinan anakanda ini akan berlanjut hingga hari kemudian.

Selama ini kalian menjadi amanah di tangan kedua orang tuamu. Sekuat kemampuan kami telah berusaha melaksanakan amanah itu. Sedarkah anakanda apa yang dilakukan ibu dan ayahmu?Kasih orang tua kepada anaknya melebihi kasih mereka kepada dirinya sendiri. Bahkan tidak jarang orang tuamu melampaui batas yang diberikan Allah, kerana boleh jadi ada perintah-Nya yang dilanggar demi memenuhi keinginanmu. Ada syubhat yang dilakukan untuk mengundang senyummu.

Amanah yang dibebankan Allah kepada kami orang tuamu sekuat kemampuan telah kami tunaikan. Semoga Tuhan Yang Maha Sempurna tidak menilainya kurang dan dapat mengampuni segala dosa dan kesalahan ayah bundamu. Kini anakanda telah memasuki pintu gerbang perkahwinan, giliran kami orang tuamu menyerahkan amanah itu kepada kalian. Sebelum anakanda jauh berlayar renungkanlah bekal-bekal dan nasihat yang telah diberikan ahli keluarga, tuan guru dan orang tuamu.

Anakanda berdua,

Pernikahan yang telah anakanda laksanakan adalah merupakan perikatan, perjanjian dan permuafakatan. Akad nikah ini memiliki kedudukan yang amat penting dalam syariat Islam dan mempunyai posisi tempat yang sangat mulia. Tuhan menyebut akad nikah antara dua orang anak manusia sebagai 'mitsaqan ghalizha'. Tuhan menegur suami-suami yang berbuat zalim, merampas hak isterinya, seperti ditegaskan dalam firman-Nya:

"Bagaimana kamu akan mengambilnya kembali, padahal sebahagian kamu telah bergaul (bercampur) dengan yang lain sebagai suami isteri. Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat (mitsaqan ghalizha)." (An-Nisa' : 21)

Oleh kerana itu anakanda, akad nikah yang kalian lakukan seperti yang diuraikan di atas mengandungi misi yang mulia. Dengan akad nikah, Tuhan memberikan kehormatan kepada anakanda untuk memikul misi yang mulia itu. Apa yang harus dilakukan suami isteri dalam melayari samudera kehidupan?




Anakanda,

Anakanda harus mengisi bahtera rumahtangga kalian dengan ketenteraman, cinta dan kasih sayang. Kerana itu, setiap perilaku anakanda berdua yang mendatangkan kedamaian, ketenteraman dan ketenangan dalam keluarga adalah ibadah.

Dengarkan sebagaimana Rasulullah (SAW) memuji setiap perilaku yang mendatangkan kebahagiaan di tengah-tengah keluarga. Kepada laki-laki, Rasulullah (SAW) bersabda: "Duduknya laki-laki, berbincang-bincang dengan keluarga lebih dicintai Allah SWT daripada i'tikaf dimasjid."

Kepada perempuan, Rasulullah (SAW) bersabda: "Bila seorang isteri memberikan minuman kepada suaminya seteguk air, itu lebih baik baginya daripada ibadah satu tahun."Kepada keduanya, Rasulullah (SAW) bersabda: "Orang yang paling baik di antara kamu adalah yang paling baik terhadap keluarganya." (Mizan al-Hikmah, 4 : 286-287)

Tujuan dan makna diadakannya perkahwinan adalah untuk kebaikan hidup manusia, iaitu melalui limpahan mawaddah dan rahmah yang diterimanya dari Allah. Orang yang jiwanya diisi oleh mawaddah selamanya dia akan dijauhi dari keburukan, kedengkian serta segala sifat-sifat yang dapat merusak lahir dan batin. Dalam jiwa yang mawaddah ini hati dan hidup manusia akan selalu dibimbing dalam rasa kasih sayang dan cinta kasih yang dalam, sehingga tali hubungan antara manusia akan terjaga selamanya. Ketenangan dan ketenteraman jiwa suatu kondisi psiko-ruhiah yang terasa menyejukkan, juga akan dialami oleh insan yang hidup dalam tali perkahwinan.

Mawaddah adalah peningkatan lebih tinggi dari mahabbah yang hanya berupa rasa saling tertarik antara lelaki dan perempuan kerana segi lahiriah dan jasmani belaka, seperti tampan dan cantik.Mawaddah tumbuh tidak lagi atas pertimbangan lahiri dan jasmani, tapi atas dasar penghargaan yang sejati antara satu sama lain dan atas dasar nilai-nilai batini kemanusiaan. Maka jika mahabbah adalah cinta kasih jasmani atau keragaan (fisik), mawaddah meningkat menjadi cinta kasih nafsani dan kejiwaan (psikis) yang lebih mendalam.

Jika terus tumbuh dan berkembang dengan sihat dan utuh, hubungan cinta kasih suami isteri dapat meningkat lebih tinggi lagi, menjadi cinta kasih ruhani atau kesukmaan (spiritual), menuju rahmah, cinta kasih Ilahi yang Rahman dan Rahim. Semua kita harus berusaha mencapai tingkat cinta kasih Ilahi ini.

"Mereka yang cinta kasih akan dicinta kasihi oleh Yang Maha Cinta Kasih. Cinta kasihilah olehmu penghuni bumi maka penghuni langit akan cinta kasih kepada kamu. Rahm (cinta kasih) adalah syujnah (jaringan) dari al-Rahman (Yang Maha Cinta Kasih). Barangsiapa menyambung tali cinta kasih itu, maka jaringan dari Yang Maha Cinta Kasih akan menyambungnya dan barangsiapa memutuskan cinta kasih itu maka jaringan dari Yang Maha Cinta Kasih itu akan memutuskannya."(H.R Ahmad)

Membina hubungan yang akrab antara pria dan wanita dalam kehidupan manusia adalah kenyataan kemanusiaan lainya. Pernikahan adalah cara yang alami dan wajar untuk mewujudkan kecenderungan alami seorang lelaki kepada seorang perempuan, dan untuk membangun keluarga. Kerana itu, pernikahan yang setia berada dalam santunan Allah dan pelindungan-Nya, kerana pernikahan serupa itu sesungguhnya dibuat dan ditegakkan di bawah nama-Nya. Cubalah kita camkan firman suci berikut:

"Wahai sekalian umat manusia! Bertaqwalah kamu sekalian kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari satu jiwa, kemudian dari satu jiwa itu diciptakan oleh-Nya jodohnya, dan dari pasangan dua jiwa tiu dikembang-biakkan banyak lelaki dan perempuan. Bertaqwalah kamu sekalian kepada Allah, yang dalam Nama-Nya kamu bermohon, dan jagalah hubungan kasih sayang (tali kekeluargaan). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas kamu sekalian."
(An-Nisa’ : 1)

Bersambung…


Friday, May 6, 2011

Selamat Hari Jururawat!

Bismillahrahmanirahim..... Alhamdulillah, betapa masa berlalu tanpa disedari. Pejam celik pejam celik, tahun ini sudah sampai pada bulan Mei. Bulan Mei adalah antara bulan yang dinanti nantikan oleh saya. Banyak peristiwa istimewa yang bakal dan telah berlaku pada bulan Mei yang terpahat kukuh dalam ingatan saya. Antaranya adalah ulang tahun kelahiran ibu saya dan saya juga mengetahui bahawa bulan Mei adalah bulan yang amat dinanti nantikan oleh insan insan yang bergelar seorang jururawat. Biarpun saya sendiri tidak sabar menanti bulan Jun agar saya lebih insaf dan bermuhasabah diri namun saya ingin 'menikmati' bulan Mei dengan penuh rasa takzim sebagai generasi muda sebelum ditambah satu nombor pada pangkal hujung nombor penghidupan saya.

Istimewanya bulan Mei ketika hidup di kampus bagi diri saya adalah ketika saya dan rakan rakan sekampus akan bertungkus lumus untuk menjayakan perayaaan HARI JURURAWAT SEDUNIA. Biarpun masih bergelar seorang pelajar, namun ketika itu kami diajar untuk menghargai profesyen yang mulia ini. Hari jururawat sedunia adalah hari yang dikhususkan bukan semata mata untuk menghargai seorang jururawat sahaja tetapi juga sebagai medan muhasabah diri buat para jururawat sekalian iaitu sejauh mana pekerjaan ini kita sandarkan sebagai tapak semaian di mana hasilnya ingin kita tuai di akhirat kelak. Ketika di kampus, kami bertungkus lumus dan bersemangat penuh untuk meningkatkan profesyen ini bukan sahaja dari segi penilaian manusia tetapi juga penilaian ALLAH SWT.

The choosen one

Mengimbau pertama kali melangkah masuk ke universiti, soalan pertama yang ditanyakan adalah kenapa memilih ingin menjadi jururawat? Dan ketika itu, diri masih seorang yang jahil. Hidup hanya berpaksikan dunia semata mata, dengan selambanya menjawab kerana seorang jururawat itu cantik. Apabila terkenang kembali memori tersebut,boleh ketawa sampai pecah perut. Tidak disangka bahawa itu adalah Asiah Yusro yang dulu . Kadang kadang macam tak percaya apabila diri bertukar dan berpusing 360 darjah. Tika melihat gambar gambar lama juga gosok mata tiga hingga empat kali. Saya berterima kasih dengan bidang kejururawatan yang membuka mata saya untuk membuat u turn dalam hidup. Baru baru ini saya mula memahami setiap hikmah dan ujian yang ALLAH berikan kepada saya. Setiap titik kesusahan demi penghijrahan kerana ALLAH itu merupakan tarbiyah secara terus yang ALLAH berikan. Alhamdulillah, bukan calang calang orang yang bisa mendapat hadiah hidayah dan taufiq dari ALLAH swt kan? Jika begitu, maka tepatlah jawapan yang diajarkan oleh kakak kakak senior ketika di kampus bahawa menjadi seorang jururawat itu adalah mereka yang terpilih. The choosen one! Terlalu banyak yang saya pelajari tentang hidup dalam waktu yang sama saya menghabiskan kursus ijazah jururawat selama empat tahun di universiti tarbiyah saya. Malah, ketika belajar itulah juga, hati saya didekatkan kepada ALLAH SWT... syukur...

Kaca Mata Akhirat

Seringkali saya ditanya, bagaimana saya boleh 'mengadakan' diri dalam sesuatu program memandangkan jadual waktu pekerjaan saya yang begitu istimewa. Pertanyaan sebegini menyenangkan saya dan membuat saya juga bermuhasabah diri. Tidak dinafikan waktu pekerjaan saya sedikit istimewa. Tidak sama dengan pejuang pejuang yang lain. Pada waktu tikanya, terpaksa bersengkang mata kerja malam agar di siang hari dapat menghadirkan diri ke usrah ataupun program yang dianjurkan. Saya tidak menafikan kadang kadang saya berasa terlalu letih kerana terpaksa bertugas dengan berjadual, terpaksa merayu untuk bertukar shif atau terpaksa bekerja malam secara berterusan. Apatahlagi ibubapa saya juga kurang mengizinkan saya untuk terus aktif jika mengganggu karier saya. Namun, saya cuba melihat dunia dengan kaca mata akhirat. Buat pertama kalinya, saya melihat kembali kenapa saya berintima dengan perjuangan dan usrah saya? Adakah semata mata kerana saya terpengaruh dengan naqibah saya yang membantu saya berubah ataupun pengaruh sahabat sahabat seusrah saya? Saya membuat kesimpulan sendiri iaitu sekiranya perbuatan dunia ini disandarkan kerana manusia semata mata, maka tiadalah hasil selain kepenatan yang berpanjangan. Namun, jika kita meyakini bahawa perjuangan hidup di dunia adalah semata mata mencari bekalan untuk dibawa ketika bertemu dengan NYA, inshaALLAH, langkah untuk perjuangan pasti dipermudahkan. Walau sesusah atau sesingkat mana pun waktu, kita harus berusaha memanfaatkan diri demi perjuangan. Jika kita tidak boleh dari segi kehadiran diri, cukupkah sekadar kita ikhlaskan diri untuk memberi infaq pada perjuangan. Petua paling istimewa, biarpun kalian tidak dapat menghadiri atau menyumbang sesuatu kerana sekatan masa, keluarga dan sebagainya, pastikan hati kalian sentiasa bersama perjuangan.

Pejuang pilihan

Seorang sahabat memberitahu bahawa dirinya hampir futur kerana ujian karier dan keluarga yang melanda. Saya tidak menafikan bahawa diri saya juga sedemikian. Ketika berada di alam kampus, fokus kita mungkin hanya pelajaran dan perjuangan. Namun, apabila berada di luar kampus, skop pemikiran seorang pejuang itu harus diperluaskan. Tanggungjawab sebagai anak perlu digalas, tanggungjawab mencari rezeki harus dipikul dalam masa yang sama tanggungjawab pada perjuangan tidak sama sekali ditinggalkan. Saya begitu berpegang bahawa pejuang pejuang agama ALLAH SWT itu adalah pilihanNYA. Jika kita berasa diri seperti hendak mengalah, maka sila semak balik hubungan kita dengan ALLAH SWT. Mungkin disebabkan kelalaian kita sendiri dalam menjaga redha ALLAH, kita terkeluar dari senarai pejuang pejuang pilihanNYA. Jangan kita takut untuk menempuh badai dalam perjuangan kerana seorang pejuang itu akan sentiasa bersahabat dengan halangan. Bukanlah namanya perjuangan jika tiada mehnah dan tribulasinya bukan? Setiap halangan itu pasti ada penyelesaiannya. Bukankah Rasulullah SAW pun dihimpit dengan pelbagai mehnah dan tribulasi? Seringkali kita menyatakan bahawa kita ini tidak seperti Rasulullah SAW dan para sahabat, iman kita tidak dapat menandingi mereka. Cuma kita jangan lupa bahawa kita adalah UMAT MUHAMMAD, golongan yang dirindui Rasulullah SAW biarpun tidak pernah bertemu. Tidakkah kita berasa perlu menyahut panggilan rindu itu dengan membina kekentalan iman demi menempuh jalan perjuangan yang penuh onak dan duri. Selain itu, saya juga ingin berkongsi petua untuk kalian yang berhadapan dengan sahabat sahabat yang dikatakan futur dan sebagainya, cubalah meletakkan kaki kalian ke dalam kasut kasut mereka (pepatah Inggeris yang dimelayukan). Mungkin mereka punya kekangan dan sekatan yang tidak dapat mereka lepasi sehingga mereka perlu direhatkan sekejap dalam gerak kerja. Dan ingatlah bahawa hidup ini umpama roda. Sekejap di atas dan sekejap dibawah. Mungkin akan sampai satu masanya pula diri kalian diuji sedemikian, maka sudah tentu kita juga mohon pengertian dari insan lain. Dan mungkin pada tika itu, sahabat kalian yang dikatakan futur itu pula yang bekerja untuk gerak kerja ISLAM. Jangan mudah sekali menghukum seorang pejuang itu menjadi futur kerana ALLAH SWT sahaja Maha Mengetahui.

Tarbiyah di mana saja

Buat sang daie yang hebat di alam kampus, kalian harus bersedia. Pendekatan yang berbeza perlu diambil dalam menghadapi cabaran dakwah pasca graduasi. Keadaan dalam dan luar kampus tidak boleh disamakan. Biarpun kita sudah menyiapkan pelbagai perancangan untuk persediaan perjuangan luar kampus namun perancangan itu terkadang tidak bisa dilaksanakan. Persediaan yang paling utama adalah bekalan iman yang kukuh dan kental dalam diri seorang pejuang. Jangan terlalu memanjakan diri dengan kesenangan atau kemudahan pergi untuk mendapatkan pentarbiyahan atau menghadirkan diri ke program program kerana kita tidak tahu bilakah waktunya ALLAH memilih untuk menguji kita. Seperti yang saya katakan tadi, pejuang pejuang pilihan agama ALLAH adalah pilihanNYA. Mungkin ALLAH ingin mengadakan satu proses tapisan untuk memilih seorang daie yang benar benar sanggup memikul tanggungjawab dakwah. Saya tidak suka menggunakan perkataan bebab dakwah kerana tidak mahu menghilangkan kemanisan dakwah. Dakwah itu bukanlah suatu beban tetapi suatu kecintaan dan kegilaan. Bergantung pada seorang daie itu, jika dia mengganggap dakwah adalah satu beban yang harus dipikulnya, maka sudah pasti dia berasa keberatannya, namun jika jalan dakwah itu adalah jalan yang dicintainya, maka inshaALLAH, biar apapun mehnah dan tribulasinya, perjalanan dakwah itu pasti begitu indah terasa. Dan ingatlah bahawa, jika ditakdirkan satu hari nanti, ALLAH menguji kita dengan sedikit sekatan dalam perjuangan, maka bersyukurlah kerana ALLAH ingin mengajar kita erti kemanisan tarbiyah. Mungkin sebelum ini, kesenangan yang ALLAH berikan kepada kita tanpa sekatan menyebabkan kita begitu asyik berprogram sehingga lupa untuk memprogram diri sendiri demi keredhaanNYA. Hidup seorang daie adalah untuk memurnikan kehidupan insan lain namun itu tidak akan bermakna apa apa jika daie itu sendiri yang tidak memurnikan hidupnya kerana ALLAH SWT. Percayalah, tarbiyah ada di mana saja, pandanglah sesuatu dengan kaca mata dakwah dan tarbiyah, inshaALLAH, kita pasti istiqomah dijalanNYA.

Selamat Hari jururawat

Terasa entri kali ini seperti biasa melalut tak tentu arah. Ini adalah sedikit perkongsian dari diri saya yang kerdil ini. Saya bukanlah muslimah yang hebat dalam perjuangan dakwah kerana saya juga baru sahaja diprogramkan untuk berhijrah. Cuma, saya suka berkongsi fikrah dan rasa saya kerana saya yakin, erti hidup adalah untuk berkongsi seperti yang diajarkan oleh cermin ajaib saya saudari Khairunisa Klem. Saya seorang jururawat dan sedang cuba untuk mengasimilasikan kehidupan seorang daie dan juga seorang jururawat. Biar apapun diri anda, jadilah diri anda sendiri tetapi dengan syarat semata mata mencari redha ALLAH SWT. Dan akhir kalam:


Selamat Hari jururawat Sedunia
"When you're a nurse you know that every day
you will touch a life or a life will touch yours."

P/s: Tulisan yang berbelit belit disebabkan baru balik dari menanam pokok sempena hari jururawat sedunia. Sudahlah saya seumur hidup tidak pernah pegang cangkul dan sabit, tiba tiba disuruh menanam pokok. Alhamdulillah, bisa berbudi kepada tanah...... Buat anak anak di Sekolah Seri Mengasih, jagalah pokok yang mama tanam sebaik baiknya ya sayang. Mama doakan anak anak diredhai ALLAH dan mendapat syurga di sisiNYA kerana kalian adalah anak anak akhirat yang ALLAH turunkan ke dunia dengan 1001 keistimewaan.. InsyaaALLAH... hampir terlupa, saya akan menghidupkan semula FB Asiah Yusro kerana rungutan dan teguran dari sahabat sahabat, rakan rakan dan adik adik usrah saya yang mengatakan begitu susah menghubungi saya.... Asif jiddan kerana menyusahkan... insyaALLAH, Asiah Yusro akan kembali =)

Sekolah Seri Mengasih

Hasil kerja anak anak istimewa =)

Pokok yang ditanam



Pokok bunga yang ditanam lagi...




Wallahualam...
Staff Nurse Nadrah a.k.a Asiah Yusro


Saturday, April 30, 2011

Saya dan Facebook

Assalamualaikum...
Buat seketika ini, saya Asiah Yusro terpaksa merehatkan sementara Facebook saya kerana saya menerima kiriman kiriman 'PELIK' yang merisaukan saya... InsyaALLAH, dengan izinNYA, saya akan mengaktifkan semula Facebook saya. Semoga diri saya dan kalian diletakkan dalam perlindunganNYA... Kerana dirimu begitu berharga... =)

Berkongsi gambar gambar kegemaran saya yang melambangkan luahan rasa hati saya tika ini =)


Tempat yang terlalu dirindu saat ini... bilakah akan kembali?




Palestin di hatiku =)




Jadikanlah diri ku seperti kuntuman mawar putih



Hijau Putih forever <3

Impian seorang umi


Anak anakku... apakah khabar kalian di sana?

pasti indah diulit lena bersamaNYA di syurga...

Adakah kalian sudi menuju ke bumi untuk menemui diriku?

Umi masih disini menanti kehadiranmu....


Anak anakku.. umi tidak akan pernah jemu menunggu...

setiap kali umi terlihat sosok anak kecil...

adakah begini si cilik kepunyaanku nanti?

Dalam tahajud doa di keheningan malam...

umi tidak henti henti mendoakan kalian....

agar kalian didatangkanNYA di dunia ini,

untuk menemani umi dalam perjalanan hidup yang panjang....





Anak anakku...

mungkin ALLAH mengetahui bahawa umi tidak cukup untuk menerima keberadaan kalian

kerana umi ini insan yang lemah,

umi tidak mampu menjadi sehebat masyitah ...

Akidahnya tidak pernah tergugat tika berdepan Firaun durjana,

Tawakal meninggi buat Tuhan ya Rabbi, meyakini nikmatnya syurga hakiki...




ALLAH SWT juga Maha Mengetahui anak anakku...

Umi kalian ini tidak sehebat Siti Hajar...

Betahkah diri ku ditinggalkan di padang pasir sedangkan ujian dunia yang terlalu sedikit sudah tidak mampu ku tempuhi

Ataupun ALLAH SWT mengetahui bahawa umi kalian ini bukanlah seperti Fatimah Az Zahra ....

Zikrullah menjadi mainan dibibirnya tatkala keletihan...

Dia tidak pernah mengalah dalam mengharungi hidupnya...

tetapi umi kalian ini mudah goyah apabila kesihatan diri menjadi taruhan...


Anak anakku...

Umi teringin sekali menjadi seperti Asiah,

menyelamatkan Nabi Musa yang terbuang,

kesabaran tinggi atas nama keimanan,

rela berkorban demi agama,

sehingga digelar Ratu Syahadah.

Namun anak anakku, apa yang umi takuti, umi tidak ikhlas untuk melepaskan kalian,

kerana umi juga seorang manusia....





Anak anakku....

Ku ubati kerinduanku pada kalian dengan mengisi waktuku mencari cinta Rabbul Izzati.....

Perjalanan dakwah umi terlalu panjang...

maka umi begitu memerlukan kehadiran kalian,

agar roh perjuangan itu bisa diwariskan....

malah kalian bisa dijadikan saham untukku di akhiratNYA kelak



Jika kalian ditakdirkan menemui ku di dunia,

izinkan diriku menginfaqkan diri kalian pada perjuangan ISLAM.

Kerana diriku ini tidak mampu berbuat sedemikian....

Adakah kalian benar telah bersedia?

Sebelum kalian diturunkan ke bumi,

ingin ku titipkan pesanan buat kalian bahawa dunia ini hanyalah persinggahan,

janganlah kalian mudah terpaut dengan perhiasan dunia yang hanya tipu daya semata mata...




Betapa umi ingin sekali menjadi seperti Ummu Sulaim,

mengkaderkan putera kesayangannya hanya untuk perjuangan dakwah....

Adakah kalian bersiap siaga sedemikian wahai anak anakku...

kerana keberadaan bersama umi nanti, tidak akan segalanya indah, pasti ada mehnah dan tribulasinya..


Anak anakku....

Sekiranya perancangan ALLAH adalah sebaiknya...

kalian ditakdirkan tidak ditemukan denganku di dunia,

maka ku bermohon agar diriku menjadi sesuci Maryam.

Izinkan aku melahirkan kalian di syurgaNYA.

Betapa indahnya memiliki anak anak akhirat....

yang suci dari noda dan dosa...


Teruskanlah bersemayam di syurgaNYA anak anakku...

sehingga DIA mentakdirkan diri kalian bertemu denganku....



Seorang Umi






Terjumpa tulisan ini,maka ingin menghadiahkan buat srikandi hebat =) : ukhti Insyirah dan juga ukhti Zinnirah. Selamat menjadi umi =)

Minta izin buat insan insan yang gambar anak telah diculik =)


P/s: rindunya nak tengok sinetron Faiz dan Faizah... anak berlakon dalam cerita tu (yang berlakon watak faezah)... hahaha ....